Isu buku bohong, tudung dan seni

Isu berbohong kepada ibu bapa untuk berjaya
Setelah tidak berpuas hati dalam entri yang lalu, tentang isu berbohong kepada ibu bapa untuk berjaya, puji bagi Allah dia menemukan saya dengan penulis (atau tuan punya idea) buku-buku tersebut, tuan SK.

Apa yang saya dapat rumuskan dari jawapan beliau diolah seperti berikut. Sebenarnya langsung tidak ada niat untuk mengajar begitu; mengajar bahawa untuk berjaya, perlu pandai berbohong.

Dalam realiti masyarakat Malaysia, yang rata-ratanya lebih cenderung makan gaji,  ibu-bapa akan membunuh niat dan kemahuan anak untuk menjadi usahawan atau berniaga, sekiranya niat itu dinyatakan secara terbuka oleh anak-anak kepada mereka. Salah satu sebabnya adalah bahawa mereka  fikir orang lain akan melihat anak-anak mereka tidak mendapat duit yang mencukupi dari mereka, dan anak yang berjaja dan berniaga ini akan menjatuhkan maruah keluarga. Memalukan keluarga. Seolah ibu ayah tidak memberi cukup duit belanja. Tipikal, bukan?

Jadi, seeloknya kalau ingin menjadi usahawan pada usia muda, rahsiakan keusahawanan anda dari keluarga andainya mereka dari golongan makan gaji, kerana mereka tidak nampak cara lain untuk mendapat wang selain dari makan gaji.

Saya masih mencari hadis berkenaan dibolehkan berbohong dalam beberapa perkara. Mahu tolong saya?

========~
Isu tudung dan menutup aurat
Bertudung tidak semestinya menutup aurat. Semua tahu itu. Ada yang bertudung kerana undang-undang wajib bertudung, ada yang bertudung kerana mengikut fesyen. Saya sebenarnya sedikit serabut apabila melihat fesyen-fesyen tudung terkini yang dipaparkan dalam majalah-majalah fesyen. “Bertudung, tapi masih boleh bergaya (dengan mengendeng dada).”

Sebaik-baik pakaian adalah taqwa. Ke mana taqwa kalau berpakaian untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk kepada manusia? Apatah lagi tidak berpakaian sempurna untuk menunjuk-nunjuk (asset, kata mereka) kepada manusia.

Sebenarnya, isu berpakaian, memakai tudung, menutup aurat pada saya letaknya pada nombor entah berapa. Ini semuanya adalah manifestasi kepada perkara nombor satu: keyakinan kepada agama dan Tuhan. Ianya semudah itu!

Ya, anda boleh tunjukkan kepada saya, akhlak mereka yang tidak menutup aurat sempurna lebih baik dari mereka yang menutup aurat sempurna. Bukti banyak di depan mata.

Tapi, saya boleh tunjukkan kepada anda, orang bukan Islam yang akhlaknya jauh lebih baik dari anda, bahkan lebih baik dari orang Islam yang lain.
Maka, (sinis) dakaplah fahaman semua agama adalah sama di sisi Tuhan.

=====~

Isu seni

Kalau anda ingin melakukan sesuatu yang anda rasakan adalah salah, atau sedikit salah di sisi agama, sila lakukan apa yang anda ingin lakukan itu atas nama seni.

Seni melukis gambar bogel, atau seni merakam gambar bogel (atau separa bogel, sendiri atau orang lain, dengan kamera canggih), seni bersosial, seni ikat tudung, seni menggoda, seni ukiran berhala, seni pegang tangan kekasih, seni pujuk rayu (dan ugut) dalam kereta di kawasan gelap, dan bermacam-macam seni lagi.

Marilah kita jadi orang seni. Sesudah ini, segala benda halal kepada kita, kerana seni itu diamnya lebih atas dari agama, lebih dekat dengan Tuhan. Bukankah Tuhan ciptakan alam dengan penuh kesenian?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s