Archive for March, 2009

Anjing!

Dalam bahasa Kelantan, anjing disebut anying. Menganjing disebut menganying.

Untuk orang Kelantan, memelihara anjing bagi tujuan menjaga dusun (bagi tuan dusun yang luas) dan rumah bukanlah suatu perkara yang pelik. Ini kerana mengikut sejarah Kelantan (pelajar sekolah agama di Kelantan diwajibkan belajar matapelajaran Tatarakyat, iaitu sejarah negeri Kelantan), pada tahun 1937 telah diadakan perbahasan ilmiah tentang hukum kenajisan anjing peringkat negeri.

Bahas ilmiah ini dianjurkan oleh Sultan Ismail selaku Yang DiPertua Majlis Agama dan diadakan di Istana Seri Cemerlang (di mana tu?), kerana timbul pertelingkahan di antara ulama-ulama majlis agama tentang hukum kenajisan jilatan anjing, sehingga menimbulkan resah di kalangan rakyat dan kerabat, kerana pada waktu itu ramai rakyat dan kerabat memelihara anjing.

Satu golongan ulama’  mengatakan tidak perlu samak bila terkena jilatan anjing, dan badan anjing basah atau kering ia, yang disamak hanyalah kesan jilatannya pada bekas, itu pun jikalau bekas itu kita ingin guna. Samak itu pula adalah kerana ta3abbud kita kepada perintah Allah dan Rasulnya. Mereka yang masyhur dari golongan ini adalah Haji Nik Abdullah dan ayahandanya Haji Wan Musa. Haji Wan Musa, mufti Kelantan sehingga 1916,  merupakan anak kepada Tuan Tabal.

Golongan ulama’ yang menentang pendapat ini dan berpegang kepada pendapat Syafiiyah yang biasa dengan masyarakat Melayu yang kita tahu seperti hari ini adalah antara lainnya mufti pada waktu itu, Haji Ibrahim bin Haji Yusuf, Haji Ahmad Maher bin Haji Ismail dan Haji Abdullah Tahir bin Haji Ahmad.

Walaubagaimanapun, Sultan selaku hakim tidak dapat memberi keputusan tentang yang mana akan digunapakai sebagai undang-undang syariah negeri. Maka, pada tahun ini juga didirikan sekolah agama dengan aspirasi untuk memandaikan rakyat dalam bidang agama, dan dinamakan ia Al-Madrasah al-Arabiyah al-Muhammadiyyah Majlis Agama IslamKelantan, kerana ia berada dibawah kelolaan Majlis Agama Islam. Sekolah inilah pada hari ini yang bernama Maahad Muhammadi. (Sekolah Inggeris perempuan yang pertama di kelantan juga dibuka pada tahun ini.)

Rentetan kes anjing ini membawa pengaruh yang agak besar di Kelantan. Sementelah pula adanya gerakan pembaharuan oleh Kaum Muda di Malaysia, dan ulama hadis seperti Tok Khurasan (1875-1944, beliau bukan anak jati Kelantan), meyebabkan rakyat Kelantan pada waktu itu sedar bahawa mazhab Shafi’e bukan pendapat yang mutlak.

Sejarah ini diungkit untuk kertas kerja saya yang akan datang, “Pentingnya memahami kenajisan anjing dalam kerja dakwah”.

Kisahnya begini. Ada sebuah perkampungan orang asli jauh di pedalaman. Dan seperti mana kita tahu, orang asli memelihara anjing untuk tujuan menjaga kampung mereka, kerana mereka hidup di dalam hutan belantara.

Maka pada suatu ketika, seluruh penduduk kampung, Alhamdulillah berjaya diIslamkan oleh para mubaligh Islam. Maka penduduk pun diajarkan asas-asas agama dan hukum halal haram, dan salah satu yang termasuk di dalam yang haram adalah anjing.

