Bebas Kewangan

1. Bebas Kewangan dengan Nombor ekor

Saya sedang beratur untuk menaiki LRT. Seorang lelaki di sebelah saya tersenyum sambil mengucapkan ‘Alhamdulillah’ berkali-kali. Saya memandangnya sambil tersenyum.

Tanpa diminta, dia menjelaskan. Katanya, “Nombor saya kena. Alhamdulillah, pada waktu sesak-sesak begini, nombor saya kena. Syukur alhamdulillah.”

"Tuhan dah takdirkan saya jadi taik nombor, nak buat macamane?"

"Tuhan dah takdirkan saya jadi taik nombor, nak buat macamane?"

Saya terkesima. Dia kemudian menghilang dalam ramainya orang. (Berikutnya saya akan jelaskan kenapa nombor ekor adalah haram.)

Apakah sebelum minum arak, peminum arak yang Islam akan baca basmalah (Bismillahirrohmaanirrohim)? [Penghisap rokok juga, adakah mereka baca basmalah?]

Apakah sesudah minum arak, peminum arak yang Islam akan baca Alhamdulillah? [Penghisap rokok juga, dan kita tak makan nasik lemak dalam jamban sepertimana penghisap rokok hisap rokok dalam jamban.]

Kenapa nombor ekor haram?

1. Judi, sebab bergantung kepada nasib semata-mata.
2. Kalaupun bukan judi, contohnya programmer komputer yang generate nombor rawak untuk nombor ekor adalah saudara penikam nombor ekor dan dia memberitahu nombor apa yang menang esok dengan 100% ketepatan, maka ianya jatuh dalam kategori riba. Haram juga. Kenapa? Kerana duit tidak boleh dibeli dengan duit melainkan dengan nilai yang sama. Insurans konvensional masuk dalam bab riba yang ini.

Jadi, apa kaitan nombor ekor dengan arak? Dua-dua adalah haram, dan pemakan benda haram (walaupun penikam nombor ekor tadi tidak makan duit, tapi makan nasi yang hasil duit nombor), maka neraka adalah lebih layak untuknya.

2. Bebas Kewangan dengan Overdraft

Saya ingin belajar tentang overdraf dan mencari mekanisme untuk menjadikannya syariah compliant, dan halal, dan bebas riba.

Terdapat satu cara untuk bebas kewangan dengan menggunakan sistem ini (tapi tidak dijamin bebas riba).

Caranya, buat pinjaman dengan bank konvensional dengan bunga yang rendah (riba yang sedikit tetap juga riba, beb), beli ASB, jadikannya cagaran untuk akaun overdraf di bank-bank perdagangan yang menerima sijil ASB sebagai cagaran.

Gunakan duit di dalam akaun overdraf (dengan nilai cagaran kita atau 95% darinya), dan bayar kembali dengan bunga (riba) berdasarkan BLR semasa.

Ada sesiapa yang mahir OD dan ingin mengajar saya? Nanti saya akan ajarkan kepada orang lain, dan insyaAllah, kita sama-sama berusaha lari dari riba.

Tidak faham? Saya pun.

3 Responses to “Bebas Kewangan”


  1. 1 kema July 2, 2009 at 1:03 pm

    adakah puak-puak ini tak layak digelar sekularis? kah kah kah

  2. 2 ashraflatif July 2, 2009 at 2:17 pm

    sekularis tak ucap alhamdulillah. alhamdulillah hanya waktu dalam masjid atau majlis-majlis agama. :p

  3. 3 kema July 3, 2009 at 6:04 am

    kah kah kah, kalau mcm tu, mereka ini bukan sekularis kerana mereka tidak memisahkan agama daripada judi dan arak


Leave a Reply




ashraflatif

"Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kepada Allah dan rasulnya."

Ashraf Latif's Facebook profile

KamusDewan

Motivasi

"Kalaulah manusia mengetahui pahala solat isya' dan subuh (berjemaah), nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak"

 

July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Flickrku

kemasin

More Photos

alif-ba-ta

  • 18,415 hits

Pages