Resensi

Seperti yang dijanjikan pada diri; resensi buku-buku yang dibaca mengiringi penulisan disertasi yang dahulu.

1. Novela-novela fiksyen bisnes di bawah sub-kategori usahawan cilik.

Tajuk:

1. NasiLemak Bonda – Qayyum Nur, PTS
2. Garaj Aiman – SK dan Noraini Mohamed Nor, PTS
3. Biskut Ajaib – SK dan Noraini Mohamed Nor, PTS

Ketiga-tiga novella ini menceritakan dan memotivasikan kanak-kanak supaya menceburi bidang keusahawanan. Mungkin kerana kisah mereka sama dengan kisah saya pada waktu kecil dulu sama dengan kisah saya, maka sebab itu saya suka membacanya. Nasi lemak bonda dan biskut ajaib membawa cerita yang baik, tetapi garaj aiman adalah terlalu ideal kisahnya.

Walau bagaimanapun, moral dari ketiga-tiga cerita ini adalah: Kalau ingin berjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan pada usia tersangat muda (sekolah rendah), seseorang itu perlu ada kemahiran berbohong kepada ibu-bapa.

Dalam cerita-cerita ini, jelas dinyatakan bahawa kesemua watak utama berbohong kepada ibu-bapa mereka. Walaupun diceritakan setelah itu mereka insaf, tetapi hakikat mereka berbohong tidak dapat dapat disangkal. Saya akan mengusulkan ini semasa bengkel Puan Ainon esok.

Perkara ini membawa saya berfikir, apakah dalam cerita-cerita ini, ibu-bapa watak-watak adalah mereka yang gagal mendidik anak-anak menjadi insan soleh? Adakah sistem pendidikan kita gagal melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi? Saya amat terkesan dengan hal ini. Untuk menarik perhatian anda, sila rujuk buku Laskar Pelangi karya Andrea Hirata.

Mungkin ini adalah ajaran pertama dari sekularis dalam cerita Simpsons: Untuk berjaya dalam perniaagaan, anda perlu cantas tiga syaitan. Pertama keluarga, kedua sahabat handai, ketiga agama.

Atau mungkin saya terlalu banyak berfikir :p

2. Novel aksi

Tajuk: Meniti Maut oleh Eyman Hykal, Alaf 21

Saya membeli novel ini setelah terbaca resensi dari pasalbuku.

Masih terdapat banyak kelemahan dalam penceritaan, dan isi yang bercanggah dari satu bab ke bab yang lain. Contohnya, watak utama yang terlampau hebat pada satu bab menjadi terlampau lampi pada bab yang lain. Kata jaguh catur, ceh. Mana ada wujud manusia yang boleh bunuh manusia lain dengan sengaja tanpa ada apa-apa kesan psikologi, kawan. Jason Ghafur Bourne pun termimpi-mimpi. Sila rujuk psikolojis anda.

Juga menceritakan seolah-olahnya kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang bongok. Sudah tahu ada penjenayah, tangkap sahajalah. Berdiplomasi tidak kunjung sudah, apekehal? BISIK juga merupakan agensi paling bebal dalam cerita ini.

Saya membaca novel ini dengan rasa tidak puas hati yang menyebabkan saya terfikir untuk menulis novel yang lebih baik dari yang ini. Sama seperti sahabat saya, Azrul Jaini yang menulis novel Galaksi Muhsinin setelah tidak puas hati dengan novel 1511 oleh Faisal Tehrani.

Kalau disertasi mampu saya siapkan, inikan pula novel. Ahahahahaha

Wishlist saya, kalau kamu ingin memberi hadiah (perkahwinan atau apa-apa, saya tidak mahu pinggan mangkuk jag gelas-gelas set seumpamanya. Peralatan elektrik atau baucarnya diterima.) kepada saya:

-Buku-buku oleh:

Paolo Coelho – semua tajuk
Hasrizal Abdul Jamil – ATN2, pohon tin
Faisal Tehrani – Saasatul Ibaad, Manikam Kalbu
Naquib Mahfouz – Sugar Street dll
Andrea Hirata – Maryamah Karpov
Taqi Usmani – Into to Islamic Finance (sudah ada soft copynya)

-Canon DSLR 40D

15 thoughts on “Resensi

  1. Alamak, tak seronokkah buku Meniti Maut tu? Saya juga terpengaruh dengan blog tersebut untuk membelinya. Belum sempat baca lagi. Huhu.

