Dai’e?

[pre-script: daie itu maksudnya pendakwah]

Posting kali ini untuk adik-adik Komrad (kenapa link dia tak menjadi ni?). Serius.

Kita ini daie. Pesan-pesan saya sepertimana yang selalu saya pesan, banyakkan membaca. Baca banyak-banyak, dan ambil pengajaran.

Kita ini daie. Berpuluh kali kita kan adakan program. Maka belajarlah dari kesilapan lalu. Jangan diulang-ulang kesilapan sama. Nanti kena terjah. Maka bila kena terjah, kita mulalah tarik muka (atau memberikan muka menyampah) kepada penerjah dan orang yang ada kaitan dengan penerjah.

Kita ini daie. Dan dakwah kita kepada Islam. Dan Islam itu ada hukumnya, ada feqahnya. Maka itulah gunanya ahli-ahli dari kuliah ilmu wahyu, dapat diambil faedah dari mereka, apa yang selari dengan Islam, dan apa yang selari dengan kekufuran.

Mubaligh kristian juga daie. Training mereka adalah training tatacara berdakwah kepada agama mereka. Training kita adalah suka-suka gelak-gelak. Training mereka adalah bagaimana bersabar hidup dalam kepayahan. Training kita adalah ‘how to say I love you to non-mahram without guilt and for fun because of the concept al-wala’ to the leader’. Training mereka adalah training perkongsian dan pewarisan ilmu. Training kita adalah ‘mari membuli adik-adik komiti baru, for fun’ (dan kita tidur tatkala ayam mula berkokok berfikir tentang modul untuk itu).

Lalu kita hairan, kenapa bantuan tuhan tidak kunjung tiba. Kenapa orang lebih tertarik kepada Kristian.

Panas. Panas.

Kita ini daie. Mubaligh kristian juga daie. Mereka bakar ayam, kita ada BBQ! Wah! Oh, mereka juga ada post-motem, macam kita juga.

Kita ini, adik-adik dan kawan-kawan, setiap kita adalah daie. Maka jangan ambil hati, dan jangan berprasangka. Banyakkan membaca. Jangan duduk-duduk sembang saja.

Anda terasa down? Pergi ambil wuduk.

Kita ini daie yang menyeru kepada Islam. Kembalilah kepada Islam.

p/s: Mungkin Abang Zul boleh tambah lagi.

Pijan kata: “Kau memang takde perasaan.”

Untuk bacaan tambahan: http://saifulislam.com/?p=2070

p/p/s: Pesan-pesan ini tidak ada batas waktu. :p

11 thoughts on “Dai’e?

  1. Menyokong 100% apa yang dikatakan.. Terasa useless pun ada, coz ada tyme tu tapi tak halang..Nyesal, nyesal, nyesal.. Adeh~

    Maaf

  2. tak jugak..sebab ja’a baru lepas komen, and aru lepas unapprove beberapa komen(hahah~)
    tibe~saya konfius ne.. try lagik

  3. Cceghah sedang mempertikaikan kewajaran salah satu program tahunan yang acapkali dianjurkan Comrade. Walaupun dia sebagai Presiden, dia tak pernah gi, aku terlepas pandang hal ni..aku dah gi sekalui dan baru hujung-hujung usia (di UIA) ini, baru aku tau, itupun sebab diberitahu. Oleh itu, fasy had ya Comradiyyun..bersaksilah wahai ahli-ahli Comrade bahawa Cceghah telah menyampaikan. Quulu, balaa ya Cceghah, qad ballaghta.

  4. 1. Ada seseorang yang ingin meletakkan komrad sebagai perkara yang tidak ingin diingati dalam kenangan hidup.
    2. Lydecker, ‘fash had ya komradiyyun’ maksudnya bersaksilah wahai ahli-ahli komrad. ada tulis atas nu.
    3. Ex-comradean, “fasyhad ya comradiyyun, qad ballaghtu, wa sa uballighu, li annani uhibbukum.” cheewah.

  5. Assalamualaikum…Wahai sahabatku Chegah…sungguh indah kata2 mu…sungguh direct kata2mu… bila dipikirkan…mmg betul dan benar apa yang enta ucapkan… tapi, perlukah mengungkapkan sesuatu yang bisa mengeruhkan hubungan dan ikatan ukhwah antara kita semua…
    Maha benar kata2 mu…da’ie jgn cepat terasa dan ambil hati… tapi apa erti bila berdakwah kita dibenci… mungkin kita terlupa..Allah ciptakan manusia di bumi ini dgn 1001 perangai dan sikap…
    ada yang suka dipuji, ada yg suka ditegur secara direct, dan ada yg suka ditegur secara rahsia….
    program kita adalah program Comrade… and what happen within us is about US… wlupun ana rasa prog kita adakalanya tersasar dr landasan…ia blh ditegakkan blaik dgn teguran dan nasihat dr sahabat2 sekalian yg sayangkan Comrade… dgn menceritakan keburukan diri sendiri kpd org lain…bukankankah itu satu ‘aib… rahsia kita adalah rahsia kita bersama… jgn cerita kan satu dunia yg kita ni bnyk salahnya… ISlam itu indah…tunjukkan keindahannya…
    Cukuplah dr sahabatmu ini yg byk lg jahil tntg Agama…
    fikir2kan lah…Sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s