Malam itu, setelah habis kelas ‘Usul Fiqh dan Falsafah’, seorang ahli kelas mendekatiku. Ini kali pertama kami bertemu. Dia mendampingiku, meletakkan tangannya di bahuku, gaya seorang sahabat yang kamceng. Sungguh, saya berasa sangat tidak selesa, kerana dia seorang yang tidak dikenali rapat.
“Kenapa orang Melayu segan menyebut perkataan ‘babi’, sebaliknya menyebut khinzir?” katanya.
Saya menjawab dengan nada ‘tak kuasa’, “Tidak pun. Saya tidak pernah segan menyebut perkataan babi.”
“Kamu lain. Orang-orang di sekeliling kamu, mereka segan menyebut ‘babi’.”
“Tidak pun. Orang-orang di sekeliling saya tidak segan silu menyebut ‘babi’,” saya mula meluat. Ini bukan caranya berkenalan, kawan.
Dia meningkah, “Tapi ramai orang segan menyebut ‘babi’. Mereka menyebut khinzir. Tahu kenapa?”
“Ye lah. Ye lah,” dalam hati saya berdoa supaya cepat-cepatlah lif tiba. “Kenapa?” saya bertanya agar kelihatan berdiplomasi.
“Sebab ingin menjaga hati ‘babi’.” Itu ayat terakhir yang saya dengar sebelum saya cepat-cepat masuk ke dalam lif. Nasib baik dia tidak mengikut.
Saya tidak mahu tahu definisi babi yang disebutnya. Mentang-mentang baru habis kelas falsafah, terus mahu mempraktikkannya. Atau sebenarnya dia cuba untuk membuat lelucon sambil kononnya membina ukhuwah dengan saya, yang saya tidak berminat dengan caranya.

Garisan kerapatan
Moralnya, ‘don’t talk to stranger the way you talk to your best friend‘. Stranger itu ialah saya. Nanti kamu tidak akan dilayan.
p/s: Apakah sifat-sifat ‘kebabian’?





mungkin kamu pernah kenali dia dahulu, tapi sekarang terlupa?
Mungkin, tapi kawan saya jarang amat (atau tiada) yang berbuat begitu. :p
sampaikan salam kita pada kawan baru en sai.. =p
aku golongan mane ekk?
heeeeee
kau golongan bangsawan. aku golongan marhaen. tak sekufu. jadi kau dok yang paling-paling luar
hahaha
oooooo…
aku dok lua2 ghopenye…..
patoit laaaa…..