Resensi – Akhirnya kutemukan kebenaran

[Sepatutnya, saya membuat resensi buku Syabab Musafir Kasih dahulu.]

Malam tadi, seorang rakan menghulur sebuah buku kepada saya. Judulnya, Akhirnya Kutemukan Kebenaran, oleh Muhammad al-Tijani al-Samawi.

Saya membelek-belek buku tersebut. Kata saya,”Ini buku Syiah.”

Ah, muyul dalam membuat perbandingan. Tapi, saya persetankan.

Sementelah sekarang saya sedang membuat kajian tentang nikah mutaah, maka peluang mendapatkan buku Syiah yang diharamkan oleh KDN sebegini merupakan satu peluang untuk meluaskan pandangan saya.

Ialah terjemahan dari bahasa Arab dengan judul Tsummahtadaitu.

Setelah membelek halaman pertama, tangan saya tidak mahu lepas, dan mata tidak mahu pejam melainkan saya khatam ia.

Ialah biografi Muhammad al-Tijani al-Samawi, memerihalkan bagaimana dia yang membesar dalam tarikat Tijaniah di Tunisia, berhaji di Mekah dan terpaut dengan fahaman wahabiah, kemudian bermusafir ke Iraq lalu terpaut pula dengan ajaran Syiah, kemudian memutuskan untuk membuat kajian tentang Syiah dan Ahlussunnah, dan sehingga akhirnya memutuskan untuk menjadi seorang Syiah.

Buku ini sarat dengan indoktrinasi Syiah, sudah tentunya.

Walaubagaimanapun, ada juga isi-isinya yang wajar dijadikan panduan berfikir oleh kita. Contohnya, kenapa Syiah menggunakan istilah ‘alaihissalam kepada imam-imam mereka, dan ahlulbait.

Sekali baca tanpa rujukan yang kukuh, masyarakat awam yang membaca buku ini sudah tentu terpesona dengan perjalanan hidup dan nukilan Muhammad al-Tijani al-Samawi ini.

Buku ini sesudah penerbitannya, telah diradd dengan pelbagai buku oleh pengarang ahlussunnah, khasnya berkenaan sirah berkaitan dengan saidina Abi Hurairah, Abi Bakr dan Umar.

Antara raddnya yang boleh didapati secara online:

http://www.allaahuakbar.net/shiites/first.htm

http://www.darulkautsar.com/article.php?ArticleID=1465

Allahulmusta’an.

4 Responses to “Resensi – Akhirnya kutemukan kebenaran”


  1. 1 ~PF~ June 11, 2009 at 6:33 am

    syukran mera dhost

  2. 2 qayyum June 11, 2009 at 10:08 am

    salam..

    buku ni telah dijawab oleh almarhum Dr Ihsan Ilahi Zahir yg berjudul BAL DHOLALTA(bahkan kamu yg telah sesat!)..

    bahaya buku2 syiah ni,diorang panadai main emosi umat islam..demo tu kata sahabatlah megkhianat pada nabi saw.. jauh drp kenyataan…

    semoga Allah melindungi kita semua…

  3. 4 irza March 20, 2011 at 2:04 am

    Assalamu’alaikum,
    kenapa kita harus saling menghujat, mencela & menghina. kita hanya manusia yang mempunyai keterbatasan pengetahuan & pengalaman agama. lebih baik kita mengenal & mempelajari semua mahzab. jika kita yakin dg 1 mahzab, hormatilah mahzab yg lain.
    bersatulah umat Islam di dunia…..Allah SWT menciptakan perbedaan supaya kita bisa saling menghormati & hidup bersatu, jangan jadikan perbedaan ini menjadikan permusuhan, perpecahan & perperangan.
    belajar….belajar….belajar……..

    wasaalam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




ashraflatif

"Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kepada Allah dan rasulnya."

Ashraf Latif's Facebook profile

KamusDewan

Disclaimer

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah untuk domain umum/awam. Maknanya, tiada 'copyright' kepada saya, kecuali artikel yang saya jadikan rujukan dan dinyatakan sumbernya. Maka, pembaca bebas untuk melakukan apa sahaja dengan artikel yang saya tulis, seperti copy-paste, repost, buat novel, filem, lagu dan sebagainya tanpa perlu meminta izin dari saya terlebih dahulu.


Apa yang baik harus dikongsi bersama :)

 

June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Flickrku

anakku

PBAKL 2010

More Photos

alif-ba-ta

  • 43,374 hits

Pages


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.