Sudahnya

Semester terakhir pengajian dalam bidang kejuruteraan komunikasi: tanpa semangat. Apa yang ada dalam otak hanyalah “cepat la habis bachelor’s, cepat la habis bachelor’s, cepat la habis bachelor’s“.

Apa ada selepas bachelor’s degree?

1. Rumahtangga (Nikah). Rancangannya, selepas ni pulang ke tanah tumpah darah, cari maskahwin untuk awek chun. Lekas-lekaslah habis belajar. Rasulullah berpesan supaya muda-mudi lekas-lekas nikah, bukan? Tidak lama lagi, Teh juga. Tidak lama. Allahulmusta3an. Doa untuk Teh sentiasa ada.

2. (Atau ini sepatutnya di nombor 1) Kerjaya. Esok saya akan menghadiri temuduga dengan Shell Malaysia. (Dah sudah. Alhamdulillah) Shell, beb. Doakan saya. Ini seharusnya datang dulu sebelum perkara pertama. Tapi, bukankah dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya untuk orang bernikah? (Majoriti umat Islam berada dalam dogma. Nanti saya wajibkan anak-anak saya menikah tatkala masuk universiti, hehehe.)

3. Sarjana. Inilah susahnya kalau ingin berada dalam bidang industri dan akademia dalam satu masa. Saya ingin belajar sampai ke peringkat tertinggi. Saya yakin bahawa Allah mengangkat darjat orang beriman dan orang berilmu.

Tapi, sebelum itu, adalah tempoh bertenang. Tempoh berehat setelah empat tahun berlumus dengan akademik (wujudkah sebenarnya?). Antaranya:

1. Lepak-lepak saja di rumah, tolong ayah bonda apa-apa yang patut. Berkhidmat kepada ibubapa besar pahalanya. Orang kampung mesti mengata, belajar tinggi-tinggi, balik rumah tanam jagung (andaian jahat saya, hehe). Bila mendapat izin, saya akan:

2. Ke Indonesia untuk lawatan ke pesantren-pesantren (saya bercita-cita untuk membuka sekolah sendiri dan memandaikan anak bangsa kerana saya tidak yakin dengan sistem pendidikan kerajaan yang ada sekarang), atau kerja komuniti di Indonesia.

3. Boleh jadi juga saya akan ke Kemboja. Menurut ibu, akhir tahun ini kami akan ke sana lagi, cuma kali ini akan ke Phnom Penh. Sebarang tajaan untuk tambang saya amatlah dialu-alukan.

4. Semestinya, ke perkampungan orang asli. Sebagai mantan presiden kamu, saya sebenarnya lebih asli dari orang asli hahaha.

Jadi, lekaslah habiskan bachelor’s.

p/s: Keputusan peperiksaan tidak lagi penting, ngeh3.

7 thoughts on “Sudahnya

  1. ni nak lekas habis bachelor ke bacelor??
    heheh…

    Insya Allah, murahlah rezeki kamu nak habiskan ‘bacelor’ dengan awek chun itu.
    Allahu Al-Mustaa’n.

    Tak lupa moga najah dalam imtihan di akhir bachelor (dan bacelor jugak??) eheh

  2. AtikahJ: Ingin lekas habis kedua-duanya. Terima kasih untuk doamu, kanda.

    myadlan:🙂 hubungi Ibu untuk maklumat lanjut ke Phnom Penh.

    Ibu: Terima kasih.

    Paih: Plan la awal2 mung pong. Mudoh nok caro ore gi blarok.

    husainibrahim: Bukan, usen. Selain ringgit Malaysia, matawang yang diterima untuk urusniaga di kelantan ialah dinar. Tapi cuma di sesetengah tempat saja. Payah untuk memberi cucur. Sedinar ialah RM400.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s