Archive for April, 2009

Resensi

Seperti yang dijanjikan pada diri; resensi buku-buku yang dibaca mengiringi penulisan disertasi yang dahulu.

1. Novela-novela fiksyen bisnes di bawah sub-kategori usahawan cilik.

Tajuk:

1. NasiLemak Bonda – Qayyum Nur, PTS
2. Garaj Aiman – SK dan Noraini Mohamed Nor, PTS
3. Biskut Ajaib – SK dan Noraini Mohamed Nor, PTS

Ketiga-tiga novella ini menceritakan dan memotivasikan kanak-kanak supaya menceburi bidang keusahawanan. Mungkin kerana kisah mereka sama dengan kisah saya pada waktu kecil dulu sama dengan kisah saya, maka sebab itu saya suka membacanya. Nasi lemak bonda dan biskut ajaib membawa cerita yang baik, tetapi garaj aiman adalah terlalu ideal kisahnya.

Walau bagaimanapun, moral dari ketiga-tiga cerita ini adalah: Kalau ingin berjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan pada usia tersangat muda (sekolah rendah), seseorang itu perlu ada kemahiran berbohong kepada ibu-bapa. baca lagi…

Tidur

Tidur? Itu adalah satu komoditi yang mahal. Bagaimana kalau tiba-tiba suatu hari, kamu tidak dapat tidur? Walau mengantuk, walau berkalih baring di pembaringan, kamu tetap tidak dapat tidur.

Saya sudah bergadang (att. miss yusrina, ini bergadang versi yang anda tahu) beberapa hari. Penat menaip disertasi, saya akan membaca novel sambil berdiri, agar tidak mengantuk. Kemudian saya sambung menaip lagi.

Dalam masa seminggu, saya telah habis membaca empat buah novel. Sebenarnya, 3 novela dan 1 novel.

Tapi, ah, rupa-rupanya, saya lebih banyak membaca novel dari menaip disertasi.

p/s: Faried, saya tetap ingin guna perkataan disertasi agar nampak lebih beredukasi. :)

Apa ada sesudah mati

Socrates mati dengan meminum racun. Kematian, hanyalah satu proses perpindahan dari satu alam ke satu alam yang lain. Sama seperti perpindahan dari alam roh ke alam rahim ke alam dunia ke alam kubur. Yang menjadi tanda tanya, ialah apa ada selepas kematian?

Kadang-kadang, saya berasa amat cemburu dengan orang yang begitu yakin bahawa nanti mereka akan masuk syurga. Saya cemburu dengan keyakinan mereka, walhal hidup mereka penuh maksiat. “Tuhan itu maha pengampun, kawan.”. “Kubur asing-asing, beb.” Tetapi, mereka sangat ingin untuk tidak mati.

Jadi apa cara terbaik untuk mati, kalau ditakdirkan kita upaya untuk memilih kematian sendiri? (Ini soalan buang masa, tidak meningkatkan iman barangkali.)

Kalau diberi pilihan yang ada pada zaman sekarang, saya akan pilih jalan pintas untuk ke syurga. Jihad, dan akhirnya syahid. Begitu idealistik, bukan?

Saya terpengaruh dengan satu tulisan dari China. Tulisnya, kalau dapat dia memilih cara untuk mati, dia akan memilih untuk tenggelam di dasar sungai atau lautan. Kerana mungkin, sesaat sebelum dia sepatutnya mati, akan datang di fikirannya bahawa ada kerja yang masih belum beres, maka dia boleh semula berenang ke tepian. Dia masih belum mahu mati. Syaratnya, dia perlu mahir berenang. (Tapi, kalau sudah ajal…)

Peluang kedua tidak akan datang dengan terjun bangunan atau terjun ke arah keretapi laju.

Bagi saya, tidak kisah sebenarnya cara bagaimana untuk kita mati. Yang penting, adalah bagaimana kita hidup sebagai persediaan untuk sesudah mati.

Mati itu hanya satu proses. Fahamilah ia, sebagai manifestasi beriman kepada hari akhirat.

Tersasul

Kita ini yang dilahirkan sebagai manusia, kerap kali tersasul, dalam percakapan, bahkan perbuatan. Contohnya:

“Ripooong! Talipeeng!”  dari (Ripeeng! Talipoong) [Arifiiiin, telefoooon]

“Kucing kkeca cing-cing” dari (Kucing kkecing ca-ca) [uslub Kelantan, tiada tafsiran dalam bahasa Melayu baku].

Jadi, kalau kamu melihat aku tersasul dalam penulisan, dalam percakapan, dalam tingkah-laku, maka sesudah gelak (ada yang gelak sehingga 15 hari) itu, betulkanlah aku.