Maka, penduduk pun, atas ilmu yang diperoleh dari mubaligh Islam tadi bahawa orang Islam tidak boleh memelihara anjing, mengusir anjing keluar dari kampung. Anjing yang sudah jinak, dipelihara dari kecil, mana mungkin diusir dengan begitu saja. Saya tidak sanggup untuk membayangkan apa yang dilakukan kepada anjing-anjing ini.

Maka sesudah itu, legalah penduduk kampung, mereka sudah bebas dari beban memelihara haiwan yang haram, pada pandangan mereka sepertimana yang diajar oleh mubaligh Islam.

Akan tetapi, sesudah tiadanya anjing, kampung itu kini pada malam harinya diserang oleh binatang-binatang buas lain. Menjadi padang permainan babi hutan, tempat harimau lalu lalang. Dan ini amat meresahkan penduduk kampung. Mubaligh sudah pulang ke tempat asal masing-masing, meninggalkan mereka di dalam ketakutan setiap malam. Islam adalah agama yang tidak praktikal!

Jadi begitulah kisahnya. Islam dianggap tidak praktikal kerana pendakwah kurang menguasai ilmu.

Maka marilah kita ramai-ramai menambah ilmu di dada.

Kupasan Hafiz Firdaus tentang isu ini boleh dibaca di sini.

Walaupun dah lama, tapi tetap mahu link juga. Anjing untuk si buta ke masjid.

+++++

Sekian, tamatnya tujuh posting dalam tujuh hari.

+++++

Gambar saya bersama anjing tidak dapat disiarkan ekoran tidak diketemukan ekoran harddisk yang buat hal tempohari.

+++++

“Ahh! Kita ini hidup di Malaysia, maka wajib ikut mazhab Shafi’e!” kata dia.

Kawakita Jiro, Andrea Hirata dan Najib Razak

Nama-nama dalam tajuk di atas tiada saling-kait sebenarnya. Atau mungkin Andrea dan Najib kenal Jiro dengan cara mereka sendiri.

~~~

Books first, food later. Buku-buku dahulu, makanan kemudian. Kalau saya diberi pilihan untuk memilih antara membeli buku dan makanan, saya akan tengok belanjawan. Kalau duit cukup untuk membeli buku, saya akan membeli buku dahulu, dan sanggup berlapar untuk hari itu (atau meminta teman-teman belanja makan, hehe). Buku akan mengenyangkan kita pada masa-masa akan datang. Itu lojiknya, tapi mungkin cuma terpakai kepada sesetengah orang. Yang hot seperti saya misalnya.

books first

books first

Buku-buku ini perlu dihadam secepat mungkin. Yang paling tebal itu adalah kamus. Sekadar membelek bila bertemu perkataan yang tidak difahami. Yang paling atas adalah nota. Semua ini cuba diterjemah ke dalam bahasa jiwa melalui metodologi Kawakita Jiro (KJ Method).

Salah satu buku yang baru dibeli semalam adalah dari Indonesia. Dengan jumlah penduduk 10 kali ganda penduduk Malaysia, ternyata Indonesia banyak menghasilkan buku-buku yang bermutu dan berpengaruh.

Sudah lama semangat ingin ke Indonesia. Bahkan dulu pernah sudah hampir siap mencari lokasi pawagam di Batam, semata-mata karena ingin menonton Laskar Pelangi. Kali ini karena ingin mendapatkan Maryamah Karpov.

Karya-karya Andrea.

Buah tangan terbaru Andrea.

Buah tangan terbaru Andrea.

Karya-karya Andrea.

Tidak pernah saya meminati sebarang karya novel sebagaimana saya meminatai karya Andrea Hirata.

Saya juga amat ingin ke Indonesia, untuk rangka lawatan ke pesantren-pesantren untuk kajian keberkesanan pendidikan secara pondok moden vs pesantren, sebagaimana inginnya saya ke London dengan keretapi Trans-Siberia.

Mungkin bila ke Indonesia nanti, saya harus bersedia menjawab tentang isu PM-in-waiting kita.

Baca header majalah ini

Baca header majalah ini

~~~~

Orang yang sering berbicara tentang diri, adalah orang yang membosankan. Ialah saya.

