Chef utama Dapur Toyyibah – Alhamdulillah disahkan hamil.
Maka segala perancangan untuk Dapur Toyyibah bagi tahun 2013 terpaksa di rombak.
Begitulah, manusia mentadbir, Allah jua yang mengtakdir.
Begitulah juga, ‘rancangan’ sebenarnya hanyalah ‘teka-teka’ sahaja. Ada banyak faktor luar kawalan, yang boleh menjadikan rancangan kita terbantut atau terpaksa diubah. Ekonomi dunia, bencana alam, rancangan kerajaan dan sebagainya.
Maka pujilah Tuhan dan mohonlah ampun kepadaNya (An-Nasr).
Dan terus bergerak ke hadapan, dengan kerjaan teka-teka yang baru.
Semalam saya melancarkan ebook berbayar pertama saya. (Sebelum ini saya pernah menjual skrip fbml di WC). Sambutan yang alhamdulillah, sangat baik - saya terima, dan saya suka.