Anjing!

Dalam bahasa Kelantan, anjing disebut anying. Menganjing disebut menganying.

Untuk orang Kelantan, memelihara anjing bagi tujuan menjaga dusun (bagi tuan dusun yang luas) dan rumah bukanlah suatu perkara yang pelik. Ini kerana mengikut sejarah Kelantan (pelajar sekolah agama di Kelantan diwajibkan belajar matapelajaran Tatarakyat, iaitu sejarah negeri Kelantan), pada tahun 1937 telah diadakan perbahasan ilmiah tentang hukum kenajisan anjing peringkat negeri.

Bahas ilmiah ini dianjurkan oleh Sultan Ismail selaku Yang DiPertua Majlis Agama dan diadakan di Istana Seri Cemerlang (di mana tu?), kerana timbul pertelingkahan di antara ulama-ulama majlis agama tentang hukum kenajisan jilatan anjing, sehingga menimbulkan resah di kalangan rakyat dan kerabat, kerana pada waktu itu ramai rakyat dan kerabat memelihara anjing.

Satu golongan ulama’  mengatakan tidak perlu samak bila terkena jilatan anjing, dan badan anjing basah atau kering ia, yang disamak hanyalah kesan jilatannya pada bekas, itu pun jikalau bekas itu kita ingin guna. Samak itu pula adalah kerana ta3abbud kita kepada perintah Allah dan Rasulnya. Mereka yang masyhur dari golongan ini adalah Haji Nik Abdullah dan ayahandanya Haji Wan Musa. Haji Wan Musa, mufti Kelantan sehingga 1916,  merupakan anak kepada Tuan Tabal.

Golongan ulama’ yang menentang pendapat ini dan berpegang kepada pendapat Syafiiyah yang biasa dengan masyarakat Melayu yang kita tahu seperti hari ini adalah antara lainnya mufti pada waktu itu, Haji Ibrahim bin Haji Yusuf, Haji Ahmad Maher bin Haji Ismail dan Haji Abdullah Tahir bin Haji Ahmad.

Walaubagaimanapun, Sultan selaku hakim tidak dapat memberi keputusan tentang yang mana akan digunapakai sebagai undang-undang syariah negeri. Maka, pada tahun ini juga didirikan sekolah agama dengan aspirasi untuk memandaikan rakyat dalam bidang agama, dan dinamakan ia Al-Madrasah al-Arabiyah al-Muhammadiyyah Majlis Agama IslamKelantan, kerana ia berada dibawah kelolaan Majlis Agama Islam. Sekolah inilah pada hari ini yang bernama Maahad Muhammadi. (Sekolah Inggeris perempuan yang pertama di kelantan juga dibuka pada tahun ini.)

Rentetan kes anjing ini membawa pengaruh yang agak besar di Kelantan. Sementelah pula adanya gerakan pembaharuan oleh Kaum Muda di Malaysia, dan ulama hadis seperti Tok Khurasan (1875-1944, beliau bukan anak jati Kelantan), meyebabkan rakyat Kelantan pada waktu itu sedar bahawa mazhab Shafi’e bukan pendapat yang mutlak.

Sejarah ini diungkit untuk kertas kerja saya yang akan datang, “Pentingnya memahami kenajisan anjing dalam kerja dakwah”.

Kisahnya begini. Ada sebuah perkampungan orang asli jauh di pedalaman. Dan seperti mana kita tahu, orang asli memelihara anjing untuk tujuan menjaga kampung mereka, kerana mereka hidup di dalam hutan belantara.

Maka pada suatu ketika, seluruh penduduk kampung, Alhamdulillah berjaya diIslamkan oleh para mubaligh Islam. Maka penduduk pun diajarkan asas-asas agama dan hukum halal haram, dan salah satu yang termasuk di dalam yang haram adalah anjing.

Maka, penduduk pun, atas ilmu yang diperoleh dari mubaligh Islam tadi bahawa orang Islam tidak boleh memelihara anjing, mengusir anjing keluar dari kampung. Anjing yang sudah jinak, dipelihara dari kecil, mana mungkin diusir dengan begitu saja. Saya tidak sanggup untuk membayangkan apa yang dilakukan kepada anjing-anjing ini.

Maka sesudah itu, legalah penduduk kampung, mereka sudah bebas dari beban memelihara haiwan yang haram, pada pandangan mereka sepertimana yang diajar oleh mubaligh Islam.

Akan tetapi, sesudah tiadanya anjing, kampung itu kini pada malam harinya diserang oleh binatang-binatang buas lain. Menjadi padang permainan babi hutan, tempat harimau lalu lalang. Dan ini amat meresahkan penduduk kampung. Mubaligh sudah pulang ke tempat asal masing-masing, meninggalkan mereka di dalam ketakutan setiap malam. Islam adalah agama yang tidak praktikal!

Jadi begitulah kisahnya. Islam dianggap tidak praktikal kerana pendakwah kurang menguasai ilmu.

Maka marilah kita ramai-ramai menambah ilmu di dada.

Kupasan Hafiz Firdaus tentang isu ini boleh dibaca di sini.

Walaupun dah lama, tapi tetap mahu link juga. Anjing untuk si buta ke masjid.

+++++

Sekian, tamatnya tujuh posting dalam tujuh hari.

+++++

Gambar saya bersama anjing tidak dapat disiarkan ekoran tidak diketemukan ekoran harddisk yang buat hal tempohari.

+++++

“Ahh! Kita ini hidup di Malaysia, maka wajib ikut mazhab Shafi’e!” kata dia.

11 thoughts on “Anjing!

  1. Maka muncul niat dihati untuk mewajibkan para peserta ke Pelantok hujung sem ini untuk membaca dulu blog kamu..

  2. 1) Oh.. begitukah asalnya maahad muhammadi?
    apa yg diingati semasa belajar tatarakyat dahulu hanyalah kena berjalan itik ke kelas2 lain akibat dapat rendah exam.. fakta2 lain kena ulangkaji.. huhuhu

    2) Masa di perantauan dulu telah beberapa kali dicium oleh anjing2 yang mesra alam.. ada hikmahnya tu..

  3. @ husen: i like also haha
    @ lydecker: saya pun terasa benda sama, bahkan inilah motif sebenar tulisan ini dibuat. Pelantok banyak anjing
    @ faiz: kena dengan cikgu Z kah?

  4. isu sebegini selalu dibicarakan dalam suasana beremosi.

    1 pihak tidak mahu mengubah kebiasaan.

    1 pihak pula tidak berapa bijaksana dalam mendepani amalan yang telah menjadi adat.

    sebab itu masa mengaji dulu, ada disebut golongan bijak pandai tidak semestinya jadi pemimpin. Pemimpin adalah golongan yang tersendiri. Ada cirinya tersendiri. Dan pemimpin yang paling baik adalah pemimpin yang tahu buat keputusan yang terbaik untuk masyarakatnya, sesuai dgn keadaan mereka pada waktu itu.

  5. @ pakdi: sebab itu isu keadaan dan tempat (waqe’) juga perlu dihalusi. Terkadang saya melihat menggunakan anjing pengawal lebih baik dari pengawal keselamatan, dalam beberapa situasi.

  6. Tumpang keluar topik.. Ada nombor telefon Ustaz Zahazan? Orang luar UIA minta, untuk jemputan ceramah agaknya..

  7. huhuhu…..bertuahnya aku salah sorg cicit haji wan musa ni… tp rasanya ade silap fakta kot…. btul ke sultan ismail?? bukan sultan Ibrahim?? sbb kat umah ade gamba semasa perdebatan tersebut dan sultan dlm gambar trsebut ialah sultan ibrahim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s