Archive for October, 2009

Belajar Kewangan Islam

“Itu bukan ambil Islam separuh-separuh,” kata Dr Abdul Basit. Kami sedang bersembang bertukar-tukar fikiran sementara menunggu pesanan makan malam siap. Sambungnya, “Itulah namanya pengkhususan. Kepada yang belajar kewangan Islam untuk laba dunia, dapatlah dia laba dunianya.”

Beliau mengingatkan saya kepada hadis al-muhaajiru man hajara. Bukan hanya  isu gadis bertube memberi dalil haramnya riba, tetapi apa-apa bidang sekalipun.

Dr Abdul Basit merupakan salah seorang dari hanya tiga rakyat Malaysia yang mendapat PhD dari Universiti Madinah. Sekarang ini, beliau ialah pengetua di Pondok Sungai Durian. Ayahanda beliau, Tuan Guru Haji Abdul Rahman merupakan pengasas pondok tersebut, bahkan pondok itu lebih terkenal dengan nama PHD, Pondok Haji Deraman.

Tonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, lihat gambar beliau di blog beliau, semua menyangka beliau seorang yang sangat serius. Pemandu kereta yang kami naiki tidak sanggup memandu lagi kerana bimbang kemalangan, lantaran terlalu asyik ketawa dengan apa yang diperkatakan Dr Basit.

Pesan beliau, anak-anak muda yang berilmu perlulah sentiasa turun ke medan. Orang tua (yang muda lagi sebenarnya) sepertinya sudah tercabut ekor ke sana-sini.

Semoga beliau terus berada dalam lindungan Allah.

Islam separuh-separuh

Pagi tadi, agak-agak sudah masuk waktu solat tahajud yang kita tidak buat (lemahnya iman umat akhir zaman, akulah itu), Jusoh menyanyi lagu hadis ‘yang halal itu bersuluh, yang haram itu bersuluh’ (faham literal aku) lantas mengingatkan aku kepada senikata ‘taqwa di sini 3x (tiga kali, bukan tri-ex) sambil [Baginda nabi] tunjuk ke dada’ lantas membawa perbincangan kali ini ke ruang  lingkup antara fatwa dan taqwa.

Maka lantaran itu, disebabkan oleh aku ini mengambil jurusan kewangan Islam yang semestinya sudah menjadi tanggungjawab aku untuk memberitahu kepada tuan-tuan sekalian, bahawa dosa riba itu adalah seperti berzina 36 kali dan mengajak untuk berperang menentang Allah, maka jauhilah riba dan sila bayar zakat untuk menyucikan harta walau pendapatan tuan hanyalah seciput.

Di sana ada fatwa yang mengatakan pelaburan ber-riba adalah harus demi maslahah, contohnya ASB yang lebih 30% hasilnya adalah dari pelaburan konvensional dalam Maybank, maka timbangtaralah fatwa itu dengan taqwa [senikata at-taqwa haahuna sebagai muzik latar di sini].

Tamat cerita satu.

Baru-baru ini, aku bersembang tentang kewangan islam sambil mengunyah moreh (jangan bercakap semasa mulut penuh, tidak senonoh) dengan bisnesmen yang berjaya, tersentuhlah juga isu tentang pinjaman untuk perniagaan. Seorang lelaki tua berkata, “Sudah darurat, bank-bank Islami tidak ada yang mahu memberi pembiayaan berjuta-juta ringgit kepada kami. Apa mahu buat?” Aku tak jawab apa-apa. Ada sesiapa yang sudi menjawab?

Tamat cerita dua.

Masuk cerita tiga.

Pak cik tua itu (nama dirahsiakan, bukan pak cik tua bisnesman di atas) berkata, “Kamu semua ini, belajar kewangan Islam, kerana Islam atau kerana duit?”

