Riba

[Rasanya ini entri ilmiah yang pertama saya, aduhai]

Larilah dari riba sebagaimana kita lari dari singa yang menerkam.

Kenapa? Kerana melibatkan diri dalam riba bererti mengajak untuk berperang dengan Tuhan.

Riba, dari segi bahasa adalah pertambahan.

Contohnya, kita beri pinjam rm1000, dan dalam akad pinjaman, kita minta peminjam bayar rm1100. Itu riba.

tetapi, kalau kita beri pinjam rm1000, dan tidak diakadkan apa-apa, peminjam sukarela bayar rm1100, maka itu tidak riba.

Yang biasa kita buat, tapi kita tak sedar bahawasanya ia adalah riba, adalah seperti berikut:

Mamat pinjam kereta saya, maka saya beritahu mamat,  “Boleh pinjam, tapi kena isi minyak sampai penuh”. Ini adalah riba.

Kenapa? Kerana dalam Islam, pinjaman adalah atas dasar qardulhasan. Kita sama sekali tidak boleh mendapatkan apa-apa faedah dari apa yang kita pinjamkan.

Bagaimana nak tukar dari riba kepada tidak riba?

Tukar lafaz akad.

“Tak boleh pinjam, tapi kena sewa. Harga sewa ialah isi minyak.” Ini bukan riba.

Sekian pelajaran riba mudah. Selepas ini entri tentang riba bank.

7 thoughts on “Riba

  1. Seluruh sistem ekonomi yang dunia pakai hari ini berasaskan riba. Bukan diselubungi riba, tapi ASASnya riba!

    ^^ aku quote blog member aku

    Tapi bank Islam pun main tipu, tukar istilah saja tapi asas bendanya masih sama, bukan aku yg kata, Dr Abdul Rashid Dail yg kata

    • Quote yang terakhir itu amat bias dan tidak adil sama sekali. Kalau benar Sang Dr berkata demikian, aku membantah sama sekali…dia ingat nak menipu atas nama Bank Islam suatu perkara mudah agaknya. Jadi,adakah segala Penasihat Syariah yang padanya ada Dato’ Haron Din dan segala bagai lagi juga penipu umat Islam Malaysia ini?

      • Dr Abdul Rashid Dail bukannya mengkritik dari luar tapi beliau sendiri ialah salah seorang penggubal dasar Bank Islam ketika mula-mula ditubuhkan dahulu. Beliau sendiri meluahkan rasa kecewanya apabila Bank Islam kelihatan sudah tersasar dari bentuk asal. Lagi pula, Bank Islam dalam bentuk sebenar itu mendapat tentangan politik kerana tidak meyakini sistem perbankan atau ekonomi Islam.

        Kewujudan Bank Islam tetap dirai, sumbangannya dihargai, kekurangannya pula jangan disembunyi, mariah kita berlapang dada dan marilah kita sama-sama berusaha supaya ia diperbaiki, bersifa defensif begini hanyalah menipu diri.

  2. nama panggilan aku di rumah adalah mamat. tapi aku tak pernah pinjam kereta kau. dan… kau ada kereta ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s