sebuah kota

Sekarang ini di KL musim hujan. Hampir tiap-tiap petang akan adanya hujan, walaupun hujan yang menyanyi itu tiap-tiap hari ada.

Tapi, saya tidak tahu – atau buat-buat tidak tahu tentang itu. Kerana saya baru datang ke kota setelah lari ke kampung. Ingin sunyi dari projek untuk seketika. Alhamdulillah, mencium tangan ayah bonda mengubat lara.

Petang itu, di KL, tidak semena-mena, hujan turun. Saya setia menunggang skuter yang itu. Hendak pulang dari survey barangan, redah sahajalah. Basah pun basahlah.

Di hadapan, ada dua buah motosikal polis, memasang lampu, meminta mengarah kenderaan lain memberi laluan. Ada dua buah kereta membuntut mereka. Orang patut-patut, barangkali. Saya mengekor rapat kereta yang belakang. Mahu cepat, kerana hujan makin lebat, dan jalan pula sesak.

Kereta itu diperlahankan dan membelok ke kanan. Cermin belakang diturunkan. Seorang pengawal peribadi -pada hemat saya- menuding jarinya ke arah saya. Jangan rapat! Mungkin itu maksudnya.

Saya menjerit, “Go to hell! I’m the one in the rain!”. Tapi, cuma dalam hati.

Aduuh. Rupa-rupanya hati saya masih belum bersih suci dengan dugaan. Masih berburuk-sangka dengan Tuhan.

Astaghfirullah.

####

Tidak tegas dan dayus hanya dipisahkan oleh satu garisan yang tipis. Orang yang tidak tegas dipijak kepala. Orang dayus pula tidak masuk syurga.

Tidak tegas semua orang tahu bagaimana. Dayus pula, ialah bila orang itu mempunyai kuasa untuk menghalang kemungkaran, maka dia biarkan kemungkaran itu berterusan.

Jangan tidak tegas, jangan jadi dayus.

Pesan-pesan ini adalah terutama untuk saya sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s