zakat pendapatan

Sesudah baca posting Firdaus Sainal barulah saya teringat, bahawa ramai teman-teman saya sudah bekerja, dan bilamana bekerja, sudah tentunya dapat gaji, dan bila dapat gaji sudah tentunya kena bayar zakat.

Pengiraan zakat boleh dikira dari pendapatan kasar atau (pendapatan kasar – bolanja wajib, termasuk hutang dan tanggungan lain, tidak termasuk barangan yang tidak perlu seperti make-up, aksesori kereta dsb) Jadi, kalau ingin selamat dunia dan akhirat, pakailah kiraan gaji kasar.

Sesudah itu, bahagi apa yang anda ingin bayar (kasar atau bersih, bergantung kepada anda, lagi banyak lagi baik) dengan 40. Maka itulah zakat anda. Bayar lebih tidak apa, jangan kurang. Sila bayar ke baitulmal terdekat atau pusat zakat terdekat. Apa sangatlah 2.5% dari seluruh harta anda dibandingkan dengan sumbangan yang dapat anda beri untuk Islam (atau dibandingkan dengan seksa akhirat kalau anda tidak bayar).

Untuk zakat pendapatan, haul iaitu tempoh setahun tidak termasuk dalam pengiraan, kerana gaji anda, anda dapat secara bulanan.

Maka kawan-kawan, tunaikanlah zakat.

Adapaun saya yang pelajar ini termasuk dalam kategori penerima, jadi anda bolehlah bayar zakat kepada saya :p

P/s: Sebenarnya, semua duit yang anda dapat ada hak orang lain di dalamnya.

5 thoughts on “zakat pendapatan

  1. Salam acap! thanks bg kesedaran. harap la ia satu dakwah insyaAllah. hrp dpt jumpe nanti ble2 ade rezeki. last jumpa lam tren kan? hehe🙂 ukhuwwah fillah

  2. Aku ada beri komen kat entri Firs pasal zakat pendapatan ini semalam, tuptap hari ini dah hilang entri itu(???). Di Selangor, zakat pendapatan memang ada, namun tidak di Perak. Ada tu maksudnya, hukumnya adalah. Di Perak, fatwanya berbeza, jadi tidak kedengaranlah kempen zakat pendapatan di Perak =).Allahua’lam. Isu khilaf.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s