Doa

Pada suatu hari, ada seorang pendakwah masuk ke perkampungan orang asli untuk menyebarkan Islam. Setelah menyeberangi sebatang sungai melalui titi balak yang reput, beliau masuk ke sebuah kampung.

“Alhamdulillah, penduduk kampung ini majoritinya sudah Islam. Jadi yang perlu adalah islah,” kata sang pendakwah kepada dirinya.

Pada malam itu, setelah mengimami solat Isyak yang dihadiri oleh hanya tiga orang makmum, beliau berkata kepada mereka, “Mari aku ajar kamu satu doa yang bagus.”

Dan beliau mengajarkan doa tersebut. Pada pagi keesokan harinya, beliau berangkat menuju ke tempat lain pula.

Berlalulah masa. Pada suatu hari beberapa purnama kemudian, sang pendakwah berangkat menuju ke perkampungan di seberang sungai yang disebut di atas. Namun, jambatan balak reput itu sudah tiada. Beliau berasa sedikit kecewa.

Tiba-tiba, beliau ternampak tiga orang lelaki berjalan dengan laju menyeberang sungai menuju ke arahnya.

Sang pendakwah berkata di dalam hatinya, “Ajaib! Mereka berjalan di atas air! Tentu hasil doa yang aku ajarkan dahulu.”

Tiga lelaki tersebut mendekati beliau, dan berkata, “Ustaz, bolehkah ustaz ajar kembali doa yang ustaz ajarkan dahulu? Bahasanya asing, dan lidah kami berbelit menyebutnya. Akhirnya kami lupa.”

Sesungguhnya Tuhan mendengar doamu dari bahasa jiwamu.

4 thoughts on “Doa

  1. Aku berbincang dengan kawan rapat yang aku anggap sebagai adik dan murabbi (bukan murabbi spr dlm usrah2) tentang Paulo. Dia yg menganjurkan aku baca The Alchemist. Kami akhirnya setuju bahawa apa yang dibawa Paulo sesuatu yang baik dan ada benarnya.

    Kami juga setuju, cuma bahaya Paulo terletak pada kecenderungan yang boleh membawa ke arah pluralism. Pun, bacalah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s