Popkon yang kecewa

1. Popkon

Serius, sudah lama tak beli dan baca komik Malaysia. [haha, tidak patriotik]. Setiap minggu asyik ke onemanga untuk membaca Naruto dan Wanpis sahaja.

Tadi sekonyong-konyong tiba di MPH Wangsa Maju, lantas terlihat majalah komik lukisan dengan gaya yang dikenali sebagai cover. Terus tangan mencapainya dan ke kaunter, “Boleh unwrap? Terima kasih.” Maka minit-minit seterusnya dihabiskan dengan menelaah majalah komik tersebut. Terasa rindu pada lukisan-lukisan pelukis yang dikenali itu.

Popcorn isu pertama. Mana isu ke-2?

Popcorn isu pertama. Mana isu ke-2?

Namun, untuk membelinya perlu difikir berkali-kali. Kerana lazimnya, komik zaman sekarang tidak patuh syariah.

Mungkin boleh diajukan kepada PTS untuk menerbitkan lebih banyak komik patuh syariah. [Adakah komik (sebarang komik) sebenarnya patuh syariah?]

2. Untuk Teman

Di mata ibu ayah, selamanya kita ini anak-anak kecil. sungguh. hatta kita sudah menjejak tujuh benua, mengutip ilmu dari serata ceruk alam, di mata ibu ayah, kita masih lagi anak kecil yang tidak tahu apa.

Maka, sahabatku, janganlah berduka dengan ibu ayahmu.

Kamu dihantar ibu ayahmu jauh belajar, belajar agama, untuk mengenal tuhan dan rasulnya. Belajar apa sahaja, sebagai bekalan dunia akhirat. Lalu kamu yakin dengan ilmumu, bahawa untuk setiap apa kamu lakukan, kamu meletakkan dosa dan pahala dan akhirat di hadapanmu sebagai hitungan.

Lalu kamu persembahkan kepada orang tuamu, lantas kedua orang tuamu meminta kamu meletakkan dunia di hadapmu.

Janganlah kamu berduka, sahabatku, dengan ayah ibumu.

Sila google ‘bagaimana melembutkan hati ayah dan ibu’.  :)

Jam Bumi

Earth Hour. 28 Mac ini, tutup lampu semua skali dari pukul 8.30 malam sampai la 9.30 malam. Luangkan sejam untuk tidak membazir elektrik dan tenaga haba dari lampu kalimantang trang tang tang.

Tutup semua lampu yang perlu. Yang tak perlu tak perlu la tutup. Lampu masjid (nanti bagi usul masjid UIA tutup lampu chandelier dia), lampu hospital, lampu highway, lampu landasan kapal terbang, lampu motor, tak perlulah ditutup.

Logo dia.

Logo dia. 60 itu bermaksud 60 minit iaitu satu jam.

Tutup lampu rumah sebelum maghrib, bawak anak bini ke masjid, makan luar lepas Isyak (kedai mamak tutup lampu tak?), lepas tu baru balik. Cun?

Apekejadahnya Earth Hour nih? Entah. Herd instinc. Naluri kawanan lembu. Sebab ramai orang pakat promot, maka kita pun join. “Dah ustaz tu promot, mesti benda ni benda molek.”

Hahaha. Sebenarnya, kalau ikut objektif asalnya, agar sekurang-kurangnya 1 bilion manusia menyertainya sebagai undi kepada Bumi dalam kes Bumi vs Global Warming. Kejadah betul. Ada pulak kes macam ni.

Jadi, kawan-kawan, 28 Mac ini, ayuh kita tutup bekalan elektrik di bilik/rumah/pejabat/hotel dan ke masjid dari sebelum Maghrib ke sudah Isya’. Lepas tu ramai-ramai layan mapley restoren Waqe3.

p/s: Ada cadangan solat isyak di masjid dalam gelap demi menunjukkan soladiriti. Bid’ah betul hahahahaha.

++++++

Bid’ah = bedooh.

Allah Maha Gadang

Kata Tuan Guru Nik Aziz, orang agama lain pun boleh guna nama Allah. Ini ada di dalam al-Quran.

