The Road to Mecca

Semasa berjalan-jalan di tepi gerai-gerai di kantin Sains Kemanusiaan, saya terpandang satu gerai yang menjual buku-buku terbitan Islamic Book Trust (IBT). Tanpa lengah, saya menanyakan buku The Road to Mecca (Jalan ke Makkah) karya Muhammad Asad.

Jalan ke Makkah merupakan travelog seorang lelaki yang dibesarkan sebagai Yahudi, kemudian memeluk Islam. Buku ini direkemen oleh dosen saya semasa di IIUMC, Dr. Muhiyuddin Sulaiman, lima tahun yang lalu. Bayangan buku ini menghantui saya sepanjang lima tahun ini, seolah-olah jikalau saya mati tanpa sempat membaca buku ini, roh saya akan berada di awang-awangan.

Sayangnya, buku itu sudah habis terjual pada hari itu (atau mungkin kerana tiada sambutan, maka tidak dijual pada hari itu. Saya bersangka yang baik-baik.), saya perlu membuat pesanan dan membayar duit muka (Disebut pozek dalam bahasa Kelantan, berasal dari deposit). Buku itu akan diperoleh keesokannya.

Roh saya akhirnya tidak akan di awang-awangan lagi, atau separa awang-awangan, kerana saya belum habis meneladeninya (melainkan saya ada hutang yang tidak terbayar).

* Ingin saya letak maksud ayat 85 dari surah Al-Isra’, tapi di luar konteks.
Dan mereka bertanya kepadamu (hai Muhammad) tentang roh.

**Kemaskini Dari Kelantan ke London:

Saya mendapat jemputan ke Batam, dalam usaha menjejak dunia di bawah RM100. Nanti-nantilah.

***Saya masih menulis tentang diri saya. Betul-betul seorang lelaki yang membosankan. Lain kali saya akan cuba, ya, cuba untuk menulis tentang bukan diri saya.

2 thoughts on “The Road to Mecca

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s