Piglet marah, kecewa

Piglet, seekor anak babi yang bersahabat baik dengan Winnie si Pooh, melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana menjadi mangsa cercaan dan kejian masyarakat Islam Malaysia. Ini berikutan kehadirannya semasa menemani Winnie dalam rangka lawatan cuti-cuti Malaysia baru-baru ini, jelas tidak disenangi oleh pegawai-pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Saya dikuarantin, seolah-olah pada nama saya ada perkataan bin Laden,” katanya.

Menurutnya lagi, kini ia menghadapi tekanan di mana-mana, hanya kerana ia seekor anak babi. Katanya, “Suatu ketika dahulu, orang Inggeris memuji anak-anak mereka ‘comel macam anak babi’, tetapi kini, atas dasar toleransi kepada Islam, orang Inggeris lebih berhati-hati apabila berbicara tentang babi kepada jiran Muslim mereka.”

O oh..

"O oh.."

Menurutnya, yang paling memberi tekanan kepadanya ialah orang Islam. “Seolah-olahnya, saya dicipta Tuhan untuk menjadi mangsa cercaan dan hinaan. Busuk macam babi, buruk macam babi, gila babi, babi kau, dan sebagainya – semua ini datang dari orang Islam yang mengaku beriman kepada hari akhirat,” luahnya sambil menyondol-nyondol hidungnya ke kerusi untuk mengesat hingus.

“Jangan ingat walaupun saya babi, saya tidak ada ilmu tentang Islam,” kata Piglet. Sambungnya, “Dalam al-Quran disebut tentang pengharaman memakan daging kaum-kerabat saya. Tetapi itu tidak menjadikan kami makhluk yang hina-dina layak dikutuk dikeji. Kalau oleh sebab daging kami haram dimakan, maka kami boleh dicerca, maka manusia yang haram dimakan dagingnya juga layak dicerca dan dijadikan kata kejian. Contohnya, ‘Manusia punya kambing!’ sepatutnya boleh saya gunakan sebagai ayat kejian kepada kambing yang memakan pohon bunga saya.”

Piglet menambah, “Sebenarnya dalam Islam, semua haiwan adalah suci. Walau bagaimanapun, konsep suci dalam Islam tidak sama dengan suci dalam agama Hindu. Semua perlu faham ini. Bukankah dalam al-Quran ada menyebut ‘bertasbih kepada Allah sekalian yang ada di langit dan di bumi’? Yang di bumi itu ialah termasuk saya, seekor anak babi.”

15 thoughts on “Piglet marah, kecewa

  1. negara-negara umat Islam atau negara umat Melayu? orang Mesir tak pernah menyebut babi kerana hampir tak wujud babi di sini. Dan kata-kata sumpahan dan makian di sini hanyalah terhenti setakat keldai (himar) dan anjing. Dan himar lebih popular daripada anjing sebagai sumpahan. Negara lain di rantau ini pun sama juga gamaknya.

    Aku pun nak tulis pasal babi lah.

  2. ia pun makluk Allah juga.. yang sebenarnya masalahnya adalah manusia.. bila boleh makan, diratahnya sampai kesenakan.. bila suruh beringat itu dan ini.. punya wabak dsbnya disalahkan makhluk lain pula..

    rasanya kan kalau makhluk di bumi nih boleh buat mensyuarat agung tahunan sedunia.. untuk komplen khalifah mereka yakni manusia.. tentu habis teruk kena fire.. silap2 diorang undi demokrasi suruh manusia letak jawatan.

    wallahua3lam

  3. c’s, walaupun mereka buat mesyuarat macam tu, manusia tetap kena pertahankan hak sebagai khalifah, kerana ianya termaktub dalam al-quran.

    Begitulah juga kiranya kalau segala faun, jin, fairies bermesyuarat, manusia tetap kena jadi khalifah

  4. yep.. tiada siapa yang mampu menafikan kebenaran AlQuran dari Maha Pencipta.. manusia memang suka mempertahankan hak, tapi seringkali amanah itu juga sukar diambil sebagai hak yang perlu dilunaskan sebaiknya..

    Kena, atau terpaksa, bukan soalnya kerana kun fayakun, apa yang tertulis pada Qadha n Qadar Allah is beyond our thought.. [jgn fikir perkara ini serius sangat.. ini hanyalah satu bentuk sindiran kepada manusia, yang saya juga adalah manusia]

    minta maaf kerana bunyinya seolah pesimis dengan manusia n dunia.. tapi saya memang tengah kecewa dengan ini semua..

    wallahua3lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s