[Berikut adalah dari poket saya. Pendapat peribadi.]

Maka yang penting ialah bagaimana kita mendidik masyarakat dan anak bangsa kita supaya faham siapa itu Allah.

Ramai yang melenting dengan kenyataan Tuan Guru. Tapi Tuan Guru cooool saja.

Kalau soalan ini diajukan kepada saya, saya kata, boleh saja orang agama lain hendak pakai Allah sebagai nama Tuhan mereka. Kerana dengan sebab itu, kita akan berusaha lebih keras untuk memahamkan agama kepada anak bangsa kita.

[Tamat isu. Mula isu bahasa]

Bahasa Melayu adalah bahasa feudal. Ada huruf besar dan huruf kecil, tetapi ia ada hukumnya sendiri. Kata nama khas dimulakan dengan huruf besar, contohnya.

Tulisan Arab tiada huruf besar atau huruf kecil. Tulisan Arab tidak feudal. Bercakap dengan Nabi sollallahu 3alaihi wasallam pun ana-enta sahaja (ini perbincangan dari sudut bahasa, tanpa menafikan kecintaan para sahabat yang kalau dibandingkan dengan kita yang buat maulud dengan alasan cinta, tak sampai pun sebesar debu yang melekat pada batang tubuh mereka).

Jadi, kalau ingin menulis kalimah Allah dalam bahasa Melayu, maka huruf A sahajalah dihurufbesarkan. Saya kerapkali ketemu dengan tulisan di blog-blog yang menulis AlLah, seolah-olahnya perkataan itu berasal dari Al-Lah.

Seolah-olahnya keliru tentang kata khusus Al, dan harf-harf Lah (asalnya huruf lam dan ha simpul).

[Sekadar bebelan, sekian]

Israeli Army T-Shirts Mock Gaza Killings

The Israeli army is at the centre of a second controversy over the moral conduct of its soldiers in as many days.

IDF T-shirts awarded on completion of training

The printed t-shirts were discovered by an Israeli newspaper (Pic: courtesy of Yanai Yechiel)

The revelations centre on t-shirt designs made for soldiers that make light of shooting pregnant Palestinian mothers and children and include images of dead babies and destroyed mosques.

The t-shirts were printed for Israeli soldiers at the end of periods of deployment or training courses and were discovered by Israeli newspaper Haaretz.

Continue reading ‘Israeli Army T-Shirts Mock Gaza Killings’

Facebook

Situasi A

+ Oooo. Nampak aku aku tak tegur. Macam ni la kawan.
= Errr, saya rasa saudara silap orang. Bila kita kawan?
+ Kita kawan la. Dalam facebook.

Situasi B

+ Oiiii! Hahahahaha. Hidup lagi kau. Ingatkan dah mati.
= Siot jek kau eh.
+ Insaflah wei, DotA tu tak bawa ke mana. Sampai bila kau nak jadi taik DotA ni?
= Di situ dunia aku. Hehe

Quotes:
‘I love my computer because my friends live in it’.

Moral:
1. Facebook sedaya mungkin mengorek rahsia peribadi anda. Sila google ‘facebook and cia’.

2. DotA juga tidak baik untuk kesihatan sosial anda.

Seorang model yang racist

1. Racism

Aku ingatkan aku seorang saja yang racist. Memandang suu2uzzhon kepada foreigner. Kalau ada kecurian, aku akan suspek foreigner.

Rupa-rupanya, foreigner pun suspek foreigner juga bila berlaku kejadian curi-curi.

2. Titih

Aku tidak pernah tahu asal titih. Ayahku juga tidak tahu. Tidak penting, katanya. Yang penting: amalan untuk dibawa ke akhirat.

Ramai pensyarah yang menegur. ‘Kamu bukan keturunan Arab, atau Pakistan.’ Mereka kata. Mungkin teori Teh tentang titih kami dari Belanda ada benarnya. Oh, rupa-rupanya aku berdarah Belanda. Mahu ikut aku ke Amsterdam?

