:p
Archive for June, 2009
Suatu ketika dulu, mereka yang masih belum Islam ini yang mengingatkan kami, “Sudah masuk waktu solat. Kamu belum mahu solat lagi?”.
Mereka yang belum Islam ini juga menggerakkan kami untuk solat subuh. Mereka yang menyiulkan nasyid-nasyid Raihan. Kemudian kami berpisah mengikut haluan sendiri.
…..
Sekarang, dalam kelas saya, ada seorang yang masih belum Islam lagi, berbicara tentang zakat, lantas mengimbau kenangan semasa suatu ketika dulu.
Mereka yang masih belum Islam ini, sangat ambil berat dengan keIslaman orang Islam.
Saya berdoa agar mereka beroleh hidayah.
Sedang enak-enak berlibur di atas tilam penat (dinamakan tilam penat sebab setiap kali baring atas tilam tersebut, tubuh akan jadi penat), telefon rakan serumah berbunyi. Dia kemudian menghulurkan telefonnya sambil berkata, “Fariz.”

Di sini mulanya

"Mana tayarnya, Mat?"

Sepuluh kali panning, sekali yang jadi.

Aku mahukan DSLR, badly!
Gambar-gambar yang lain boleh dilihat di flickr saya.
Bingit, bunyi seperti berada di panggung menonton Transformers yang diganda dua.
Saya ada ditanya tentang kemelut dalaman PAS. Terus terang, saya tidak suka berbicara tentang ini. Cukuplah saya cadangkan anda membaca buku Kemuncup Dalam Perjuangan oleh Tuan Guru Nik Aziz.
Beliau orang yang ahli.
Hari ini di dalam kelas, seorang rakan mengeluarkan novel oleh Paulo Coelho yang menjadi wishlist saya; Sang Alkemi (The Alchemist). Saya masih belum punya rezeki untuk membelinya lagi (atau menunggu pos dari Kaherah hehe).

