Islamic Marketing Series – Direct Response Marketing

Dratf 1:

This is a part of Islamic Marketing Series. Attention to university students, please provide credit if you refer to this article. Other readers are welcomed to share :)

————————–

Introduction:

Direct response marketing is a type of marketing that need the consumer to respond to the ad immediately. For example, we can see ads in papers or magazines that ask for the reader to text to a certain number or to email so a certain address in order to get the product.

Direct response marketing ad calls for an immediate action, as oppose to other types of advertisement which are advertised to create awareness or to promote certain brand.

In the Quran and the tradition of the Prophet (the peace and blessing be upon him), we can see this kind of -if we can put it this way – direct response marketing in action.

There are many narrations that tell us ‘If you want heaven, do this and that’ and from the history, we can surely see the companions are competing among themselves to be among the ones who are granted heaven.

——————

Direct response marketing adalah satu teknik pemasaran yang mana pengiklan meminta supaya iklannya dijawab dengan segera untuk mendapatkan tawaran yang diberikan, seperti dengan menghantar sms ke nombor tertentu atau menghantar emel ke alamat tertentu.

Kita dapat melihat dalam Quran dan sunnah rasulillah (selawat dan salam ke atas baginda), konsep ini digunapakai dengan agak meluas. Contohnya, kita bertemu banyak riwayat yang menyebut ‘Sesiapa yang mahukan syurga, maka buatlah ini dan ini’, dan dari sirah, kita lihat para sahabat yang mulia berlumba-lumba melakukan amal untuk mendapatkan tawaran ini.

—–

tbc

Bawang Merah

Bawang Merah bermimpi, ibunya yang sudah meninggal hidup semula sebagai seekor ikan kaloi di dalam telaga. Dia bingkas dari tidur dan meludah ke kiri tiga kali. Kemudian dia ke telaga, menimba air untuk berwuduk.

Alangkah terkejutnya dia, di dalam timba yang dikarai, ada seekot ikan kaloi, sama seperti dalam mimpinya. Dia mendongak ke langit dan mengucap syukur kepada Tuhan.

Hari itu, Bawang Merah memasak ikan kaloi tiga rasa untuk adik-adik tirinya yang dia kasihi.

p/s: Ayah saya tidak suka cerita-cerita Melayu yang memaparkan kejahatan keluarga tiri, kerana keluarga tiri ayah saya baik-baik belaka.

Berprogram

Ingin berprogram?

Kenapa persatuan kerap melakukan kesilapan yang sama? Kerana kita tidak belajar dari kesilapan yang lalu. Kenapa? Kerana jawatankuasanya berbeza.

Solusi:

Setiap kali selepas program ada post-mortem, bukan?
Rekodkan bertulis – kekurangan, kekangan dan sebagainya. Failkan.

Ingin buat program?
Baca rekod post-mortem terdahulu.

Kemudian, buat program mengikut selera anda. Jangan ikut sangat orang terdahulu. Jom berkreatif.

Oh ya. Objektif program duduknya di nombor satu.

buat baik berpada-pada

Kali terakhir saya menulis di sini adalah pada Julai 2010, iaitu kita-kita lima bulan sesudah saya menikah.

Dan ini adalah posting pertama untuk tahun ini.

buat baik

Buat baik berpada-pada
dalam hidup sehari-hari
jika tiada dalam agama
jangan pandai-pandai sendiri

Beli Kereta A dengan Akad Kereta B

Mu’ah bertanya:
“Aku nk tanya pasal rukun jual beli ni(buyer,seller,subject matter and akad) berkenaan dgn loan 100% kereta..semua org tahu bank hanya provide 90% loan dr harga sesebuah kereta (hanya dealer kereta yg ckp ade 100% loan & 0 downpayment)..contoh kereta proton saga BLM (Basic Line),harga OTR RM44,000 maka bank hanya akan bg loan sebanyak RM40,000( harga anngaran dengan andaian pembeli bayar downpayment 10% sebanyak RM4000).

“Tapi kebanyakan dealer kereta menggunakan taktik untuk membolehkan pembeli mendapat 100% loan kereta dengan cara meng-markup harga kereta tersebut terhadap bank (walaupun kereta yang dibeli oleh pembeli sebenarnya Saga (basic line),tapi pembeli diarah untuk bgtau bank kereta yg dibeli adalah model highline,yang mane jumlah 90% loan kereta hi-line tersebut adalah bersamaan dengan harga 100% basic line (dengan mengandaikan jumlah 90% loan kereta BLM model highline =RM44,000).

“So pegguna tidak perlu byr 10% downpayment & secara automatik dpt loan 100% dengan cara menipu bank.Menurut dealer kereta yang aku temuramah,benda ini adalah sgt common and bank pun alert pasal benda ni.Cuma bank yg x strict,dorang akan buat tatau manekala bank yg strict,biler dorang tau pembeli beli kereta model lain yg lebih murah,tp apply loan kereta model yg lain yg lebih mahal sedikit,dorang akan push customer supaya membayar 10% harga downpayment tersebut setelah kantoi…

“So persoalan aku adalah…adakah sah jual beli mcm tu? Nampak mcm xsah,sbb menyalahi akad n subject matter tu samar2.Ape pendapat mung? Sila jawab selaku org INCEIF di blog anda atau emel kat aku ..haha…sori jd spammer kat sini.”

