Poco-poco

Hari tersebut, seperti mana hari-hari lain tiap kali ada pesta kokurikulum di tepi sungai di taman ilmu dan budi, akan adalah gerai-gerai dan khemah-khemah dari pelbagai persatuan.

Hari tersebut, sambil menunggu giliran untuk memanah di gerai skil memanah, tiba-tiba terdengar muzik dari tepi sungai, tempat pelajar yang menjadi [dirahsiakan] berkumpul.

Tiba-tiba, mereka berbaris, dan mereka ramai-ramai lelaki perempuan menari. Bersungguh-sungguh mereka menari sambil bergelak ketawa, dan diulang-ulang berkali-kali.

Seorang pelajar dari Palestin mendekati saya. Muslim namanya, dan dia fasih berbahasa Malaysia. Dia memberi salam, saya menjawabnya.

Katanya, “Ya Ashraf, apa hukumnya wanita menari di hadapan lelaki bukan mahram?”

Saya menjawab ringkas, “Haram. Qat’i (tanpa ragu).”

“Begitulah juga pendapatku. Cuma ingin mendengar pendapatmu. Kerana aku lihat ada di antara mereka yang menari itu aku kenal, dan mereka pelajar jurusan ilmu wahyu,” katanya.

“Berilmu dan mengamalkan ilmu dua perkara yang berbeza. Langsung tidak sama,” kata saya.

“Mungkin ini natijahnya kamu diam di negara yang aman. Kalau mereka (merujuk kepada yang sedang menari) berada di Palestin, sudah pasti tentera Israel tidak akan dapat melawan.”

Saya termangu. “Bagaimana?” tanya saya.

“Tentera Israel akan mati ketawa pecah perut.”

Saya malu sendiri kepada jawapannya.

++++

1. Selepas itu baru saya tahu, pelajar [dirahsiakan] itu menari tarian yang namanya poco-poco.

2. Haram untuk wanita menari di hadapan lelaki bukan mahram, apatah lagi bersama-sama lelaki bukan mahram, walau tidak bersentuhan.

3. Haram itu hukum yang saya belajar. Kalau anda belajar hukumnya lain, mari kita kongsi sama-sama.

4. Aduh, saya masih menulis tentang saya yang seolah-olahnya sempurna segala. hehe

8 thoughts on “Poco-poco

  1. uhuww..~!!
    ku pernah melakukan perkara yg sama..
    tp bukan dgn lelaki..

    dengan adik2 di kg org asli…
    tp di pandang oleh ‘ustaz’..
    patotlah mereke menjeling tak hengat..
    aku sedang berbuat salah rupanya..

    huhu…

  2. owh..haram ke, baru saya tahu. dulu pernah menari ramai2 ketika di matrikulasi-program jati diri.

    terlanjur bercakap hal haram ni, merujuk pada posting kamu yang lepas2-tentang tawaran jadi model. adakah haram sekiranya seorang perempuan/lelaki jadi model walaupun berpakaian menutup aurat?

    sekadar bertanya…

  3. @Firdaus: Sebab itu anda menjadi penulis, bukan?

    @Ns: Dengan adik-adik tidak mengapa. Waktu itu bukankah kamu semua perempuan? Ustaz itu sahaja yang gersang.

    @Azie: Nanti takut-takut hanya saya seorang yang menutup aurat. Huhuhu

  4. salam.bile sebut pasal menari ni.saya teringat satu program fakulti saya.hari tu cuti raya cine,lepas cuti raye cine takde kelas. jadi ramai yang balik rumah.walhal dekan tak kasi continue lepas cuti raye cine .nak dijadikan cite, hari tu dekan buat perjumpaan ngn pelajar2nya.die cek sape yang tak hadir.mostly siswi yang ramai tak datang.dieorang kena denda buat tarian cina!
    jadi diorang pun menarilah pada suatu program fakulti.
    saya tak taula nak cakap ape.no power, less action?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s