riba bank

Kenapa bank konvensional dikatakan riba?

1. Saya nak beli rumah.
2. Saya ke bank, dapatkan PINJAMAN.
3. Bank beri pinjaman, dalam akad dinyatakan, saya perlu bayar balik dengan interest.
4. Interest yang saya bayar adalah lebih rendah, tetapi riba.

Cuma ada 1 transaksi jual beli, saya membeli rumah dengan duit yang dipinjam dari bank.

Bagaimana bank-bank islami lari dari riba

1. Saya nak beli rumah.
2. Saya ke bank, cakap nak dapatkan pembiayaan beli rumah.
3. Bank cakap boleh. Bank, melalui saya dan peguam, beli rumah dari pemaju. Dengan ini, bank beli rumah.
4. Bank jual kembali rumah kepada saya dengan mendapatkan keuntungan kepadanya.
5. Saya bayar harga yang lebih tinggi secara keseluruhan, tapi bebas riba.

Ada 2 transaksi jual beli, saya membeli rumah yang dibeli oleh bank.

Isu dua:

Pembiayaan peribadi dengan bank.

Orang yang dekat dengan saya ingin berniaga. Setelah melihat prospeknya, saya ingin melabur dengan beliau.

Maka saya ke:

A
1. Bank konvensional.
2. Dapatkan PINJAMAN 30 ribu.
3. Bayar balik 34 ribu dalam masa 9 tahun secara ansuran.

Saya dapat rm30 ribu, perlu bayar 34 ribu dengan riba.

Atau,

Saya ke

B
1. Bank islami
2. Mohon pembiayaan 30ribu
3. Bank cakap, boleh, tapi kena beli sijil (atau apa-apa) dari bank dengan nilai 35 ribu dengan bayaran tangguh (ansuran) selama 9 tahun.
4. Sijil (atau apa-apa) itu boleh dijual kepada pihak ketiga (biasanya lantikan bank) dengan harga 30 ribu secara tunai.

Saya dapat rm30 ribu, perlu bayar m35 ribu tanpa riba.

Begitulah.

[* Bagaimana kalau bank sendiri yang membeli sijil (atau sesuatu) yang dia jual kepada kita?

Atau contoh mudah, Mamat datang kepada saya nak dapatkan duit. Saya jual sehelai baju race-for-life saya kepada Mamat dengan harga rm50, bayar ansuran. Mamat setuju beli baju tersebut dari saya, dengan harga rm50 ansuran. Setelah itu, saya membeli semula baju itu dari mamat dengan harga rm40 tunai. Mamat dapat tunai rm40, perlu bayar ansuran berjumlah rm50, dan saya dapat untung berjumlah rm10.

Inilah sebenarnya yang menjadi pertikaian antara ulama tentang keboleh/keharusannya]

Bacaan lanjut:
http://www.zaharuddin.net/content/view/192/101/
http://www.pakdi.my/blog/isu-bai-inah/

9 thoughts on “riba bank

  1. saya seringkali cuba membaca artikel2 berkaitan kewangan islam tetapi biasanya cuma ‘skim through’ kerana terlalu banyak istilah2 perbankan yang memeningkan. Pujian kepada saudara atas kisah2 Mamat yang amat mudah difahami. Diharap saudara dapat menghasilkan sebuah buku menggunakan pendekatan ini semasa/selepas pengajian masters saudara.

  2. @ashraflatif: kalau nak hasil tangan usen kena ke blog friendster dia. husainibrahim.com tu memang specialization dia copy paste.

    @husainibrahim: apa lagi? mari kita ke inceif juga!

  3. @x-ceptionalist: pedas sungguh perkataan specialization itu, hahaha…ya, aku memang dah kuat keinginan nak ke inceif ni

    @Cceghah: bagi jawape demo why not Muslim Enjineer?Aku nok prepare interview nih..haha

  4. husaini, bukankah kamu telah membelek2 buku teks sarjana kewangan islam dan membuat kesimpulan ia bukan untuk kamu? ni dah mula nak timbul bibit-bibit kekesalan kerana tak mohon sekali dengan ceghah tempoh hari [sambil menyalahkan ceghah sebab tak cakap ada scholarship]. boleh apply lagi ke?

    tapi sebenarnya, aku ingin jadi engineer juga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s