mari cari tuhan

Sudah habis membaca dua buah novel terbitan PTS. Satunya bertajuk galaksi muhsinin oleh azrul jaini. Saya berasa tidak berpuas hati dengan khalifah yang tidak menawan raja dan puteranya. Mungkin setelah ditawan, raja dan puteranya akan terpikat hati memeluk islam. Bukankah program cyborg adalah supaya sekalian kaum cyborg untuk patuh pada rajanya? Jadi, raja perlu patuh kepada siapa?

Satu lagi bertajuk nabi Ibrahim mencari tuhan oleh normah md sir. Satu usaha yang bagus untuk meceritakan kisah nabi Ibrahim dalam bentuk novel. Walau bagaimanapun, saya dapati terdapat beberapa isi yang meragukan dan berbeza dengan apa yang saya pelajari.

Antaranya adalah seperti berikut.

Pada bab 13, muka 132,  berkenaan peristiwa keluarnya mata air zam-zam dari tanah. Setelah penat Hajar berlari ke sana ke sini, malaikat muncul dan mencucuk tanah di hujung kaki Ismail dengan sayapnya lalu menghilangkan diri. Bagaimana cerita yang anda tahu?

Pada bab 14 dinyatakan iblis muncul tatkala Ismail sudah diikat dan hampir disembelih. Ini berlawanan dengan fakta yang kita ketahui, bahawa iblis muncul semasa ibrahin dan ismail dalam perjalanan untuk upacara sembelihan. Seterusnya semasa sembelihan, dinyatakan nabi Ibrahim mengelar leher nabi ismail, namun pisau tiba-tiba jadi tumpul. Sila rujuk As-ssoffat 105 untuk perbandingan (ironinya, penulis juga menggunakan ayat sama sebagai rujukan).

Pada bab terakhir, muka 157 dinyatakan nabi Ibrahim memasang hajarul aswad dengan tinggi lebih kurang 153 cm dari tanah. Kaabah sudah beberapa kali mengalami renovation, sudah beberapa kali runtuh kemudian dibina semula, jadi ketinggian 153 cm itu betulkah nabi Ibrahim yang meletaknya atau saiznya sekarang?

Buku-e Nabi ibrahim mencari tuhan ini boleh dibaca di google books. Klik sini.

Komen saya, seperti mana tidak puas hatinya saya membaca hikayat amir hamzah, buku ini juga sama. Mungkin saya mengharapkan sesuatu yang lebih authentic, yang tidak terpengaruh dengan kisah-kisah israiliyyat, yang mengikut fakta yang betul.

Atau mungkin kerana saya ini cetek ilmu, dan penulis telah memberi sesuatu yang sohih dan asli. Maka oleh sebab itu, saya mesti lebih rajin membaca.

2 thoughts on “mari cari tuhan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s