Popkon yang kecewa

1. Popkon

Serius, sudah lama tak beli dan baca komik Malaysia. [haha, tidak patriotik]. Setiap minggu asyik ke onemanga untuk membaca Naruto dan Wanpis sahaja.

Tadi sekonyong-konyong tiba di MPH Wangsa Maju, lantas terlihat majalah komik lukisan dengan gaya yang dikenali sebagai cover. Terus tangan mencapainya dan ke kaunter, “Boleh unwrap? Terima kasih.” Maka minit-minit seterusnya dihabiskan dengan menelaah majalah komik tersebut. Terasa rindu pada lukisan-lukisan pelukis yang dikenali itu.

Popcorn isu pertama. Mana isu ke-2?

Popcorn isu pertama. Mana isu ke-2?

Namun, untuk membelinya perlu difikir berkali-kali. Kerana lazimnya, komik zaman sekarang tidak patuh syariah.

Mungkin boleh diajukan kepada PTS untuk menerbitkan lebih banyak komik patuh syariah. [Adakah komik (sebarang komik) sebenarnya patuh syariah?]

2. Untuk Teman

Di mata ibu ayah, selamanya kita ini anak-anak kecil. sungguh. hatta kita sudah menjejak tujuh benua, mengutip ilmu dari serata ceruk alam, di mata ibu ayah, kita masih lagi anak kecil yang tidak tahu apa.

Maka, sahabatku, janganlah berduka dengan ibu ayahmu.

Kamu dihantar ibu ayahmu jauh belajar, belajar agama, untuk mengenal tuhan dan rasulnya. Belajar apa sahaja, sebagai bekalan dunia akhirat. Lalu kamu yakin dengan ilmumu, bahawa untuk setiap apa kamu lakukan, kamu meletakkan dosa dan pahala dan akhirat di hadapanmu sebagai hitungan.

Lalu kamu persembahkan kepada orang tuamu, lantas kedua orang tuamu meminta kamu meletakkan dunia di hadapmu.

Janganlah kamu berduka, sahabatku, dengan ayah ibumu.

Sila google ‘bagaimana melembutkan hati ayah dan ibu’. 🙂

5 thoughts on “Popkon yang kecewa

  1. Komik yang mengikut syariah? Aku juga peminat Wanpis yang dah miss beberapa minggu. Wanpis la paling tak ikut syariah. Nami pakai baju macam nak mandi dan dikelilingi lima lelaki (kalau Chopper boleh dianggap sebagai lelaki) sebelum Robin join. Melainkan nakama bermaksud adik-beradik. Pun still tak boleh jugak.

    Ada kawan aku kata Nami tak kena rogol ke? Atau semua atas kapal tu gay?

  2. iman mereka lemah kerana mereka tidak mengubah kemungkaran Nami dengan tangan mahupun lidah tapi sekadar dengan hati saja.

    bukan kerja kita nak hukum imna org haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s