Sang Alkemi
Namun, saya tertarik sekali dengan falsafah yang dilontarkan oleh Coelho melalui tulisan-tulisannya yang lain.
Antara lain, dia pernah menulis, ‘Kalau semua orang masuk universiti, nanti siapa akan jadi tukang kebun yang mahir?’.
Hari ini juga, adinda saya menghantar pesanan teks: ‘CGP jatuh.’ Lalu saya membalas apa yang saya tahu, kerana saya setelah tahu tentang ini akibat dakyah seorang professor, lantas terus tidak peduli dengan CGP saya lagi.
Balasan saya berbunyi, ‘Keputusan tidak penting. Yang penting, apa yang dipelajari dahulu sudah terhadam. Itulah konsep pendidikan.’
Pendidikan ialah apa yang terus melekat pada jiwamu setelah kamu lupa semua pelajaran tentangnya.
[Sepatutnya, saya membuat resensi buku Syabab Musafir Kasih dahulu.]
Malam tadi, seorang rakan menghulur sebuah buku kepada saya. Judulnya, Akhirnya Kutemukan Kebenaran, oleh Muhammad al-Tijani al-Samawi.
Saya membelek-belek buku tersebut. Kata saya,”Ini buku Syiah.”
Ah, muyul dalam membuat perbandingan. Tapi, saya persetankan.
Sementelah sekarang saya sedang membuat kajian tentang nikah mutaah, maka peluang mendapatkan buku Syiah yang diharamkan oleh KDN sebegini merupakan satu peluang untuk meluaskan pandangan saya.
Ialah terjemahan dari bahasa Arab dengan judul Tsummahtadaitu.
Setelah membelek halaman pertama, tangan saya tidak mahu lepas, dan mata tidak mahu pejam melainkan saya khatam ia.
Ialah biografi Muhammad al-Tijani al-Samawi, memerihalkan bagaimana dia yang membesar dalam tarikat Tijaniah di Tunisia, berhaji di Mekah dan terpaut dengan fahaman wahabiah, kemudian bermusafir ke Iraq lalu terpaut pula dengan ajaran Syiah, kemudian memutuskan untuk membuat kajian tentang Syiah dan Ahlussunnah, dan sehingga akhirnya memutuskan untuk menjadi seorang Syiah.
Buku ini sarat dengan indoktrinasi Syiah, sudah tentunya.
Walaubagaimanapun, ada juga isi-isinya yang wajar dijadikan panduan berfikir oleh kita. Contohnya, kenapa Syiah menggunakan istilah ‘alaihissalam kepada imam-imam mereka, dan ahlulbait.
Sekali baca tanpa rujukan yang kukuh, masyarakat awam yang membaca buku ini sudah tentu terpesona dengan perjalanan hidup dan nukilan Muhammad al-Tijani al-Samawi ini.
Buku ini sesudah penerbitannya, telah diradd dengan pelbagai buku oleh pengarang ahlussunnah, khasnya berkenaan sirah berkaitan dengan saidina Abi Hurairah, Abi Bakr dan Umar.
Antara raddnya yang boleh didapati secara online:
http://www.allaahuakbar.net/shiites/first.htm
http://www.darulkautsar.com/article.php?ArticleID=1465
Allahulmusta’an.
hati saya
untuk kesekian kalinya
tidak mahu tenteram ia
apakah zikrullah
yang menenangkan jiwa
hanya digapai di dalam mimpi
atau dalam cerita-cerita nabi
“kalau kau tahu
apa yang kau cari
tidak ‘kan hatimu
gundah lagi”
Kenapa bank konvensional dikatakan riba?
1. Saya nak beli rumah.
2. Saya ke bank, dapatkan PINJAMAN.
3. Bank beri pinjaman, dalam akad dinyatakan, saya perlu bayar balik dengan interest.
4. Interest yang saya bayar adalah lebih rendah, tetapi riba.
Cuma ada 1 transaksi jual beli, saya membeli rumah dengan duit yang dipinjam dari bank.
Bagaimana bank-bank islami lari dari riba
1. Saya nak beli rumah.
2. Saya ke bank, cakap nak dapatkan pembiayaan beli rumah.
3. Bank cakap boleh. Bank, melalui saya dan peguam, beli rumah dari pemaju. Dengan ini, bank beli rumah.
4. Bank jual kembali rumah kepada saya dengan mendapatkan keuntungan kepadanya.
5. Saya bayar harga yang lebih tinggi secara keseluruhan, tapi bebas riba.
Ada 2 transaksi jual beli, saya membeli rumah yang dibeli oleh bank.
Isu dua:
Pembiayaan peribadi dengan bank.
Orang yang dekat dengan saya ingin berniaga. Setelah melihat prospeknya, saya ingin melabur dengan beliau.
Maka saya ke:
A
1. Bank konvensional.
2. Dapatkan PINJAMAN 30 ribu.
3. Bayar balik 34 ribu dalam masa 9 tahun secara ansuran.
Saya dapat rm30 ribu, perlu bayar 34 ribu dengan riba.
Atau,
Saya ke
B
1. Bank islami
2. Mohon pembiayaan 30ribu
3. Bank cakap, boleh, tapi kena beli sijil (atau apa-apa) dari bank dengan nilai 35 ribu dengan bayaran tangguh (ansuran) selama 9 tahun.
4. Sijil (atau apa-apa) itu boleh dijual kepada pihak ketiga (biasanya lantikan bank) dengan harga 30 ribu secara tunai.
Saya dapat rm30 ribu, perlu bayar m35 ribu tanpa riba.
Begitulah.
[* Bagaimana kalau bank sendiri yang membeli sijil (atau sesuatu) yang dia jual kepada kita?
Atau contoh mudah, Mamat datang kepada saya nak dapatkan duit. Saya jual sehelai baju race-for-life saya kepada Mamat dengan harga rm50, bayar ansuran. Mamat setuju beli baju tersebut dari saya, dengan harga rm50 ansuran. Setelah itu, saya membeli semula baju itu dari mamat dengan harga rm40 tunai. Mamat dapat tunai rm40, perlu bayar ansuran berjumlah rm50, dan saya dapat untung berjumlah rm10.
Inilah sebenarnya yang menjadi pertikaian antara ulama tentang keboleh/keharusannya]
Bacaan lanjut:
http://www.zaharuddin.net/content/view/192/101/
http://www.pakdi.my/blog/isu-bai-inah/
Mental conditioning, atau dalam bahasa melayunya ‘asuhan minda’, kadang-kadang boleh membawa kecelaruan dalam pemikiran.
Contohnya, kalau sejak kecil kita menghidu sabun beraroma limau, minda kita akan terasuh bahawa bau limau sebegitu adalah sabun. Jadi, bila pada suatu hari, ada minuman beraroma sama dihidangkan, kita akan cakap, “Air ini berbau sabun.”
Hal yang sama berlaku kepada saya tatkala memasuki sebuah masjid di UIAM. Macamlah di UIAM ada banyak masjid, hehe. Oleh kerana setiap kali, sejak kecil, saya masuk ke tandas, bau pewanginya adalah sebegitu, maka minda saya mentafsir bahawa bau itu adalah bau tandas.
Maka apabila pihak masjid menggunakan pewangi dari syarikat Initial Rentokil, maka tatkala saya masuk ke masjid, saya terhidu bau tandas.
Nanti saya tampalkan gambarnya.
[Rasanya ini entri ilmiah yang pertama saya, aduhai]
Larilah dari riba sebagaimana kita lari dari singa yang menerkam.
Kenapa? Kerana melibatkan diri dalam riba bererti mengajak untuk berperang dengan Tuhan.
Riba, dari segi bahasa adalah pertambahan.
Contohnya, kita beri pinjam rm1000, dan dalam akad pinjaman, kita minta peminjam bayar rm1100. Itu riba.
tetapi, kalau kita beri pinjam rm1000, dan tidak diakadkan apa-apa, peminjam sukarela bayar rm1100, maka itu tidak riba.
Yang biasa kita buat, tapi kita tak sedar bahawasanya ia adalah riba, adalah seperti berikut:
Mamat pinjam kereta saya, maka saya beritahu mamat, “Boleh pinjam, tapi kena isi minyak sampai penuh”. Ini adalah riba.
Kenapa? Kerana dalam Islam, pinjaman adalah atas dasar qardulhasan. Kita sama sekali tidak boleh mendapatkan apa-apa faedah dari apa yang kita pinjamkan.
Bagaimana nak tukar dari riba kepada tidak riba?
Tukar lafaz akad.
“Tak boleh pinjam, tapi kena sewa. Harga sewa ialah isi minyak.” Ini bukan riba.
Sekian pelajaran riba mudah. Selepas ini entri tentang riba bank.





Recent Comments