Sekian.

Bercakap tentang diri

[bunyi gambus orkestra melayu 70-an]

[Bunyi gambus menjadi perlahan]

Orang yang banyak bercakap tentang dirinya adalah orang yang membosankan. Contoh orang yang bercakap tentang diri dan membosankan ialah:

1. Disebabkan kehensemanku,….

2. Kerana aku seorang yang dermawan,….

Kesimpulannya, bercakap tentang diri dan menjadi seorang yang membosankan ialah bila seseorang itu bercakap tentang dirinya untuk mengangkat darjatnya di mata orang lain. Untuk bangga diri.

Adapun, orang yang bercakap tentang dirinya dengan niat untuk memberi pengajaran, tunjuk-ajar dan berkongsi pengalaman dan pendapat bukanlah orang yang membosankan. Bahkan kita tidak akan jemu-jemu mendengar kisahnya. Contohnya, kisah pengembaraan ustaz Amin dan saudara Akmal.

Juga, ada seorang yang kerap bercerita tentang dirinya dan menjadi pujaan hati seluruh umat Islam. Ialah baginda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam.

Jadi, kalau ingin bercakap tentang diri kepada massa, pastikan ianya bermanfaat.

Sekian, wabillahi taufiq walhidaayah [muzik jejak rasul dimainkan sebagai muzik latar untuk penutup] wassalaamualaikum warahmatullah.

Gagal?

Masya Allah.

Darn. I wept.

Anak Raja Gondang

Kamu dilahirkan
Dari darah mulia (kononnya)
Kelak nanti
Kamulah raja
Kamu menjarah negara
Kamu memijak agama
Kerana kamu berkuasa

Kamu dilahirkan
Dengan sebeban amanah
Dosa seluruh rakyat
Kelak ditanya

Kamu menjawab
Aku ingin tidak
Dilahirkan sama sekali
Sebagai putera raja

-sai, 2009
sekitar kritikan terhadap istana
(logikkah seorang individu yang tiada pengetahuan agama menjadi ketua agama (dan dijulang tinggi-tinggi oleh barisan yang itu)?)

Usul fiqh, dan falsafah babi

Malam itu, setelah habis kelas ‘Usul Fiqh dan Falsafah’, seorang ahli kelas mendekatiku. Ini kali pertama kami bertemu. Dia mendampingiku, meletakkan tangannya di bahuku, gaya seorang sahabat yang kamceng. Sungguh, saya berasa sangat tidak selesa, kerana dia seorang yang tidak dikenali rapat.

“Kenapa orang Melayu segan menyebut perkataan ‘babi’, sebaliknya menyebut khinzir?” katanya.

Saya menjawab dengan nada ‘tak kuasa’, “Tidak pun. Saya tidak pernah segan menyebut perkataan babi.”

baca lagi…

Piglet marah, kecewa

Piglet, seekor anak babi yang bersahabat baik dengan Winnie si Pooh, melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana menjadi mangsa cercaan dan kejian masyarakat Islam Malaysia. Ini berikutan kehadirannya semasa menemani Winnie dalam rangka lawatan cuti-cuti Malaysia baru-baru ini, jelas tidak disenangi oleh pegawai-pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Saya dikuarantin, seolah-olah pada nama saya ada perkataan bin Laden,” katanya.

baca lagi…

Doa

Pada suatu hari, ada seorang pendakwah masuk ke perkampungan orang asli untuk menyebarkan Islam. Setelah menyeberangi sebatang sungai melalui titi balak yang reput, beliau masuk ke sebuah kampung.

“Alhamdulillah, penduduk kampung ini majoritinya sudah Islam. Jadi yang perlu adalah islah,” kata sang pendakwah kepada dirinya.

Pada malam itu, setelah mengimami solat Isyak yang dihadiri oleh hanya tiga orang makmum, beliau berkata kepada mereka, “Mari aku ajar kamu satu doa yang bagus.”

baca lagi…

Next Page »


ashraflatif

"Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kepada Allah dan rasulnya."

Ashraf Latif's Facebook profile

KamusDewan

Disclaimer

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah untuk domain umum/awam. Maknanya, tiada 'copyright' kepada saya, kecuali artikel yang saya jadikan rujukan dan dinyatakan sumbernya. Maka, pembaca bebas untuk melakukan apa sahaja dengan artikel yang saya tulis, seperti copy-paste, repost, buat novel, filem, lagu dan sebagainya tanpa perlu meminta izin dari saya terlebih dahulu.


Apa yang baik harus dikongsi bersama :)

 

April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Flickrku

anakku

PBAKL 2010

More Photos

alif-ba-ta

  • 43,374 hits

Pages


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.