3. Model

Di pusat selkom. Abang itu mendekat. Kacak [hahahahahaha, aku tau, bro.]. ‘Saya pencari bakat.Mau jadi model?’

Apa kerjanya?

‘Runway model. Sekarang ni nak pakai ramai. Fashion show awam, datin-datin. Sekarang ini batik tengah hangat.’

Saya? [Datin-datin? hahahahahaha]

‘Ye, beberapa bulan pertama dalam Malaysia, kemudian ke luar negara.”

Hahahaha. Terima kasih ya.

4.

Banyak yang saya tulis, tapi berhenti separuh jalan, atau tidak dimuatnaikkan. Nanti ada yang menangis lagi. Oh…

Ikhlas dalam berdakwah 3

Dalam manual kerja dakwah yang lalu, saya ada menyebut tentang peri pentingnya ikhlas dalam berdakwah.

Dalam organisasi-organisasi dakwah yang saya sertai, salah satunya melakukan aktiviti dakwah kepada muallaf.

Hendak dijadikan cerita, ada seorang muallaf yang kelihatan sangat bersungguh-sungguh untuk belajar dengan seorang ahli perempuan organisasi (nama samaran: Perawan) tersebut. Muallaf itu seorang lelaki. Maka, demi melihat kesungguhan muallaf itu, Perawan pun bersetuju untuk mengajar sang muallaf, dengan berteman. Maka kelas pun berlangsung untuk sekian waktu.

Umum tahu, dan sang muallaf tahu, Perawan sudah bertunang dengan Teruna, bukan nama sebenar. Namun, tiba-tiba suatu hari, sang muallaf memberitahu Perawan, bahawa dia ingin menjadikan Perawan isterinya, dan supaya Teruna melepaskan Perawan.

Alasannya, dia adalah dari golongan muhajirin, dan Perawan dan Teruna bagaikan golongan ansar yang menolong muhajirin. Pada waktu hijrah, golongan ansar sanggup menceraikan isteri untuk dinikahkan kepada muhajirin. Maka, dengan sebab itu, Teruna mesti bersedia melepaskan Perawan kepadanya. Kalau mereka tidak berbuat seperti golongan ansar, nyata, dakwah mereka untuk mengajarkan Islam kepadanya adalah tidak ikhlas.

“Haaaa, aku kata dah! Dia ada udang di sebalik chakuetiao.”

Kataku:

1. Iman kami tidak sama dengan iman kaum ansar, bahkan tidak setanding dengan debu yang melekat pada batang tubuh mereka.

2. Muhajirin dan ansar, siapa dulu yang masuk Islam? hehe

Apa kata anda?

Moral of the story:

Jangan berdakwah silang jantina.

Maulidurrasul

Abang: Tidak boleh tidak, kita mesti menyambut maulidurrasul, walaupun cinta kepada Rasul ialah dengan mengikuti sunnah dan ajarannya.

Saya: Kenapa mesti sambut?

Abang: Nanti kurang lagi satu cuti. hehe

Abang saya juga berkata bahawa mustahil Malaysia akan jadi negara republik, kerana kita amat berkehendak kepada raja-raja Melayu. Tanpa mereka, majlis raja-raja tidak akan dapat bersidang, dan kita tidak akan dapat menyambut hari raya.

Next Page »


ashraflatif

"Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kepada Allah dan rasulnya."

Ashraf Latif's Facebook profile

KamusDewan

Disclaimer

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah untuk domain umum/awam. Maknanya, tiada 'copyright' kepada saya, kecuali artikel yang saya jadikan rujukan dan dinyatakan sumbernya. Maka, pembaca bebas untuk melakukan apa sahaja dengan artikel yang saya tulis, seperti copy-paste, repost, buat novel, filem, lagu dan sebagainya tanpa perlu meminta izin dari saya terlebih dahulu.


Apa yang baik harus dikongsi bersama :)

 

March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Flickrku

anakku

PBAKL 2010

More Photos

alif-ba-ta

  • 43,374 hits

Pages


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.