Archive for January, 2012

MLM lagi

Dua kali ditanya mengenai MLM dalam waktu yang hampir, menyebabkan saya rasa perlu menulis tentang ini.

Tatacara MLM yang patuh syariah sudah dikeluarkan oleh JAKIM, dan boleh dimuat-turun di sini.

Secara ringkas, MLM yang tidak boleh adalah seperti berikut:

A menyertai MLM X setelah dipujuk oleh B supaya menjadi downlinenya. A membayar sejumlah wang sebagai yuran. Yuran ini sebahagiannya digunakan untuk membayar B (upline A) dan C (upline B). Sebahagian lagi masuk poket penganjur MLM X. ( Hakikatnya, A, B dan C semua kena kencing, tapi sebab nak dapatkan duit semula, maka kena cari mangsa yang lain pula.) Keuntungan tidak dijana melalui perniagaan barangan, tetapi semata-mata yuran peserta. Atau ada barangan yang dijual, tapi pada harga yang amat tinggi kerana duit lebih digunakan untuk bayar upline. Pernah dengar ubat gigi berharga RM50 setiub atau program pendidikan online berharga RM900?

MLM yang boleh pula, duit yuran yang dibayar digunakan secara benar untuk proses pendaftaran, sistem dan sebagainya. Duit yang dibayar kepada upline-upline di atas adalah hasil keuntungan jualan barangan pada harga patut, bukan duit yuran penyertaan menjadi ejen.

Wallahu a’lam.

 

harga setuju

Kadangkala pembeli dan penjual yang saling sudi dan bersetuju tentang harga sesuatu barang, masih belum menjadikan transaksi tersebut patuh syariah, lebih-lebih lagi pada harga yang melampau tinggi.

Esei ini adalah jawapan (reaksi) saya kepada tulisan yang menyebut bahawa tidak apa sesuatu barang murah dijual pada harga tinggi yang amat.

Untuk sesuatu barangan yang tiada harga pasaran, contohnya barangan antik atau perkhidmatan, harga yang boleh dikenakan adalah atas persetujuan bersama.

Walaubagaimanapun, persetujuan bersama harga tidak boleh digunapakai untuk barangan yang ada harga pasaran, contohnya pen kilometrico yang berharga RM1.20 tidak boleh dijual-beli pada harga RM1000 walaupun atas persetujuan bersama penjual dan pembeli.

Antara sebab ketidakbolehannya adalah untuk mengelakkan barangan murahan tadi dijadikan sebagai aset helah untuk transaksi inah (beli dan jual segera kepada orang yang sama pada harga berbeza – dibenarkan dalam pengamalan mazhab Shafi’e Malaysia).

Supaya lebih terang, saya bawakan contoh:

Ahmad ingin meminjam wang RM1000 dari Ashraf. Ashraf adalah seorang yang business minded, mahukan untung atas segala sesuatu. Ashraf ingin memberi pinjam kepada Ahmad, tetapi dia ingin membuat untung juga. Tapi dia tahu jika memberi pinjam dan mengenakan bunga, itu adalah terang-terangan riba.

Jadi Ashraf mencari helah.

Ashraf lalu menjual pen dalam koceknya kepada Ahmad pada harga RM1200 dengan bayaran tangguh, dibayar dalam masa 12 bulan. Akad dilakukan – transaksi sah.

Ahmad terus menjual semula pen tersebut kepada Ashraf pada harga RM1000 tunai. Ashraf bayar tunai kepada Ahmad. Akad dilakukan – transaksi sah.

Ahmad mendapat RM1000 tunai, tetapi perlu membayar hutang RM1200, dengan helah sebatang pen berharga RM1.20.

(Bagaimana pula kalau Ashraf memang berniat menjual pen – bukan memberi pinjam – dan berjaya meyakinkan Ahmad supaya membeli pen tersebut dengan alasan ia pernah digunakan oleh Aizat Sungai Lui?)

SARA 1Malaysia patuh syariah?

Asal sesuatu perkara (kecuali ibadah khusus) adalah harus, melainkan ada dalil yang mengatakan ia haram.

Skim pelaburan/simpanan/bon/dana asalnya adalah harus, dengan syarat tiada pulangan tetap dijanjikan dan pelaburan adalah di tempat yang halal-halal sahaja.

