Socrates mati dengan meminum racun. Kematian, hanyalah satu proses perpindahan dari satu alam ke satu alam yang lain. Sama seperti perpindahan dari alam roh ke alam rahim ke alam dunia ke alam kubur. Yang menjadi tanda tanya, ialah apa ada selepas kematian?
Kadang-kadang, saya berasa amat cemburu dengan orang yang begitu yakin bahawa nanti mereka akan masuk syurga. Saya cemburu dengan keyakinan mereka, walhal hidup mereka penuh maksiat. “Tuhan itu maha pengampun, kawan.”. “Kubur asing-asing, beb.” Tetapi, mereka sangat ingin untuk tidak mati.
Jadi apa cara terbaik untuk mati, kalau ditakdirkan kita upaya untuk memilih kematian sendiri? (Ini soalan buang masa, tidak meningkatkan iman barangkali.)
Kalau diberi pilihan yang ada pada zaman sekarang, saya akan pilih jalan pintas untuk ke syurga. Jihad, dan akhirnya syahid. Begitu idealistik, bukan?
Saya terpengaruh dengan satu tulisan dari China. Tulisnya, kalau dapat dia memilih cara untuk mati, dia akan memilih untuk tenggelam di dasar sungai atau lautan. Kerana mungkin, sesaat sebelum dia sepatutnya mati, akan datang di fikirannya bahawa ada kerja yang masih belum beres, maka dia boleh semula berenang ke tepian. Dia masih belum mahu mati. Syaratnya, dia perlu mahir berenang. (Tapi, kalau sudah ajal…)
Peluang kedua tidak akan datang dengan terjun bangunan atau terjun ke arah keretapi laju.
Bagi saya, tidak kisah sebenarnya cara bagaimana untuk kita mati. Yang penting, adalah bagaimana kita hidup sebagai persediaan untuk sesudah mati.
Mati itu hanya satu proses. Fahamilah ia, sebagai manifestasi beriman kepada hari akhirat.




sai.. pencarian d90 aku hanya mungkin mampu berakhir dengan d80, insya Allah.. adakah mimpi aku tercapai?
atau sekadar terkilan?