Hari ini di dalam kelas, seorang rakan mengeluarkan novel oleh Paulo Coelho yang menjadi wishlist saya; Sang Alkemi (The Alchemist). Saya masih belum punya rezeki untuk membelinya lagi (atau menunggu pos dari Kaherah hehe).

Sang Alkemi
Namun, saya tertarik sekali dengan falsafah yang dilontarkan oleh Coelho melalui tulisan-tulisannya yang lain.
Antara lain, dia pernah menulis, ‘Kalau semua orang masuk universiti, nanti siapa akan jadi tukang kebun yang mahir?’.
Hari ini juga, adinda saya menghantar pesanan teks: ‘CGP jatuh.’ Lalu saya membalas apa yang saya tahu, kerana saya setelah tahu tentang ini akibat dakyah seorang professor, lantas terus tidak peduli dengan CGP saya lagi.
Balasan saya berbunyi, ‘Keputusan tidak penting. Yang penting, apa yang dipelajari dahulu sudah terhadam. Itulah konsep pendidikan.’
Pendidikan ialah apa yang terus melekat pada jiwamu setelah kamu lupa semua pelajaran tentangnya.




aduh terasa macam atas belakang aku kena tikam dengan dialog box ‘atau menunggu pos dari Kaherah hehe’ yg macam komik shin chan selalu buat tu.
in order to forget the rules, you have to know and respect them
-the witch of portobello-
Haha. Tengok dulu macamane. Mungkin tidak perlu poskan dari Kaherah. Dia (classmate) sudah offer bukunya yang lagi satu. Dia ada dua.
Tapi Trilogi Kaherah (Siarkaki Istana, Istana Nafsu dan Jalan Gula) masih juga ada dalam senarai wishlist. Huhuhu (gelak yang kau tidak suka)
1.aku baca buku tu minggu lepas..
walaupun hanya versi malaysia..
tergerak hati nak beli..
selalunya aku baca sket2 je, pastu simpan..
tapi buku ni aku baca dari kulit ke kulit.. huhuhu..
dah lama aku xbaca buku dari kulit ke kulit ni..
mungkin sebab ‘jijak angin’..
novel yang amat menarik..
Askum
Memang menarik falsafah Paulo Coelho. Rasanya tidak mahal sangat. Kalau nak tunggu pos dari Kaherah pun boleh juga. Cuma harganya akan jadi lebih kurang juga
tapi kalau yg tangan kedua tak mahal harapnya, kena turun attaba lah
baca Eleven Minutes…akan berkhayal-khayal hendaknya..
Ini karya pertama Paulo Coelho yang saya baca. Memang menarik ! Thanks to Goodreads yang menyediakan review buku-buku. Too many books, but too little time hehe.
Hari tu tengok kat Kinokuniya. Teringin nak beli,tapi tak terbeli sebab buku lain yang dibeli. Err…ada version melayu ke?
ada, menurut DAP313.