    Jemput baca novel tulisan saya, bertajuk : Virus L. Mahu tahu juga apa pendapat orang lain berkenaan novel sulung saya ini. (Takut juga jika mendapat resensi yang keras seperti di atas. Tetapi bagus juga untuk mempertingkatkan lagi usaha supaya menghasilkan karya yang lebih baik).

    Akhir sekali, mari meramai-ramaikan lagi komuniti penulis di Malaysia..hehe

  2. Assalamualaikum,

    Kita boleh berbeza pandangan. Jajaan saya terhadap Meniti Maut ikhlas justeru kerana ia memberi kesan kepada saya. Kepada orang lain mungkin berbeza.

    Bagitu juga 1511 oleh Faisal Tehrani. Novel 1511 juga saya minati dan membuka minda saya.

    Novel-novel PTS juga ada yang bagus, tetapi yang seumpama sampah juga ada. Sebagai pembaca, saudara dan saya berhak mengkritik, insyaAllah.

  3. Waalaikumussalam Tuan Web Sutera.
    Terima kasih kerana berkunjung ke mari🙂

    Pendapat tuan adalah benar. Saya menilai dari sudut yang lain, maka pendapat kita tidak sama.

    Cuma mengkritik, supaya dapat ditingkatkan lagi mutunya insyaAllah.

  4. Hadiah satu dan empat…
    Aku mahu mula The Witch of Protobello setelah selesai Veronika Decides to Die

    Kalau aku aga ego, ego aku terletak pada keghairahan aku dalam fotografi, kalau aku ada citarasa tinggi, citarasa tinggi aku terletak pada buku-buku yang aku baca (selain perempuan). Jadi aku mungkin akan mengutuk antlogi cerpen terbitan pelajar-pelajar Kelantan di Mesir yang terbaru. Tapi mereka berjaya membikin satu biografi dan aku sebaris ayat pun tak bisa…

    Tapi serius, dua tiga muka buka antologi tu aku dah nak muntah.

    • Salam’alaik tuan eymanhykal,
      Saya membaca novel tuan setelah tuan punya blog ini ‘mengomel’ di sini. Novel kepunyaan beliau yang saya baca.

      Ternyata, biarpun novel yang sama, hasilnya berbeza.

      Ini resensi saya kepadanya,
      “Sama ada kau letak high-expectation sewaktu ingin membeli novel ini, atau kau sememangnya memandang rendah tulisannya.”

      Pada saya, novel tuan novel yang baik dan mengesankan. Namun, tidak pada tuan punya blog ini..hehe..sori cceghah, bertepek kat sini..haha

  5. @ eymanhykal:
    Terima kasih kerana kunjungan tuan. Komen tuan termasuk dalam senarai spam kerana membawa lebih dari tiga link. Insya Allah saya berkunjung.

  6. Sdra Ashraflatif: Ya, ke lebih 3 link dikira spam? Sori. Mohon maaf, sebab saya tak tahu mengenainya. Saya janji tak buat lagi di sini dan di lain-lain tempat. Oh, ini satu pengetahuan baru buat saya. Terimakasih kerana memaklumkan. 🙂

  7. Pendapat yang berbeza berkenaan buku ini menyebabkan saya teringin membacanya. Sedang mencari-cari masa untuk menghabiskan buku yang sedang dibaca kini, supaya boleh mula mengoyak plastik buku Meniti Maut itu..hehe

  8. Salam,
    Pendapat pembaca semestinya berbeza sebab manusia itu memiliki cara berfikir yang berbeza. Sebelum diterbitkan, sesebuah karya itu adalah milik penulisnya tetapi setelah diterbitkan karya tersebut sudah menjadi milik pembaca, maka pembaca mempunyai hak untuk berkata apa sahaja ke atas karya tersebut. Tidak boleh tidak, penulisnya kenalah menerima setiap komen dengan hati dan fikiran yang terbuka.

    Beritahu saya kalau saudara sudah punya karya yang sudah diterbitkan, saya berlapang dada untuk membaca dan memberi komen mengenainya🙂

    Untuk komen saya ke atas Meniti Maut, sila klik http://myulatbuku.blogspot.com

    Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s