pembaziran intelek

Saya agak sensitif apabila melihat mahasiswa bekerja secara sambilan dengan gaji setaraf pekerja lain bersijil SRP, semata-mata untuk mendapat duit poket. Pada saya, lebih baik tidak bekerja, atau bekerja di tempat yang memberikan perkembangan intelek walau tanpa gaji, kalau alasannya untuk mendapat duit poket lebih.

Langsung tidak berbaloi dengan ilmu yang yang di kutip di universiti.

Pelajar yang seperti ini, akan ke kelas, dan ke kerja, dapat gaji, dan belanja. Setakat itu sahaja. Langsung tidak membantu dari segi jatidiri dan sahsiah. Cuba tengok promoter-promoter di gerai-gerai di pasaraya, contohnya.

Sepatutnya, niat bekerja semestinya seiringan dengan visi dan cita-cita yang setara dengan nilai intelek yang ada di dada. “Saya bekerja sambilan untuk melebarkan jaringan networking saya” atau “Saya bekerja untuk menilai bagaimana perasaan seorang pekerja maka apabila saya menjadi tauke nanti, yang negatif-negatif terhadap pekerja dapat saya sampingkan.” Atau lain-lain alasan yang dapat kamu berikan. Cuma, jangan jadikan “untuk mengisi kekosongan waktu” dan “mencari duit lebih” sebagai alasan. Itu satu penghinaan kepada intelektualiti yang kita ada.

Sudah tentu, sebagai intelek, kita perlu memilih kerja! (Persetankan kata-kata ‘Ah, kamu terlalu memilih kerja.’ Katakan sahaja, ‘Aku memilih masa depan.’)

Sebab itu, cita-cita dan impian adalah amat penting.

5 thoughts on “pembaziran intelek

  1. Orang sekarang masuk universiti bukan sebab nak kutip ilmu tapi nak kutip sijil sebab nanti nak kutip duit.

    Orang sekarang hidup atas aturan dan tekanan kehidupan bukan lagi mengikut arus cita-cita dan impian.

    Antara orang-orang yang sekarang itu, akulah.

  2. salam….tidak semua mahasiswa kerja sambilan utk suka2…pocket money?….mungkin utk menyara hidup familinya…siapa yg tahu….mungkin dulu si mahasiswa ni dtgnya dari ulubanat,,ceruk maruk….so dah tentu tiba masanya nak bayar balik pinjaman…ini pun dah kira orait..daripada p merompak

  3. salam…dalam mentarbiahkan manusia jgn lupa bahagian utk dirisendiri…golongan mcm ni banyak dijanjikan neraka….menyeru kebaikan…pd masa yg sama lupa membuat kebaikan…memandang 1 golongan dgn mata hati yg sempit…kononnya dialah yg terbaik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s