Merantau ke Bachok

Snippets. Ringkasan sahaja. Biar gambar lebih bayak berbicara. Saya tidak dapat mengemaskini dari rumah, kerana broadband sudah diketahui ramai menjadi berokben. ~~~

Pada pagi suatu hari, saya mendapat pesanan Yahoo dari Faiz, kursus keris untuk pembantu gurulatih akan diadakan. Pada awalnya, saya langsung tidak merancang untuk pulang, kerana tiada ongkos di poket. Tetapi, dimangkin oleh kerinduan kepada tanah tumpah darah dan ayah bonda saya, saya pulang juga.

Pagi Jumaat, sebelum bertolak

Pagi Jumaat, sebelum bertolak

Perjalanan yang sepatutnya tujuh ke lapan jam menjadi 14 jam.

Setelah turun dari bukit ini, bas tidak dapat bergerak lagi. Nampak lori kepala kuning sedang mendaki?

Setelah turun dari bukit ini, bas tidak dapat bergerak lagi. Nampak lori kepala kuning sedang mendaki?

Lalu, kami mengambil keputusan berkelah selama lima jam. LIMA JAM!

Lalu, kami mengambil keputusan berkelah selama lima jam. LIMA JAM!

Saya bersolat jamak di tepi jalanraya. Saya terasa sangat lemah kerana tidak mampu untuk mengajak yang lain untuk turut solat bersama-sama. Yang bersolat hanyalah saya seorang seorang-seorang. Mungkin yang lain bersolat di atas bas, maka saya tidak perasan. Doakan saya agar menjadi lebih kuat agar dapat mengajak orang lain solat bersama di waktu-waktu genting sedemikian.

Walaupun muka masing-masing dah macam jemput-jemput, hidup mesti ceria. hee

Walaupun muka masing-masing dah macam jemput-jemput, hidup mesti ceria. hee

Setelah sampai dan berehat seadanya, dengan demam yang makin terasa, saya tidur sepanjang hari Sabtu hahaha.

Hanyalah pada keesokan harinya iaitu Ahad, saya mula berderat. Saya ke jabatan agama untuk urusan nikah.

Kata cik kerani, “Borang tidak ada di sini. Segala urusan nikah kahwin mesti melalui imam kariah atau mukim.” Aduh, lecehnya. Manalah saya kenal imam mukim saya. Sudah lama saya merantau.

Setelah keluar dari pekarangan balai islam, saya mengeteks Faiz. Lantas dia mengajak saya ke rumah rumah guru silat saya di Tawang, dan seterusnya ke Bukit Marak untuk persediaan program esok.

Apa aksi seterusnya?

Apa aksi seterusnya?

Mengendeng dengan gurulatih utama

Mengendeng dengan gurulatih utama yang didatangkan khas dari Batu Kurau. Memerhati di kanan ialah guru silat saya yang seorang lagi, yang mana saya membesar di hadap matanya. Beliau tiada blog.

Tidak banyak gambar semasa program. Saya ponteng untuk ke klinik kerana tidak tertahan lagi ngilu dan bisa demam akibat bisul.

Keris berdiri.

Keris berdiri.

Falsafahnya, untuk mendirikan keris, perlu:
1. Orang yang mendirikan keris perlu rasi dengan keris tersebut.
2. Tukang keris (pandai keris) yang mahir untuk membuat keris yang seimbang.

Jadi, kalau sebilah keris itu dapat berdiri, ada dua kesimpulan:
Pandai keris itu handal, atau orang yang mendirikan keris itu yang handal.

Dalam kes ini, sudah tentulah saya pandai keris yang handal. Haha

Selesai program, saya bergegas pulang, untuk kembali semula ke Kuala Lumpur.

Ah, banyaknya email perlu dijawab…

12 Responses to “Merantau ke Bachok”


  1. 1 x-ceptionalist June 3, 2009 at 10:11 am

    balik kelantan tak ada apa cerita manohara ke? apa kes?

  2. 2 ariff.arifin June 4, 2009 at 4:51 am

    kau dah terkena kah dengan talbis 40d?

  3. 3 atikahJ June 4, 2009 at 1:03 pm

    bakal pelajar pasca siswazah? tahniah.. di mana?
    urusan nikah kahwin? tahniah.. bila?
    Moga dipermudah semua..Amin

  4. 4 husainibrahim June 4, 2009 at 3:03 pm

    Kaktikah, biar saya jawab :-D
    Bakal pelajar pasca ijazah di Pusat Pendidikan Antarabangsa Kewangan Islam. Nikah kahwin selepas ‘Eid al-Fitr insya Allah. :-D

    p/s; Tuan blog, aku tumpang gembira lantas kutolong menjawabnya

    • 5 atikahJ June 8, 2009 at 2:05 pm

      terima kasih atas jawapan.. Alhamdulillah, moga dipermudahkan semua.. hmm nampaknya Adik Atikah melangkah ‘bendul’ akak Atikah nie ;-) takper2.. sapa2 yang dah berkemampuan sila2kan.. Hussaini tak nak menurut jejak ker..?

  5. 6 Ariff Arifin June 4, 2009 at 4:54 pm

    apa kau tak mahu jadi tukang jawab di bolog ku jugakkah usen?

  6. 7 ashraflatif June 5, 2009 at 1:37 am

    x-ceptionalist: manohara? kesian dia. kesultanan kelantan tiada tulah, maka… haha
    arif: ku terkena panah 40d.
    kaktikah: husaini telah menjawab. hehe

  7. 8 qayyum June 5, 2009 at 4:03 am

    salam..

    uh,duk silat lg ruponya..ingat ko pencen dah..

    bakpo tak silat dgn gayong-MML???haha

  8. 9 x-ceptionalist June 6, 2009 at 5:45 am

    kalau diperhatikan dengan teliti, keris berdiri itu seperti dipacakkan sahaja di atas lantai. mungkinkah?

  9. 10 ashraflatif June 6, 2009 at 6:16 am

    qayyum: biarlah dia
    x-ceptionalist: kalau pacak, tembuslah baju aku tu. huhu

  10. 11 kaori_kenshin June 7, 2009 at 2:35 am

    Ceghah, jgn lupa hantarkan kad kahwin kepada saya.. Doakan saya juga.. Moga ada pitih, kerja, rumah bla bla..

  11. 12 paih June 15, 2009 at 3:09 am

    nak gambar best2 lg… email ko ambo p xpe..


Leave a Reply




ashraflatif

"Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kepada Allah dan rasulnya."

Ashraf Latif's Facebook profile

KamusDewan

Motivasi

"Kalaulah manusia mengetahui pahala solat isya' dan subuh (berjemaah), nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak"

 

June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Flickrku

kemasin

More Photos

alif-ba-ta

  • 18,415 hits

Pages