Isu ASB demi maslahah ummah

ASB difatwakan harus oleh majlis fatwa kebangsaan. Alasan yang digunapakai ialah demi maslahah ummah. Walaupun terdapat unsur bersalahan syarak yang nyata, oleh kerana ramai orang Islam melabur dalam ASB, maka ASB dihalalkan demi maslahah pelabur yang rata-ratanya adalah orang Islam (dan menjaga gaji mereka di majlis fatwa kebangsaan barangkali).

Fatwa ini ditentang oleh badan penasihat syariah suruhanjaya sekuriti. Alasan demi maslahah ummah adalah alasan yang tersangat lemah.

Sepatutnya, untuk menjadikannya halal, PNB harus berusaha menghalalkan ASB. Pindah sahaja dari sistem konvensional kepada sistem islamik. Berhenti melabur dalam syarikat yang ada kaitan dengan Carlsberg dan Genting. Hapuskan sahaja pelaburan di tempat yang diragui.

Analoginya adalah persis berikut. Ramai konsumer arak di Malaysia adalah orang Islam. Peniaga arak pun ramai orang Islam juga. Jadi demi maslahah ummah di Malaysia, arak perlu dihalalkan. Boleh?

Tetapi, oleh sebab fatwa sudah dikeluarkan, maka bolehlah rakyat Malaysia yang sebelum ini skeptik tentang ASB melabur. Tidak wajib usul soal keharamannya, kerana sudah ada cop halal.

halalpork-b

4 thoughts on “Isu ASB demi maslahah ummah

  1. myadlan:
    1. Kau boleh ikut fatwa majlis fatwa, iaitu harus. Berlapang dada.
    2. Kalau tak, tutup sahaja akaun ASB, untungnya itu gunakan untuk maslahah.🙂

    ma: a ah. hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s