Ayuh

“Kamu free cuti nanti?” ustaz Zul bertanya. Semua budak seram dengannya. Setelah dia bercerai dengai isterinya dulu, orang ingat dia dah jadi gay, sebab dia suka peluk budak-budak yang lain. Macam pedofail. (Ampunkan aku, ustaz.)

“Kenapa?” Aku tanya kembali. Biasanya ustaz tidak suka pertanyaannya dijawab dengan pertanyaan.

“Jalan-jalan. Makan angin.”

“Ke mana?”

“London. Naik kereta api.” Dia bersungguh-sungguh menjawab. Matanya bercahaya (sebenarnya speknya yang bercahaya pantulan sinar matahari) seperti watak anime.

London? Keretapi? Aku yang masih benak waktu itu menganggap ustaz membuat kelakar. Mana mungkin orang ke London naik kereta api? Adakah wujudnya perkhidmatan kereta api ke London? Bukankah London di sebelah dunia yang lain?

Dan aku menjawab tidak. Mungkin kerana sangsi akibat perenggan pertama di atas.

Akhirnya ustaz pergi seorang diri. Setelah pelajar lain juga menolak ajakannya.

trans-siberia

trans-siberia

Setelah itu, baru aku tahu. Rupa-rupanya kita boleh ke London melalui jalan darat. Dan ustaz cuma sempat sampai ke Bangkok.

Nanti, aku akan ke London dengan kereta api.

4 thoughts on “Ayuh

  1. Pingback: The Road to Mecca « the gardenese

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s