Islam separuh-separuh

Pagi tadi, agak-agak sudah masuk waktu solat tahajud yang kita tidak buat (lemahnya iman umat akhir zaman, akulah itu), Jusoh menyanyi lagu hadis ‘yang halal itu bersuluh, yang haram itu bersuluh’ (faham literal aku) lantas mengingatkan aku kepada senikata ‘taqwa di sini 3x (tiga kali, bukan tri-ex) sambil [Baginda nabi] tunjuk ke dada’ lantas membawa perbincangan kali ini ke ruang  lingkup antara fatwa dan taqwa.

Maka lantaran itu, disebabkan oleh aku ini mengambil jurusan kewangan Islam yang semestinya sudah menjadi tanggungjawab aku untuk memberitahu kepada tuan-tuan sekalian, bahawa dosa riba itu adalah seperti berzina 36 kali dan mengajak untuk berperang menentang Allah, maka jauhilah riba dan sila bayar zakat untuk menyucikan harta walau pendapatan tuan hanyalah seciput.

Di sana ada fatwa yang mengatakan pelaburan ber-riba adalah harus demi maslahah, contohnya ASB yang lebih 30% hasilnya adalah dari pelaburan konvensional dalam Maybank, maka timbangtaralah fatwa itu dengan taqwa [senikata at-taqwa haahuna sebagai muzik latar di sini].

Tamat cerita satu.

Baru-baru ini, aku bersembang tentang kewangan islam sambil mengunyah moreh (jangan bercakap semasa mulut penuh, tidak senonoh) dengan bisnesmen yang berjaya, tersentuhlah juga isu tentang pinjaman untuk perniagaan. Seorang lelaki tua berkata, “Sudah darurat, bank-bank Islami tidak ada yang mahu memberi pembiayaan berjuta-juta ringgit kepada kami. Apa mahu buat?” Aku tak jawab apa-apa. Ada sesiapa yang sudi menjawab?

Tamat cerita dua.

Masuk cerita tiga.

Pak cik tua itu (nama dirahsiakan, bukan pak cik tua bisnesman di atas) berkata, “Kamu semua ini, belajar kewangan Islam, kerana Islam atau kerana duit?”

“Kerana duit, semestinya!” laju saya menjawab. Kami memang selalu bergurau. Pak cik tua itu tertawa. Bidang kewangan Islam adalah bidang yang paling pesat berkembang dalam dunia perbankan dan kewangan global. Islam dan bukan Islam, semua berlumba-lumba untuk menyedut duit dari negara-negara Arab dengan menyediakan platform pelaburan berlandaskan syariah. Berlandaskan syariahkah kalau diurus oleh bukan Islam?

Pak cik tua itu berkata, “Kamu inilah yang mengambil al-Quran separuh-separuh, ya?” Saya senyum, kerana sudah tahu tentang apa yang akan dikatakan oleh dia seterusnya.

Itulah masalahnya, pelajar dan pengamal kewangan dan perbankan Islam di Malaysia hanya menebuk al-Quran dan hadis-hadis Baginda hanya dalam hal-hal yang hanya ada kepentingan kewangan semata-mata. Hal muamalat, syariah yang lain, sahsiah, entah di mana.
Bayangkan, seorang gadis dengan petah mengemukakan hujah dan dalil dari al-Quran dan hadis tentang pengharaman riba dalam keadaan dia hanya memakai tube dan berambut karat. :p

p/s: sebarang soalan berkaitan kewangan Islam bolehlah diajukan kepadaku. Kalau boleh jawab, akan dijawab, kalau tidak boleh, maka tidak akan dijawab.

p/p/s: Aku ditanya tentang cara mencegah pukau oleh seorang yang menjadi mangsa pukau. Aku jawab: amalkan sentiasa dalam keadaan wuduk, amalkan juga ayat kursi dan 3 qul sesudah setiap solat. Sentiasa berdoa kepada Allah setiap pagi dan petang supaya kita sentiasa dalam jagaan i.e. baca Maathurat.  (Isu ‘Hei Tuhan’ dibangkitkan oleh beberapa orang yang tidak berpuashati bila aku menaip doa dengan kata hei Tuhan. Sudah diterangkan dulu, ini uslub bahasa Kelantan untuk menunjukkan kekamcengan kita dengan Tuhan. Bukankah kita berdoa guna ‘aku-engkau’ sahaja, macam sangat kamceng?)

One thought on “Islam separuh-separuh

  1. Pingback: Belajar Kewangan Islam « the gardenese

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s