Jawapan saya:

Jual beli tersebut adalah jelas tidak sah dan haram kerana:

1- Menggunakan loan (pinjaman) yang berunsurkan riba.

2- Wujud penipuan yang jelas tidak ternafikan. Subject matter yang diakadkan bukanlah subject matter yang sebenar.

Solusi:

1- Jangan bersekongkol dengan dealer untuk menipu diri sendiri. Hilangnya keberkatan dalam hidup adalah dengan memakan yang haram, memakai yang haram, memandu yang haram. Lalu mengeluh kenapa doa tidak kunjung makbul.

2- Beralihlah ke bank-bank Islami yang betul-betul menawarkan 100% pembiayaan tanpa duit muka. Contohnya ialah skim Gradhitz bank Islam yang menggunakan kontrak murabahah dan bai’ muajjal.

3- Berbincanglah kaedahnya dengan bank pembiaya sekiranya bank tersebut tidak dapat memberi pembiayaan 100%, demi mengelakkan riba yang seumpama mengajak untuk berperang dengan Allah dan Rasul-Nya.

Wallahu a’lam.

Ada tidak dihirau, tiada tidak dirindu

Setelah wafatnya mereka: nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam dan beberapa sahabat yang agung, mereka meninggalkan hanya beberapa barangan milik peribadi, yang boleh dihitung dengan jari jumlahnya. Pakaian yang dipakai sehari-hari, sebidang tanah untuk anak cucu (harta nabi tidak diwarisi) dan barangan keperluan asas (dan beberapa sahabat meninggalkan wang yang banyak :) ).

Berbeza sungguh dengan gaya hidup kita masa kini.

Kita boleh lihat orang tua-tua kita mengumpul segala macam benda di bawah jemburan rumah, dari tong kosong, kepala pahat, kawah tembus hinggalah ke rim basikal, dengan alasan ia akan berguna suatu hari nanti.

Saya juga membuat benda yang sama, mengumpul apa sahaja yang saya rasa AKAN berguna kepada saya suatu hari nanti. Hasilnya setelah lima tahun di pantai menara gading, satu bilik di rumah saya penuh dengan barangan yang ada tidak dipakai, tiada tidak dicari. Antaranya ialah kabel-kabel dari power supply, akar tongkat ali, mug-mug dan cawan-cawan kenangan program, beg-beg kertas, gelang getah yang sudah lapuk, tutup akuarium, lilin aromaterapi yang tidak dipakai, syiling besi yang sudah tidak laku dan segala mak nenek mak nika. Semuanya menanti detik AKAN berguna yang tidak pernah kunjung tiba.

Sewaktu berpindah rumah baru-baru ini, saya merasa kesannya, terpaksa mengusung kotak-kotak barangan yang ada tidak dipakai, tiada tidak dicari itu. Berat, dan saya kehilangan banyak masa berharga yang sepatutnya saya gunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat, seperti mengemaskini blog ini contohnya :p. Juga barangan tersebut telah mengambil ruang yang banyak dalam rumah saya, menjadikannya sempit dengan perkara yang tidak perlu.

Kini, sudah sampai masa untuk hidup di atas jalan yang saya selalu ceritakan akan ia, hidup sebagai seorang minimalist, sebagaimana Rasulullah dan para sahabat telah hidup; iaitu hidup sekadarnya dengan ringkas, tapi penuh bermakna.

Untuk itu, saya telah membuang sebahagian dari isi kotak barangan yang ada tidak dipakai, tiada tidak dicari, dan sebahagiannya lagi akan disumbangkan kepada pihak yang patut.

Menyingkirkan perkara yang ada tidak dipakai, tiada tidak dicari ini, insyaAllah akan menjadikan keadaan dalam rumah kita lebih mudah disusun, dan (bakal) anak-anak kita (dan ibubapanya) akan punya ruang yang lebih luas untuk bergolek dan bermain. Ini juga tergunapakai untuk rumah bujang.

Kalau ada di antara kalian yang mahukan kejutan dengan menerima apa-apa sahaja yang tidak masuk akal dari saya (barangan yang ingin saya singkirkan), jangan malu-malu untuk memberikan alamat ke inbox facebook saya. Penghantaran adalah percuma :)

p/s: Terima kasih kepada yang memberikan hadiah untuk anak kami yang bakal lahir nanti. Kepada yang masih belum, anda masih punyai masa selama lebih kurang empat bulan untuk mengumpul wang dan membeli hadiah yang ‘ganas-ganas’ untuk anak saya hahaha. Makluman juga, saya seorang yang ortodoks. Jadi, pakaian yang bergambar dengan gambar binatang amatlah elok tidak dihadiahkan. (Demand hahahaha). Sekian melaporkan :p

Cara mengawal rakyat

Cara-cara kerajaan mengawal rakyat:

1. Membodohkan rakyat, dengan cara menyekat maklumat, menyogok hiburan.

2. Mengeluarkan propaganda-propaganda mengarut. Contohnya, menerima latihan ketenteraan di Afghanistan dalam gerakan menentang pencerobohan Soviet adalah tindakan keganasan melampau.

