Selamat berpuasa

Ramadhan kariim. Selamat menyambut ramadhan yang mulia.

1. Saya pulang ke Kota Bharu. Trip ke Pattani terpaksa dibatalkan kerana civil unrest. Dua orang askar mati dibunuh oleh [kononnya] puak pemisah. Saya tidak tahu cerita sebenarnya. Gula di sempadan ialah rm2.50 ke rm3.00 sekilogram. Tapi askar Thailand itu bukan mati kerana gula.

Perkara paling bagus dilakukan tatkala menjelang waktu berbuka ialah berdoa sebanyak-banyaknya, bukan keluar mengambil gambar.

Perkara paling bagus dilakukan tatkala menjelang waktu berbuka ialah berdoa sebanyak-banyaknya, bukan keluar mengambil gambar.

2. Kehadiran saya ke Bandung juga terpaksa dibatalkan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengajak dan tuan rumah di Institut Teknologi Bandung. Saya perlu menguruskan beberapa shipment barang-barang ke UK. Nanti, bila ada rezeki, saya akan ke Bandung.

3. Berikut adalah gambar Kota Bharu (2 keping sahaja) pasca kosmopolitanisasi.

Orang Kelantan mempunyai aliran tunai (cash flow) yang tinggi. Mereka adalah kebanyakannya bangsa berdagang. Maka duit mereka sentiasa di tangan. Pasaraya Tesco sekarang ini mengatakan, Tesco Kelantan menduduki tangga teratas Tesco paling untung di Malaysia. Mydin terbesar Malaysia juga akan dibuka di Kelantan. Selepas ini, orang Kelantan akan jadi seperti orang negeri lain. Tidak lagi duit di tangan. Semua sudah habis dibelanja. Maka akan berhutang untuk hidup lebih dari kemampuan.

Menyedari kuasa beli rakyat Kelantan yang tinggi, syarikat-syarikat gergasi Malaysia sanggup melabur puluhan ribu untuk niche rakyat Kelantan yang tersendiri. Di mana lagi kamu dapat lihat iklan seperti ini? Dan Maya Karin yang bertudung?

4. Jangan ke Kota Bharu kalau tiada keperluan. Sistem jalanraya yang baru akan membuatkan kamu sesat, dan sumpah, ianya tidak mesra pejalan kaki.

5. Adakah hasil kosmopolitanisasi ini, maka pemandu kereta di Kota Bharu menjadi semakin tidak cakna dan kurang ajar?

7 thoughts on “Selamat berpuasa

  1. Sebelum ini pun KB sudah sesak, kalau tukar sistem jalan lagi sesak buat apa?

    Sebelum ini pun pemandu KB sudah kurang ajar, parking ikut suka hati tengah-tengah jalan, macam jalan tu tok che dia punya, macam kereta tu lembu dia …

    Lepas ni kita boleh tengok penjaja etok dan tok-tok peraih di pasar besar pakai iPhone pula.

  2. Penggunaan tulisan jawi amat cool.. terutamanya untuk meneruskan survival tulisan tersebut.. Reading skill jawi ambo semakin merosot sbb kurang pembacaan tulisan jawi..

    Tidak semua pemandu di Kota Bharu kurang ajarannya.. masih ada insan2 yg bagi signal masa hendak membelok. masih ada pemandu yang memberi salam dengan mengangkat tangan dll.. mungkin kita boleh tunjuk budaya yg positif kepada mereka2 yg kurang cakna ni.. huhuhu

    Keadaan jalan sehala pun semakin baik (walaup ambo nyaris2 sesat di kawasan sendiri).. tetapi mugkin ada cara untuk menambahbaikan dan kurangkan pemusatan semua perkara di KB yg telah sedia sesak itu.. Ambo masih menunggu keadaan bandar setelah siap 100%.. Harap2 sifat2 mahmudah timbul pada pengunjung serentak dengan bandar yg dibarukan itu.. huhuhu

  3. Salam ziarah Mr Sai,

    MashaAllah, lama tak meninjau2 di sini…terutama setelah pulang ke tanahair, atau lbh tepatnya Kelantan.

    Bila tgk pics di atas, ana mmg perasan dan setuju dgn statements antum di atas td….kerana ana “membesar” di tanah kangaroo…driving ikut budaya australian…makanya ana sering marah2 sendiri bila tgk pemandu2 di Kelantan (especially) yg ana kira kurang berhemah dan sedikit mementingkan diri sendiri (maaf, ana telus meskipun ana pun pure kelantanese)….huhu…(what a sigh)!

    KB mmg dah sesak…lemas juga tgk lautan manusia…semoga lebih terancang dan teratur…otherwise, mungkin ana takkan bisa berhenti drp membuat comparison antara system di sini dan di Oz yg nyata jauh berbeza…huhu…anyway….Titik!

    P/S: Hp ana rosak, dan semua number hilang dr simcard, termasuk number antum…

    EID MUBARAK. TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM

  4. ceroh, suka betul kan henfon kau hilang. macam main sorok-sorok la pulak. kali terakhir aku jumpa kau kat uiam pun ko cakap henfon ko baru hilang.

    aku pun baru hilang henfon tapi mara yg baik hati dah ganti dengan yg baru. alhamdulillah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s