Musafir di hari raya

1.

Doa yang mudah makbul ialah doa orang yang berpuasa, doa musafir, dan doa ibubapa ke atas anaknya.

Bayangkan kemakbulan doa ibubapa yang bermusafir dalam keadaan berpuasa ke atas anaknya.

Moral: Jangan derhaka, dan pilihlah kawan elok-elok untuk bermusafir. :p

2.

Malam raya, saya tiba di rumah dari KL sesudah imam memberi salam Isyak. Saudara Bulu menelefon saya kira-kira sejam kemudian. “Aku juga baru sampai,” katanya. Dia dari Kulim.

Malam itu, seperti malam-malam raya tahun yang sudah, kami bekas pelajar maahad yang digelar ‘produk gagal’ keluar minum-minum dan makan laksam di dekat JKR 10, iaitu kediaman rasmi MB. Cuma tahun ini Bulu bersama kami, dulu-dulu dia beraya di Jepun, dan inilah kali pertama saya bertemu dengannya sejak 3 tahun.

Kami ramai-ramai yang berkumpul bergelak ketawa, melepas rindu. Riuh. Bercerita kisah-kisah sahabat yang masih hidup, bernikah, yang sudah mati, yang beranak, kerja (tiba-tiba saya jadi alahan haha) dan sebagainya.

Allahummaj3al jam3ana haaza jam3an marhuuma.

3.

Semua cafe di UIA tutup sempena raya. Memandangkan kedai makan terdekat dari rumah sewa saya ialah cafe-cafe uia, saya terpaksa ke tempat yang agak jauh.

Malam itu kami ke kedai makan di Sri Gombak, Sarina Tomyam nama kedainya.

Waktu makan, kawan saya sudahpun memberi komen, makanan di Planet Tomyam (Batu 6 Gombak) lagi sedap. Tapi malam itu, Planet tidak dibuka.

Sesudah makan, kami meminta makcik tuan kedai mengira harga.

Dia mencoret-coret angka di atas kertas. “Dua puluh empat,” katanya. Kami terkedu. Kawan saya memandang saya. Menu yang sama, harganya cuma belas-belas ringgit di kedai lain, dan belas-belas jugalah mengikut kiraan kami berdasarkan harga yang terpampang.

“Boleh kira lagi, Puan?” tanya saya. makcik itu pun mengira-ngira kembali.

“Ah, betullah, makcik tersilap kira. Dua puluh sembilan!.”

One thought on “Musafir di hari raya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s