Filem Dakwah

Baru selesai melayan cerita Perempuan Berkalung Sorban.

Macam cerita koboi

Macam cerita koboi

Awalnya, saya ingatkin ini adalah cerita zaman koboi di Tanah Melayu. Dan oh, ada muzik latar Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Opick.

Resensinya? Dari segi penceritaan, memang bagus dan menarik. Sesuai dengan semangat emansipasi wanita muslimah dalam kerangka syariah. Kalau betul Anisa ada, ingin ku beri beberapa cadangan:

1. Wujudkan bengkel menulis secara Islami untuk anak-anak muridnya.

2. Adakan kelas bedah buku, maksudnya, kalau apa-apa buku yang dibaca itu, sila beri pendapat tentang islaminya ia pada bahagian mana, dan tidak islaminya ia pada bahagian mana, dan neutral pada bahagian mana.

Indonesia memang banyak filem-filem dakwah, dan ternyata ia memberi kesan positif kepada ramai orang. Mungkin kerana penduduk Indonesia yang ramai, mereka boleh sahaja mencari bakat-bakat baru dalam bidang perfileman.

Dengan kapasiti penduduk hanya 1/10 dari Indonesia, Malaysia tidak mungkin akan mengeluarkan filem dakwah berlatar pengajian agama dan masalah berkaitan agama.

Filem dakwah Malaysia (bagi pengarah filemnya, ia adalah dakwah) ialah berkenaan kisah bohsia, zina, rogol, rempit, dan semuanya ini dipertontonkan kepada massa supaya mereka tidak mengikut.

Filem dakwah yang berbentuk pengajian agama, berjuang atas nama agama sama sekali tidak akan dibikin. Ini kerana, kalau dibuat filem-filem sebegini, nanti para pelakonnya akan insaf dan tidak mahu berlakon lagi, macam Azmil Mustapha. Negara akan kehilangan bakat lakonan. Maka sebab itu, Malaysia tidak boleh ada filem dakwah.

Bahkan sebenarnya, Malaysia amat kekurangan bakat. Mana-mana pendakwah yang popular akan diberi gula-gula untuk terjun ke dunia glamor, seperti Akhil Hayy. Sekarang sudah mewarna rambut, mungkin mengikut sunnah.

Ah, saya hanya pandai mengkritik. Mahu ajar saya cara berdakwah melalui filem?

7 thoughts on “Filem Dakwah

  1. Dalam dunia nyata, org Malaysia lebih banyak amar makruf dari nahi mungkar. Tapi dalam filim, org Malaysia lebih banyak nahi mungkar dari amar makruf.

    Bak kata Mashitah Ibrahim, kalau tong air yang ada keladak tu, kita tuang air, kita tuang air banyak-banyak sampai melimpah nanti lama-lama keladak tu akan keluar dengan sendirinya.

    Hahaha, demi menjustifikasi approach sendiri yang tidak balance.

  2. (Bukan lagi ustazah) Mashitah cakap macam tu eh? Akhirnya apa jadi pada air dalam tong tu? Kan ke turut sama kotor dengan keladak. Macam dia hahaha.

    Kau dah tengok gambar latest dia?

  3. ahahahaha x aci, aku tak sempat nak tgk abis lagi citer tu… sikit lagi, tbe2 lak ade hal… nanti aku abeskan citernya dulu, aku tulis ah kat blog

  4. weyh2, sinopsis ah sket..wuwu~
    tak sempat nak download lagi kat youtube, wuwu~ tengok dia nyer sedutan kat lagu siti je

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s