Najib dan Kabinet Baru

Kabinet yang diingini oleh Dato’ Seri Najib mengundang pelbagai reaksi. Tetapi, oleh kerana beliau perlu kepada kabinet baru yang lebih kukuh, beberapa rombakan perlu dibuat.

Ini termasuklah mendapatkan kabinet baru dari pembekal yang sesuai. Kabinet yang lama tidak dapat menanggung beban lagi. Ia dipertikai dan dikritik oleh banyak pihak. Cara memilih pembekal sudah tentu amat tinggi tahap yang dinilai, sama seperti beliau memilih kontraktor untuk kementerian pertahanan sewaktu ketika dulu.

Kabinet lama perlu diganti baru. Gambar diculik dari The Star.

Kabinet lama perlu diganti baru. Gambar diculik dari The Star.

Kabinet yang lama, rosak dan korup akan disingkirkan dari tugasan utama menggalas beban yang amat berat, dan akan digunakan untuk kerja-kerja ringan. Contohnya, menjadi tempat simpanan fail tanpa potfolio.

Kabinet lama yang tidak dapat menanggung beban lagi. Gambar diculik dari dornob.com

Kabinet lama yang tidak dapat menanggung beban lagi. Gambar diculik dari dornob.com

Kabinet baru nanti akan dibuat dengan menggunakan bahan alami yang tahan lasak. Ini supaya kabinet tersebut tetap teguh walaupun dikritik kerana di dalam banyak-banyak pembekal yang tidak molek, pembekal yang membekalkan kabinet kepada Dato’ Seri merupakan yang paling kurang tidak moleknya.

Adalah menjadi harapan semua agar kabinet baru itu nanti dapat menggalas beban yang terpikul dengan jayanya.

[Ini adalah spuf dalam bahasa Malaysia terinspirasi dari nose4news ;p]

8 thoughts on “Najib dan Kabinet Baru

  1. KERAJAAN BARISAN NASIONAL (BN) ADALAH
    “ULIL AMRI” BAGI NEGARA TANAH MELAYU >MALAYSIA

    Setiap MINGGU Khutbah Jumaat di masjid jamek seluruh negara..semua khatib ada membacakan dalam khutbah Jumaatnya:

    “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”

    Malangnya…orang-orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia sekarang masih belum sedar dan insaf kerana masih taksub kepada pemimpin mereka masing-masing sehingga Melayu berpecah belah kepada 3 kelompok iaitu UMNO,PAS dan PKR.

    Kembalilah bersatu semula kepada asal usul parti orang Melayu kita dulu sehingga mendapat KEMERDEKAAN iaitu parti UMNO. Islam agama, bukan politik. Ulama ilmuan sudah dibabitkan kepada ulama politik. Inilah yang terjadi kepada rakyat Melayu yang beragama Islam di Malaysia berpecah belah tak ada kesudahannya kecuali KIAMAT baru watammat pastinya.

    Janganlah hendaknya ibarat marahkan nyamuk 2-3 ekor, kelambu habis nak dibakar.Hasilnya DISAHKAN DARI (3-1)=(2) NEGERI MELAYU DAH TERGADAI. YANG JELAS RUGI?…. SUDAH TENTU PENTABDIRAN NEGERI ORANG MELAYU (JADI BONEKA) kerana SUDAH DIMONOPOLI OLEH YANG BUKAN ISLAM…Kita hidup di dunia hanya sementara sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum ikutlah pentadbiran kerajaan yang sediada sekarang BN> UMNO, MCA, GERAKAN dan MIC.

    Jika PAS memerintah pun sama juga (+-X bahagi) datang dan jadinya nanti seperti kerajaan BN juga > PAS,PKR dan DAP (sampai bila-bila pun memang tak sehaluan) . Saudara-saudara seagama sekelian ada mata pandang! ada telinga dengar! ada otak fikir jauh-jauh…ada ilmu tepuk dada tanya iman, kerajaan BN sekarang banyak baiknya atau lebih banyak buruknya. Cukup-cukuplah apa yang sudah berlaku… dan apa akan berlaku seterusnya saya tak tahu lagi…rasanya hak kedaulatan raja-raja dan rakyat Melayu akan hilang ditelan dek zaman gila kuasa pembangkang disebabkan angkara orang-orang melayu sendiri yang tidak mahu bersatu.

    Kita lihat sahaja sekarang baru PR memerintah 5 negeri (Kelantan, Kedah, Perak (sekarang BN), Selangor dan Pulau pinang) sudah nampak belang betapa kacau bilau dan haru birunya nak memerintah. Senang cakap membangkang memang senang sekali bagi chance memerintah baru tahu langit tinggi rendah.

    Akhirkata saya nak tanya dan nak tahu aje (jangan marah)…ada tak semua negara Islam di dunia (OIC 56 buah) yang menamakan PARTI ULIL AMRI mereka contohnya: PARTI ISLAM SAUDI ARABIA (PIS), PARTI ISLAM SENEGAL (PIS), PARTI ISLAM SEINDONESIA (PIS) tapi yang peliknya kenapa PARTI ISLAM SEMALAYSIA jadi (PAS) ?

