Kita kaki rasuah

Kita hidup dengan rasuah sampai ke alam kubur.
[sila baca sampai habis]

Orang kaya dan berharta, selamanya akan selamat, sampai ke akhirat. Orang miskin dan melarat pula, perlu bergantung kepada usaha sendiri untuk bebas dari azab selepas mati.

Kenapa?

Kerana orang kaya, apabila mati, maka sanak saudara akan membuat tahlil besar besaran dan majlis-majlis baca quran besar-besaran, dengan mengupah orang atau mengadakan kenduri besar untuk memanggil orang, lalu pahala dari itu dikirimkan kepada si mati. Ulanghari pertama sampai ke empat puluh. Ulangtahun kematian pun ada juga dilakukan. Aman rohnya.

Orang miskin pula harus tekun beribadat semasa hidup, kerana selepas kematian, duit hanya cukup untuk menyara anak-anak sebelum isteri bertemu suami baru.

Maka terus-terusanlah kita mengumpul harta supaya nanti kita boleh meninggalkan duit segudang untuk upah dan kenduri supaya orang membacakan tahlil kepada mayat kita. Sesiapa yang miskin tidak berduit maka sedikitlah pahalanya sesudah mati. Inilah Islam, tuan-tuan.

Errr

Inikah Islam, tuan-tuan? Sungguh tidak cantik rupanya. Patutlah ada orang bukan Islam tidak ingin masuk Islam. Biarkan saja hidup kais pagi makan pagi. Bila terasa bosan nanti, terjun saja ke dalam sungai, biar mayat tidak ditemui. Tidak perlu susah-susahkan keluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s