“Kerana duit, semestinya!” laju saya menjawab. Kami memang selalu bergurau. Pak cik tua itu tertawa. Bidang kewangan Islam adalah bidang yang paling pesat berkembang dalam dunia perbankan dan kewangan global. Islam dan bukan Islam, semua berlumba-lumba untuk menyedut duit dari negara-negara Arab dengan menyediakan platform pelaburan berlandaskan syariah. Berlandaskan syariahkah kalau diurus oleh bukan Islam?

Pak cik tua itu berkata, “Kamu inilah yang mengambil al-Quran separuh-separuh, ya?” Saya senyum, kerana sudah tahu tentang apa yang akan dikatakan oleh dia seterusnya.

Itulah masalahnya, pelajar dan pengamal kewangan dan perbankan Islam di Malaysia hanya menebuk al-Quran dan hadis-hadis Baginda hanya dalam hal-hal yang hanya ada kepentingan kewangan semata-mata. Hal muamalat, syariah yang lain, sahsiah, entah di mana.
Bayangkan, seorang gadis dengan petah mengemukakan hujah dan dalil dari al-Quran dan hadis tentang pengharaman riba dalam keadaan dia hanya memakai tube dan berambut karat. :p

p/s: sebarang soalan berkaitan kewangan Islam bolehlah diajukan kepadaku. Kalau boleh jawab, akan dijawab, kalau tidak boleh, maka tidak akan dijawab.

p/p/s: Aku ditanya tentang cara mencegah pukau oleh seorang yang menjadi mangsa pukau. Aku jawab: amalkan sentiasa dalam keadaan wuduk, amalkan juga ayat kursi dan 3 qul sesudah setiap solat. Sentiasa berdoa kepada Allah setiap pagi dan petang supaya kita sentiasa dalam jagaan i.e. baca Maathurat.  (Isu ‘Hei Tuhan’ dibangkitkan oleh beberapa orang yang tidak berpuashati bila aku menaip doa dengan kata hei Tuhan. Sudah diterangkan dulu, ini uslub bahasa Kelantan untuk menunjukkan kekamcengan kita dengan Tuhan. Bukankah kita berdoa guna ‘aku-engkau’ sahaja, macam sangat kamceng?)

Belasungkawa 2

Apakah namanya ia, ucapan yang kita ucapkan kepada si mati di hadapan ahli keluarganya? Funeral service? Apa service?

Ini ucapan yang saya karang untuk ahli keluarga seorang sahabat saya.
Ah, pagi-pagi Jumaat begini, bercakap tentang damai yang diketemukan sesudah mati.

====

Arwah ini, siapa yang tidak pernah terasa dengannya. Kalau bercakap, cukup hebat memangkah. Ucapannya, dan tulisannya kadang-kadang cukup mengguris hati. Kalau nasihat yang diminta, kita yang dihentamnya kembali.

Tapi, walaupun terluka dengannya, kita akan terus kembali lagi dan lagi kepadanya, mengadu akan apa-apa, kerana gurisan hati kita itu hanya seketika kerana benarnya ia. Kerana setiap apa yang keluar dari mulutnya, setiap apa yang ditulisnya adalah datang dari hatinya yang penuh cinta dan kasing sayang.

Ialah seorang anak yang penyayang, seorang abang yang penyayang, seorang teman yang penyayang.

Kita berdoa kepada tuhan, agar diampunkan segala dosanya.

-untuk MFA, 1984-

====

Sekalipun budi tidak dikenang

Anak kedidi belajar berenang,
Anak serati ketawa tak henti.
Sekalipun budi tidak dikenang,
Jangan berhenti menabur bakti.

-Menyorot gempa di Padang, ganyang Malaysia, dan [apakah sebenarnya ia] tarian pendit [yang ribut-ribut itu?].


ashraflatif

"Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kepada Allah dan rasulnya."

Ashraf Latif's Facebook profile

KamusDewan

Motivasi

"Kalaulah manusia mengetahui pahala solat isya' dan subuh (berjemaah), nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak"

 

October 2009
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Flickrku

2

More Photos

alif-ba-ta

  • 19,632 hits

Pages