Bahkan bulan juga turut tersenyum

Malam tadi, semasa keluar dari blok menuju surau, terpandang satu senyuman di dada langit.

Lihat, Sai. Lihat bagaimana langit juga senyum bersamamu. Subhanallah, maha suci Allah.

Siang tadi saya menerima keputusan peperiksaan semester terakhir saya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, keputusan yang tidak terduga.

Sesudah solat Isyak, pantas saya mengambil kamera dan tripod menuju ke gerbang belakang blok. Seorang teman turut sama menyertai saya. Dia berdoa, “Tuhan kami, tidaklah engkau jadikan ini sia-sia. Maha suci engkau, lindungilah kami dari api neraka”.

Sekarang ini awal bulan Zulhijjah. Tidak berapa lama lagi, hari raya korban akan menjelma. Beberapa ketika yang lepas, saya mendengar tazkirah, bahawasanya sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah adalah lebih utama dari sepuluh hari terakhir Ramadhan. Detailnya boleh dibaca di web Ustaz Zaharuddin.

Doa saya agar kita semua diberkati rezeki, diberkati usia, dan dijauhkan dari api neraka oleh Allah. Amiin.

12 thoughts on “Bahkan bulan juga turut tersenyum

  1. Salam, sai..

    Nampaknya kita sedang melihat bulan yg sama semalam di UIA. Saya hairan mula-mula sebab tidak ada maklumat tentang fenomena ini dihebahkan semalam. Tengok paper hari ini, ada pulak..

    SubhanAllah..Alhmadulillah, kita masih lagi berada di taman ilmu dan budi di kala orang lain sudah bercuti di rumah huhuh..

  2. owh apakah teknik nak amik gambar bulan malam ye? guna tripod and auto shutter je eh?

    salu nampak bulan cantik kat uia kuantan, tp amik gambar asyik tak jelas..

    and this picture subhanallah, sgat cantik dan jelas🙂

    tapi kat sini semalam tak nampak bulan..musim hujan lebat🙂

  3. As, guna tripod dan autoshutter untuk elakkan gegaran. setkan ISO ke kadar terendah supaya tidak ada grain, aperture terendah (nilai aperture tertinggi) dan setkan shutter speed ke kadar yang sesuai. juga, fokuskan kepada infiniti🙂

  4. ya, kita juga melihat bulan yang sama.saya melihat dari rumah saya di sri gombak.juga selepas mendapat berita keputusan peperiksaan..rupanya, bulan itu tersenyum kerana result student uia yg release siangnya..
    ya Allah, subhanallah..minta izin save gambar ini ya!!

  5. Salam tuan empunya blog…ketika sedang meng-google utk tugasan, terclick di blog ini….mashaAllah, ingatkan di Australia shj nampak jelas bulan tersenyum pada bintang….rupanya di tanah air sendiri pun cukup jelas dan terang……Subhanallah….Glory to Allah!

    Regards from Queensland🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s