Dalam sistem pelaburan Islami, peratusan yang dibahagi bersama adalah dari keuntungan, bukan dari modal pokok. Contohnya, Aizat dan Hafiz berpakat membuka ladang lembu. Aizat mengeluarkan modal RM100,000 untuk Hafiz mengerjakan ladang lembu. Perjanjian untung adalah 30% untuk Aizat dan 70% untuk Hafiz. Kerana lembu-lembu meminati nyanyian nano-nano Hafiz, lembu-lembu berkembang biak menjadi ramai. Setelah setahun berlalu, semua lembu dijual. Ditolak modal awal RM100,000 (diambil semula oleh Aizat), keuntungan bersih adalah RM100,000. Keuntungan bersih ini dikongsi bersama mengikut perjanjian awal. Kalau untung RM10 sahaja, RM10 inilah yang dikongsi bersama. Kalau tiada untung, tiadalah habuan Hafiz menjaga lembu.

Dalam sistem pelaburan tidak Islami, pelabur mahukan keuntungan tidak kira apa berlaku, dan keuntungan dikira berdasarkan modal pokok. Contohnya, John melaburkan wang kepada syarikat lembu Hanson sebanyak RM100,000, dengan perjanjian pulangan sebanyak 30% dari modal iaitu RM30,000 setahun secara tetap. Walau apapun berlaku, setelah menerima wang John, Hanson tetap perlu membayar untung sebanyak RM30,000 kepada John. Kalau semua lembu mati dan ladang itu rugi, Hanson perlu meminjam dari tempat lain untuk membayar John. Kalau untung berjuta pula, Hanson cuma perlu membayar John RM30,000 ribu sahaja.

Pelaburan dengan pulangan tetap begini termasuk dalam kategori riba.

Skim Sara 1Malaysia mengikut model yang mana?

Orang yang ingin menyertai skim ini diberi dua pilihan.

1. Dua kali riba – pinjam dari bank konvensional secara riba, dan melabur dalam skim riba; atau

2. Sekali riba – guna duit sendiri untuk melabur dalam skim riba.

Selagi belum ada petunjuk jelas kehalalan skim ini yang mengatasi prinsip yang diceritakan di atas, skim ini dikira tidak patuh syariah, dan tidak harus disertai oleh orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Berjuang

Ada seorang lelaki gagah berani yang berjuang di medan perang pada zaman Rasulullah. Lelaki gagah berani ini di pihak Islam. Lelaki gagah berani ini tidak gentar menghadapi musuh, menyebabkan barisan musuh kacau bilau. Lelaki gagah berani ini mendatangkan gerun di hati musuh-musuh.

Lelaki gagah berani ini meninggal di medan itu.

Para sahabat bercerita tentang lelaki gagah berani ini kepada Rasulullah.

Rasulullah bersabda, bahawa lelaki itu ke neraka.

:Twist:

Ada seorang pendakwah gagah berani pada zaman ini. Pendakwah gagah berani ini giat berdakwah ke kejiranannya, ke hutan belantara mengajar Islam. Pendakwah gagah berani ini tidak gentar menyertai demo, mengadapi kanister gas pemedih mata dan pancutan air kimia.

Pendakwah gagah berani ini bercita-cita ke syurga, tapi…

Ya Allah, jauhkanlah hati kami dari nifaq, haramkan kami haba neraka.


ashraflatif

"Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kepada Allah dan rasulnya."

Ashraf Latif's Facebook profile

KamusDewan

Disclaimer

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah untuk domain umum/awam. Maknanya, tiada 'copyright' kepada saya, kecuali artikel yang saya jadikan rujukan dan dinyatakan sumbernya. Maka, pembaca bebas untuk melakukan apa sahaja dengan artikel yang saya tulis, seperti copy-paste, repost, buat novel, filem, lagu dan sebagainya tanpa perlu meminta izin dari saya terlebih dahulu.


Apa yang baik harus dikongsi bersama :)

 

January 2012
M T W T F S S
« Oct   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Flickrku

anakku

PBAKL 2010

More Photos

alif-ba-ta

  • 43,374 hits

Pages


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.