Peluk Islam kerana wang

Posting ini adalah untuk radd (menolak) kata-kata sesetengah orang yang tidak bersetuju dengan cara memberi wang dan keperluan kepada orang bukan Islam untuk menarik mereka kepada Islam. Kata mereka, nanti jadinya orang yang bukan Islam itu memeluk Islam kerana material.

Mari kita sama-sama merujuk kepada maksud surah at-Taubah ayat 60

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu adalah untuk orang faqir, dan miskin, dan amilnya, dan orang yang dijinakkan hatinya (kepada islam; muallaf), dan untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya, dan orang yang berhutang, dan untuk yang di jalan Allah, dan musafir (yang keputusan bekalan), sebagai suatu ketetapan dari Allah, dan Allah itu maha mengetahui lagi maha bijaksana.

Siapa dia muallaf? Orang yang baru masuk Islam? Orang yang ingin masuk Islam? Orang yang ingin berkenalan dengan Islam?

Bukankah sedekah itu boleh kita berikan sekalipun kepada kafir zimmi kerana kemelaratan mereka, dan untuk melembutkan hati mereka kepada Islam, maka apa salahnya kita memberi imbuhan kepada mereka yang memeluk Islam? Berkenaan niat mereka memeluk Islam, itu antara Mereka dengan tuhan. Kholas. Bukan tugas kita untuk membelah dada mereka dan melihat hati mereka.

p/s: Kalau siapa-siapa hendak radd saya, boleh juga. Biarkan percambahan ilmu berlaku.

#############
Out take 1:
Zakat yang berbaki setiap tahun berjuta-juta ringgit jumlahnya. Umat yang hidup melarat tetap tidak terbela. Biasanya adalah kerana ‘tiada permohonan diterima”. Aduh. Bayangkan, orang asli yang hidup di pedalaman Gua Musang, Pos Balar misalnya, perlu berjihad dan bermusafir untuk ke pejabat zakat untuk “memohon bantuan zakat”.

#######
Bolehkah kita memohon bantuan zakat untuk membayar hutang PTPTN?

2 thoughts on “Peluk Islam kerana wang

  1. Premis 1: Zakat di Malaysia, perlu dipohon, diisi borang dan bla2 oleh si ‘peminta’nya..
    Premis 2: Zakat dalam Islam, penerimanya dicari dan diberikan haknya tanpa perlu ditunggu-tunggu.
    Kesimpulan: Malaysia merupakan sebuah negara Islam..(????..apakah!)

  2. salam.

    kalu ‘mohon’ utk bayar PTPTN tak tahula..
    tapi sebagai pelajar, kita SEPATUTNYA boleh ‘mohon’..eg byr yuran..bla2..n SEPATUTNYA tak wujud pun PTPTN, sbb kita ada ZAKAT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s