Bagaimana dikenang sesudah tiada

Bilaaa, akuu sudah tiadaaaaa~

Hehehe. Selain blog ini, saya juga berblog di jaringan intranet mahallah (hostel). Disebabkan saya akan meninggalkan alam undergrad tidak lama lagi, saya telah meletakkan posting yang terakhir di blog saya yang itu. Ialah seperti berikut. Bagaimanapun, telah diedit untuk kesesuaian konteks pembaca.

##################

Mungkinkah ini posting yang lastest? Paling last? Lastest? Hehehe

Bangun pagi-pagi, ke masjid. Balik, tengok keajaiban alam ciptaan Tuhan.

Lalu bersarapan dengan sebijik telur dan secangkir air kopi pawaruk 5 dalam 1 yang dibeli dari -spark- (hanya pada musim dan hari-hari peperiksaan). Isi kandungan kopi ialah seperti berikut: gula, krimer bukan tenusu, serbuk kopi segera, ekstrak tongkat ali segera, ekstrak ginseng segera dan kondisioner. Sepatutnya di tulis 6 dalam 1, bukan? Telur dan tongkat ali adalah gandingan yang mapan untuk penguat tenaga.

Kalau di rumah, pasti berjalan-jalan keliling rumah. Biasalah, rumah kampung, banyak bunga-bunga yang ditanam. Di atas ialah bunga nasi kerabu, digunakan sebagai pewarna dalam proses membuat nasi kerabu.

Dan gambar yang terakhir untuk posting kali ni:

Ini adalah Ateh. Beliau adalah seorang warga tua kurang upaya. Rumahnya di Taman Melati. Beliau lumpuh dari leher ke bawah. Sejak umurnya 20-an. Sekarang umurnya sudah 56 tahun. Beginilah keadaan bangun tidurnya. Tidak boleh berbaring, tidak boleh berdiri. Makan pakai perlu diurus. Tidak mahu ke Rumah Kebajikan. Katanya, dia ingin mati dalam rumah pusaka ini.

Yang menjaga kebajikannya adalah pelajar-pelajar UIA inilah, selain kakaknya yang sekarang ini sudah selalu sakit-sakit. Suap makanan kepadanya, basuh berak kencingnya. Saya terlibat dalam kancah tidak bermoral (hehe) ini sejak dari tahun pertama. Pastilah, sebab saya lelaki, saya tidaklah sampai mengurus berak kencingnya. Yang mengurus berak kencingnya adalah para muslimat. Saya ialah sang supirnya.

Kadang-kadang, bila ada waktu kecemasan, contohnya pada pukul 11 malam, saya menerima panggilan kecemasan dari beliau. Sakit perut, berak siang tadi belum berbasuh dan lain-lainnya. Maka disebabkan saya belum ada kereta sendiri untuk memunggah muslimat, terpaksalah saya meminjam kereta dari kawan-kawan, atau menyewanya. Yang kamu melihat kalau saya mencari pemberi pinjam kereta di Vypress dengan sebab emergency itu, inilah kerja saya. Terima kasih kepada pemberi pinjam kereta dan pemberi sewa. Banyak-banyak terima kasih. Jadi, kadang-kadang, pada waktu malam-malam, kamu akan dapat melihat saya memandu kereta bersama muslimat-muslimat keluar dari UIA. Sudah puas mendengar kata-kata yang “suka keluar dengan muslimat malam-malam”. Sabarkan sahaja hati. Ganjarannya saya tuntut di sana nanti.

Sebenarnya, Ateh punya seorang abang. Along gelarnya. Sudah arwah. Tahun lepas. Along ini sama juga seperti ateh, lumpuh, dan diamnya di rumah yang sama, cuma bilik berasingan. Seperti juga kesnya Ateh, makan beraknya perlu dijaga. Dan disebabkan dia lelaki, maka kami yang lelaki inilah yang mengurusnya. Suap makanan mungkin boleh muslimat uruskan, tapi berak kencingnya, kamilah.

Hari-hari terakhirnya, dia menerangkan hajatnya yang amat hebat: ingin berkahwin! Insya-Allah, dia akan dikahwinkan dengan bidadari syurga.

(The end, happy ending eh?)

Kalau kamu terasa rindu untuk membaca tulisan saya sesudah saya tiada (di bumi UIA), bolehlah lawati blog saya di internet. https://ashraflatif.wordpress.com (Saya masih mencari-cari cara untuk mengisi point yang diberikan “bagaimana dikenang sesudah tiada”)

Nasihat untuk adik-adik (cheewah):
1. Kita hidup bukan hanya sekali.
2. Setiap baik buruk perbuatan kita, ada pengadilannya.
3. Jaga solat, jaga akhlak.

Yang baik-baik itu, datang dari Allah, yang buruk-buruk juga sedemikian, cuma atas kelemahan saya. Nanti, pre-ustaz hyunki dan samurai masih ada. Yang baik jadikan tauladan, dan saya telah menyampaikan. Yang buruk jadikan sempadan, dan saya memohon ampun. Terima kasih kerana menjadi pembaca dan pengomen setia.

###############
Tamat.
###############

Berikut pula ada cerita menjelang hari-hari peperiksaan.

Saya sedang duduk-duduk di bangku Burger King setelah menyokong ekonomi Amerika dengan membeli hidangan makanan segera itu. Tiba-tiba seorang amoi mendekat. Dia melihat saya dengan penuh minat dan takjub (hehe, ya, saya memang mudah perasan.). Tiba-tiba dia mengeluarkan sesuatu dari tasnya. Ialah tiga utas keychain dan sekeping kad. Di atas kad itu tercetak ‘Persatuan pelajar pekak dan bisu, memohon sumbangan ikhlas bla bla bla… ‘.

Maka, setelah memberi sumbangan ikhlas (adakah masih dikira ikhlas sebab saya mengwar-warkannya di sini?), saya memilih keychain yang ini.

Nampak comel dipadankan dengan telefon genggam saya. Subhanallah.

Kepada yang masih belum habis periksa, selamat habis periksa. Kepada yang sudah habis periksa, periksa lain bakal menjengah.🙂

9 thoughts on “Bagaimana dikenang sesudah tiada

  1. Huhuhu..isk..isk..isk..kawe tinggala sore2 di bumi UIA ni, dok sanggup lagi nak berpisah..(chewah)

    ‘Alaa kullihal, allahu yubarik fiekum ‘ala ma fa’altum laha..Ameen

  2. tibe..sedh lah pulak
    taleh nak jumpa bro sai kt uia n xdpt dah nak dgr sindirannya sentiasa menggugat jiwa..hehe..
    =p
    okey..kawen ngan awek chun tuh jgn lpa bgtahu..bukan jauh pon umah bro sai ngan umah ku…nek beskal pon sampai..

  3. Pic #1: God IS Great!

    Pic #2: Kawai!! Tak tahu kenapa tapi tiba2 teringat itik DIGI.

    Pic #3: Walaupun tahu pewarna tradisional nasi kerabu adalah daripada bunga biru tapi ini pertama kali melihatnya. Cantik.

    Pic #4: Rindu makteh.

    Lastly, kalau kawen dengan awek cun jangan lupa jemput nanti. (n_n)v

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s