manual kerja dakwah 1

Ikhlas, tapi…

Bolehkah kerja dakwah yang ikhlas tidak mendapat redha Allah? Bolehkah? Mungkinkah? Apakah?
Alhamdulillah, setiap kali program komrad masuk kampung, semua bersemangat. Semua fired up. Bukan selalu dapat masuk kampung orang asli, kawan.

Dan biasanya, PM (Programme Manager) akan memberi taklimat, menekankan agar semua membetulkan niat masing-masing. Bukan niat untuk bercuti, makan angin, tapi niatlah untuk masuk melakukan kerja dakwah, dan niatlah agar ikhlas.

Maka, semuanya membetulkan niat. Semua berniat untuk masuk kampung dengan ikhlas. Berbuat kerja dengan ikhlas. Menghadapi segala kerenah kawan-kawan dengan sabar. Yakin, bahawa Allah bersama-sama kita.

Tapi, betulkah Allah bersama-sama kita dalam kerja dakwah? Bagaimana kalau kerja dakwah kita tidak mendapat redha Allah? Mana mungkin kerja dakwah tidak mendapat redha Allah, bukan? Atau, mungkinkah?

Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda, “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa,” –sahih, diriwayatkan oleh at-Tirmizi.*

Maka, sebelum pergi berjuang, kawan, dapatkan dulu izin ibu-ayahmu. Janganlah pergi berdakwah kalau barang tagannya adalah airmata ibu ayah.

Abu sai’d al-khudri radhiallahu ‘anhu berkata, “ Sesungguhnya telah berhijrah seorang lelaki Yaman kepada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam (untuk berjihad) lalu baginda bertanya, “Adakah kamu mempunyai seseorang di Yaman?”

Dia menjawab, “Dua ibubapaku.”

Baginda bertanya, “Adakah mereka memberi izin kepadamu?”

Dia menjawab, “Tidak.”

Baginda bersabda, “Pulanglah kepada mereka berdua dan mintalah izin. Jika mereka mengizinkan maka berjihadlah, jikalau tidak maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.” ”
– hasan sahih, riwayat Abu Daud.*

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan ibu-bapa kami, dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang mereka, memelihara dan mendidik kami semasa kecil. Amiin.

—-

*Wahai Ibu! Wahai Ayah! oleh Hafiz Firdaus Abdullah, terbitan Jahabersa, Johor Bahru.

p/s: klik gambar untuk ke sourcenya.

One thought on “manual kerja dakwah 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s