Kami Datang

Manusia dalam kapal itu bersesak-sesak. Terasa sungguh rimas walau untuk bernafas. Bau tengik memenuhi ruang. Bau busuk tubuh manusia, bau najis kambing yang dijadikan bekalan makanan, bau muntah mabuk laut, semuanya bercampur-baur memenuhi ruang.

Dalam dada kapal itulah mereka memasak, mencari ruang untuk bersolat, duduk bersama mengulangkaji, atau sekadar lepak-lepak.

Di satu sudut, ada tubuh-tubuh yang sudah kaku tidak bernyawa. Mereka yang dekat dengan tubuh-tubuh itu diam tidak bersuara. Cuma airmata yang mengalir membasahi pipi. Kematian tubuh-tubuh itu sebelum tiba ke destinasi, nanti akan mendapat imbalan dari Tuhan. Nanti, tubuh-tubuh ini akan dimandikan, dikafankan, disolatkan, diikat batu pemberat pada kaki, dan akan dibenamkan di dasar laut, menjadi makanan ikan atau sotong-sotong atau entah apa. Atau mungkin juga tidak akan diapa-apakan lantaran dijaga oleh malaikat yang menjaga lautan.

Persoalan mengenai alam barzakh, berkaitan soalan kubur, azab kubur, diperlihatkan syurga dan neraka di dalam kubur dihalau jauh-jauh dari benak fikiran. Itu kerja Tuhan untuk mereka yang mati tidak berkubur. Kita cuma beriman dengan adanya seksanya kubur dengan berita dari hadis-hadis baginda yang mulia.

Setelah berminggu-minggu kemudian, tatkala semua penumpang sudah lemah tubuh badannya lantaran kurang atau tiada makan kerana pengusaha kapal menyediakan makanan dengan catuan, itupun perlu dimasak sendiri, dan tidak dibantah penumpang kerana mereka tahu perjalanan mereka ini mencari redha tuhan, dan dengan penuh sabar dan semangat dan mata yang sentiasa bercahaya gembira mereka tidak jemu tersenyum, tiba-tiba, seseorang memekik. Daratan! Kapal semakin menghampiri daratan.

Dari jauh, kelihatan gunung-gunung mandul tidak berpohon, berwarna jingga berbalam-balam. Kemudian nampak pula kotak-kotak kecil yang bersusun-susun di kaki gunung yang kemudiannya akan didapati bahawa ia adalah sebenarnya rumah-rumah dan bangunan di pelabuhan tempat kapal akan berlabuh, dan rupa-rupanya bahawa ia adalah jauh dari gunung yang mandul berwarna jingga berbalam-balam. Sungguh jauh.

Seorang pemuda bangun bertakbir berkali-kali, diikuti suaranya takbir-takbir yang lain.

Kemudian dia berkata dengan suara serak dan pecah, kerana airmatanya tidak mampu lagi ditakung oleh tubir mata, “Kami datang ya Allah, kami datang. Labbaikallahumma labbaik. Labbaikallahumma labbaik.”

[Tidak adalah dalam pengetahuannya apa yang akan menantinya kemudian hari dalam perjalanan dari kota pelabuhan ini ke tanah suci Mekah dan Madinah.]

Selamat bersiap siaga menghadapi Ramadhan dan musim haji.

One thought on “Kami Datang

  1. Allah! Allah! Allah!

    Kepayahan (zaman dulu) membuatkan apa yang kita dapat dirasakan begitu besar dan berharga. Kesenangan (zaman ini) kadang membuat kita rasa biasa.

    Nanti bolehlah perihalkan mereka yang datang berunta pula…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s