Haram menikahi gadis satu universiti

Manusia tidak pernah mungkin dapat mengira langkahnya. Walau cepat, walau lambat, walau ke manapun dia. Hanya Tuhan yang maha mengetahui, berapa langkah manusia itu bermaksud ibadat, dan berapa langkah dia bermaksud maksiat. Dengan tidak kita ketahuan itulah, kita melangkah sombong di bumi Tuhan, seolah-olahnya kita ini jauh dari murka Tuhan, bakal hidup beribu tahun lagi.

++++++

Ini adalah kisah lain:

Ahmad tercungap-cungap di muka pintu. Masuk tanpa salam. “Habislah, Lah. Habis aku.”

“Waalaikumussalam.” Dolah memberi jawapan salam yang tidak diberi.

“Eh. Haa. Assalamualaikum. Habislah, Lah. Habis aku.”

“Apa yang habisnya?” Dolah mengerutkan keningnya.

Ahmad menarik nafas, lalu menghembus perlahan, panjang-panjang. “Ustaz Karim cakap,tak boleh menikahi gadis satu universiti. Haram hukumnya. Berdosa besar.”

Dolah menjawab laju, “Memang pun. Haram hukumnya. Berdosa be–”

“Kau jangan main-main, Lah. Tunang aku kan junior kita,” Ahmad berkata dengan nada cuak.

“Haa, tahu pun kau takut. Itulah, asyik berkepit ke sana-sini. Macam dah nikah.”

“Laaaah. Macam mana ni, Lah?” Ahmad seakan merayu.

“Hahahahahahahahahahahhahaha.”

“Oi, aku serius ni, Lah. Janganlah ketawa.”

Dolah bertanya, “Mana kau dengar ni?”

“Tadi, sewaktu pulang dari kantin. Ada tazkirah ustaz Karim di surau. Aku dengar sayup-sayup saja.”

“Kau tidak bersama mereka? Tidak mendengar sampai habis?” tanya Dolah.

“Tidak.” Jawab Ahmad, singkat.

“Kenapa?”

“Aku segan. Aku tidak berjemaah Isyak. Leka di depan TV, hangat politik.”

“Ahmad, Ahmad. Nabi pernah berkata, kalaulah umatku tahu pahala sembahyang jemaah Isyak dan Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak.”

“Ye, ye, aku insaf ni. Haa, macam mana? Fatwa barukah itu?”

“Betullah apa kata ustaz Karim tu. Haram menikah gadis satu universiti.”

“Kau biar betul, Lah. Aku serius ni.”

“Beeetooooll. Menikahi seorang gadis pun sudah begitu besar tanggungjawabnya, inikan pula satu universiti. Hahaha.”

+++++++++++

Ini kisah yang lain pula:

Susahnya bahasa Rusia, lebih susah dari belajar bahasa Jerman. Rabbi yassir walaa tu3assir.

+++++++++++

Apa-apalah!

12 thoughts on “Haram menikahi gadis satu universiti

  1. semua..
    knapa ulak haram nikah gadis seuniversiti?

    en sai ngan awek chun kan seuniversiti..

    gi mana loh gue mahu ke kenduri kawen kalian…

  2. lol. hahaha. tak faham rupanya

    nikah dengan seorang perempuan pun sudah besar tanggungjawabnya, inikan pula mahu menikah dengan satu universiti. lagipun lelaki boleh nikah 4 sahaja.

  3. hahaha..ni ambil dari mana? sungguh geli hati membacanya.

    hanya orang yang benar-benar fokus dengan beza perkataan satu universiti dan seuniversiti dapat memahami cerita ini.

    buat sendirikah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s