3. Menanam rasa takut dalam hati rakyat dengan berita-berita yang dibuat-buat, dan menegaskan hanya kerajaan mampu memberi dan menjaga keamanan.

Kesimpulannya, cara terbaik untuk mengawal rakyat ialah dengan menguasai media; akhbar, tivi, radio, majalah, apa-apalah.

Saya terasa ingin mengulangtonton cerita “V for Vendetta”.

Kemaskini lagi

Saya menulis tentang banyak perkara. Dari kewangan Islam, kritikan ke atas institusi raja (absolute power corrupts absolutely), dan perkahwinan. Setelah ditapis-tapis, hanya dua atau tiga yang mahu saya siarkan di blog saya. Antaranya;

1. Lulusan timur tengah tidak reti berbahasa Arab dengan betul. Mereka pulang ke Malaysia, dan masuk UMNO untuk mudah dapat kerja, dan membeli kereta dan rumah dengan pinjaman riba bank-bank konvensional. Apa-apalah.

2. Pengantin perempuan kita yang menikah, akan mencukur kening untuk menikah, dan memakai pakaian yang ketat-ketat untuk sehari itu, demi menjaga hati mak andam dan orang yang hadir. Tiada apalah kita masuk neraka sekejap untuk memuaskan hati orang.

3. Janganlah memarahi anak-anak membuat silap. Sebaliknya ajarlah yang betul-betul, kerana kita sendiri belajar dari kesilapan.

Ini hanyalah ringkasan semata yang saya ingat di dalam kepala, kerana saya mencari artikel penuh di dalam laptop isteri saya tapi tiada ketemu.

Akhir kata, saya mengundang tuan untuk hadir ke hari kenduri saya pada hari yang kita suka, 12 haribulan Jun 2010, bertempat di kordinat 6.152, 102.291.

(tajuk tiada)

kamu wujud
tapi belum ada
dan aku sudah
rindu sepenuh hati

Sesal?

Ada beberapa perkara yang saya sesali, dan inilah antaranya; saya meninggalkan beliau tanpa bertanya keadaannya.

Tengahari itu sungguh panas. Saya seperti biasa menyusun langkah menuju ke Jalan Raja Laut, rutin harian saya untuk seketika ini, menghadiri kuliah di INCEIF. Di sebalik hiruk-pikuk manusia dan bunyi kenderaan, saya melihat seorang wanita keturunan Cina tercungap-cungap cuba untuk menggapai udara. Kepalanya basah, berpeluh, seperti bila kita berpeluh semasa demam dan ingin muntah atau sesak nafas (atau cuma peluh akibat cuaca yang panas). Anaknya (saya rasa) yang masih kecil diam tidak  berkata apa-apa. Sebelah tangannya memegang baju ibunya, dan sebelah lagi memegang beg plastik yang saya tidak tahu apa isinya.

Seorang wanita yang agak berumur mendekatinya, dan memintanya duduk dan menepuk-nepuk dadanya. Anak wanita keturunan Cina itu cuma memerhati.

Saya sangat ingin membantunya. Bertanyakan keadaannya, apa yang saya boleh bantu, atau sekadar mengipas kain memberi udara kepadanya.

Namun saya cuma berjalan meneruskan langkah melepasi mereka.

Hari ini, kalau kejadian yang sama berlaku, saya akan pastikan diri saya turut mengambil bahagian membantu. Apa salahnya mengorbankan sedikit waktu untuk membantu mereka yang memerlukan?

Rasa simpati dan ambil berat kita kepada seseorang atau sesuatu kejadian mungkin bersangatan, tetapi rasa hati bukanlah perbuatan, bukan juga kasih yang diajar oleh Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam.

Mafhum sabda Baginda Sollallahu ‘alaihi wasallam, “Tidaklah beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dicintai olehnya.” – Bukhari dan Muslim.

~~
Kes ini tidak boleh diaplikasikan dalam kes kemalangan jalan raya di laluan bertentangan.

~~

Next Page »


ashraflatif

"Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kepada Allah dan rasulnya."

Ashraf Latif's Facebook profile

KamusDewan

Disclaimer

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah untuk domain umum/awam. Maknanya, tiada 'copyright' kepada saya, kecuali artikel yang saya jadikan rujukan dan dinyatakan sumbernya. Maka, pembaca bebas untuk melakukan apa sahaja dengan artikel yang saya tulis, seperti copy-paste, repost, buat novel, filem, lagu dan sebagainya tanpa perlu meminta izin dari saya terlebih dahulu.


Apa yang baik harus dikongsi bersama :)

 

January 2012
M T W T F S S
« Oct    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Flickrku

anakku

PBAKL 2010

More Photos

alif-ba-ta

  • 40,636 hits

Pages


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.