    KESIMPULAN:

    SUDAH HILANG MATLAMAT NAK JADIKAN NEGARA INI NEGARA ISLAM SEJATI KERANA SIBUK DENGAN AJINDA POLITIK MASING-MASING NAK REBUT KUASA DAN NAK MENANG PILIHANRAYA.

    INGATLAH ! ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BIJAKSANA SERTA MAHA MELIHAT TERHADAP HAMBANYA DI SELURUH ALAM INI.

    “SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKELIAN ALAM”. WALLAHUALAM.

    Akhirkata sila baca hadis di bawah dan huraiannya semoga banyak muafaatnya.SAMPAIKAN SALAM DENGAN “Berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran”.
    Hadith :
    Daripada Auf bin Malik r.a bahawa rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Imam-imam kamu yang terbaik ialah yang kamu mengasihi mereka dan mereka mengasihi kamu. Mereka berdoa untuk kamu dan kamu berdoa untuk mereka. Dan imam-imam kamu yang paling jahat ialah imam-imam yang kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu, kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu. Rasulullah SAW ditanya : “ Ya Rasulullah! Bolehkah kami memecat dan memerangi mereka dengan pedang? Rasulullah SAW bersabda : “ Tidak, selama mereka mendirikan solat di antara kamu. Dan apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak menyukainya dari penguasa-penguasa kamu, maka hendaklah kamu membenci amalannya dan janganlah kamu menderhaka.”

    (Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)

    Huraian
    Islam tidak boleh ditegakkan dengan cara yang zalim, kerana Islam itu bersih dan selamat. Islam hanya boleh ditegakkan dengan cara yang bersih dan aman. Pemerintah yang zalim hanya boleh dijatuhkan oleh ALLAH SWT sendiri, kerana Dialah yang menaikkan seseorang sebagai pemerintah dan Dia jugalah yang lebih berhak menurunkan seseorang itu dari tampuk pemerintahan. Ingatlah, semakin zalim seseorang itu memerintah dan semakin banyak kezaliman yang dilakukannya, semakin cepat dia dijatuhkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya sifat orang mukmin itu ialah yang mentaati perintah pemerintah mereka, selagi perintah itu tidak sampai menyuruh mereka berlaku zalim atau maksiat atau menderhaka kepada Tuhan atau meninggalkan yang fardhu. Malah setiap perintah yang diberi wajib ditaati sama ada suka atau pun tidak, berfaedah atau pun tidak kerana sifat seorang mukmin yang sebenar adalah taat pada setiap perintah yang diterimanya iaitu perintah Allah, Rasulullah dan Ulil Amri.

  2. @abdillah:

    Lol. PAS tu sebab diambil dari tulisan jawi, Pa Alif Sin. Di Saudi tiada parti.

    Saudara kelihatannya kurang baca, dan kurang fikir.

    Apa sebenarnya yang saudara ingin sampaikan?

  3. @husaini: Biarlah, agar dunia mengerti bahawa setiap manusia ada pendapat mereka, dan orang yang kurang baca tapi malas juga ramai. :p

  4. Saudara perasan tak sebuah kementerian yang dianggap penting memangkin ekonomi bumiputera telah lenyap begitu saja Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi……….Dulu kini dan selamanya terus kehilangan tanpa disedari………tergadai negeri, hilangnya jawi, tergadai maruah bahasa sendiri dan amat payah menegecapi ekonomi sehingga kini….

  5. siapa abdillah? sesekali aku ingat ultra malay tapi sesekali aku ingat ultra wahabi. maaf kalau laras senapang aku memuncung ke arah wahabi kerana point ulil amri itu pernah/selalu dipakai mereka.

    apakah wahabi megnambil pendapat tunduk kepada pemerintah yang dilabel ulil amri semata-mata ingin berlawanan dengan musuh tradisi syiah yang sentiasa berjiwa pemberontak dan pembangkang?

    memang Allah yang menjatuhkan kerajaan zalim tapi macam mana? melalui pilihan di tangan kita dan kuasa yg dipinjamkan pada kita utk memilih. buat apalah Allah cipta kita byk2 atas dunia kalau kita duduk saja. (kalau tauhid aku tak betul tlg betulkan aku pun malas baca jugak)

    satu point saja aku setuju, iaitu menasia memang tak boleh bersatu. manusia Allah cipta berbeda-beda. satu famili pun berpecah belah kerana sekangkang kera tanah. inikan pulak satu negara. aku percaya dan respek itu. tapi carilah titik pertemuan dan persamaan. pun aku tetap kata yg putih putih dan yg hitam hitam.

    kalau taknak susah tak payah hiduplah.

    satu lagi umno bukan parti yg memerdekakan malaysia.

    dan utk tuan blog, part2 ni aku memang pandai melainkan hal ehwal hidup sendiri. hehe

  6. Hahaha.. Mereka menjawikan ejaan rumi dgn menulis amalan sebagai ain-mim-alif-lam alif- nun kerana a-m-a-l-a-n…Xcaya? Tgk kat papan billbod kempen mase PRK Bukit Gantang..

    Jadi xmustahil mereka membaca Parti Islam Semalaysia sbg PIS..Kahkahkah..

    Sbb tu, bile Nga Kor Ming membaca Quran, mereka jeles dgn si kafir yg tgh terkial-kial mempelajari al-Quran..Padahal al-Quran itu utk seluruh umat manusia…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s