Dari Barat ke Timur

Pada waktu zaman saya kecil dulu, saya kecil sahaja. Heh!

Pada waktu zaman saya kecil dulu, ustaz yang mengajar saya berkata, alangkah bagusnya kalau nabi Adam tidak memakan buah larangan di dalam syurga. Nescaya kita semua akan berada di dalam syurga. Apa mungkin seorang budak menyanggah kata-kata seorang ustaz? Saya memegang fahaman ini untuk suatu jangka masa yang lama: nabi Adam menyebabkan saya tercampak ke dunia. Pelik bukan? Konsep ‘dosa azali’ Kristian diajarkan oleh seorang ustaz kepada saya seorang budak, dan saya mengambilnya sebagai satu daripada fahaman agama.

Sehinggalah suatu ketika – waktu itu saya sudah besar lagi akil baligh – ada seorang teman mengkhabarkan, “Bukankah itu sebenarnya perancangan Tuhan?” dan beliau membacakan ayat ‘dan apabila Tuhanmu berkata kepada malaikat, sesungguhnya aku akan jadikan di muka bumi itu khalifah….‘ . Dan sejak itulah saya memilih untuk tidak percaya kepada mana-mana ustaz lagi, melainkan didatangkan dalil dan nas kepada saya. Ini adalah reaksi kepada tulisan saudara Ma ‘saya anak murid Maszlee, so what?’ dan ‘Meminta dalil – bukti kejahilan ‘. Pada saya, ibadah dan akidah biarlah berdalil, dan dalilnya perlu tepat dan benar. Kenapa? Sudah tentulah sebab saya jahil. Tapi itu cerita lain.

Dari Barat

Malam tadi, alhamdulillah, satu ceramah anjuran Yayasan Al-Khadeem dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) telah diadakan di dewan kuliah utama API, UM. Penceramahnya bukan calang-calang, dan beliau dibawa khusus dari Amerika. Sebagai bekas seorang mubaligh Kristian, tentulah Tuan Yusuf Estes lebih jelas tentang hal ‘dosa azali’, dan ceramahnya malam tadi berkisar tentang ‘Kenapa Kita Perlu Percaya Adanya Tuhan’. Ceramah yang menarik, cuma saya ditegur agar memperlahankan suara semasa menjadi jurualihbahasa kepada seorang teman yang tidak reti berbahasa Inggeris.

Gambar diambil dari laman web islamtomorrow.com. Kisah pengislaman Tuan Yusuf Estes boleh dibaca di yusufestes.com.

Ke Timur

Siang tadi saya ke sekolah Al-Ikhlas, untuk belajar bagaimana menulis lima buah buku/research paper/disertasi secara serentak dengan menggunakan Teknik Kawakita Jiro (KJ Method [sila google sendiri🙂 ], dan instruktornya ialah Presiden Universiti PTS, Puan Ainon)  yang sungguh Islamik. Teorinya, bukan semua perkara wajib dibuat mengikut tertib. Boleh sahaja bahagian ekor diselesaikan sebelum bahagian kepala, dan sebagainya. Buktinya ialah Al-Quran itu sendiri, diturunkan tidak mengikut susunan dan juzuk yang lengkap seperti yang kita baca hari-hari itu. Perkataan wahyu pertama Iqra’ berada dalam juzuk yang terakhir, dan ayat terakhir diwahyukan tidak berada di pengakhiran al-Quran.

Dan, sebagai resolusinya, saya mencipta satu method baru atas nama saya, Ashraf Latif (AL) Method; bagaimana untuk membaca 5 tajuk manga online dalam masa yang sama. Woha!

P/s: Terima kasih kepada abahfateh kerana belanja nasi ayam dan air tebu saya🙂.

4 thoughts on “Dari Barat ke Timur

  1. a’kum,

    beruntung dapat dengar dan terjemah ceramah yusuf aestes.. terharu baca kisah pengislamannya dahulu…

    nasi ayam? no hal.. korang student lagi… simpan duit buat beli minyak pergi kuliah..

  2. Mahukah engkau aku barikan sebuah kisah dan selepas ini dahi aku sedia menerima apa-apa cop atau cap kalau kau sudi.

    Aku pernah ‘berbalah’ dengan seorang budak. Junior. Dalam blognya ada senarai link yg bertajuk ‘Mendepani Ummah’ dan tersenarailah banyak gerakan Islam tanah air kecuali parti pemerintah negeri kita tercinta. Dengan penuh kecewa aku menulis di kotak jeritnya begini, “(parti pemerintah negeri kita tercinta) walaupun sebuah gerakan Islam tidak termasuk dalam golongan yang mendepani ummah…’

    Aku tinggalkan blog itu beberapa hari. Bila aku lewati semula, nah pertikaman lidah sedang berlaku di kotak jeritnya. Tuan blog sendiri seakan-akan panik dan melatah seraya membawakan dalil-dalil perjuangan org tuanya dalam (parti pemerintah negeri kita tercinta) malah tidak redha pulitik diperkatakan dlm blognya.

    Blog aku juga, turut diserang fanatik-fanatik junior itu. Kutuk aku makan KFC dan minum Pepsi dan ada-ada lagi.

    Punchline kisah ini ialah, satu hari aku menerima mesej dlm frensta drpd jr itu yg sebenarnya tak mengenali aku. Katanya:

    Kenapa anta tulis ‘saya anak murid Maszlee, so what?’ Anta kena serang jugak ke. Sabarlah, ana pun baru kena serang jugak.

    Ironi. Sebab akulah yang kununnya ‘penyerang’ itu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s