Tauliah

Adalah suatu perkara yang amat wajar untuk para pengajak ke arah kebaikan memiliki tauliah dari jabatan agama. Kita risau, kalau sesiapa boleh mengajar tanpa tauliah, maka penceramah Islam liberal dan Syiah akan mudah masuk ke masjid-masjid kita.

Namun, adakah tauliah untuk mengajar diwajibkan ke atas semua orang? Membaca soal-jawab mahkamah berkaitan kes Dr Abdullah Yasin di akhbar tempohari amat-amat menyedihkan hati.

=======

[petikan dari akhbar]

KAMAR: Adakah salah bagi orang yang berilmu memberi peringatan mengenai sifat orang munafik kepada jemaah?

TARNUZI: Tidak boleh tanpa tauliah.

KAMAR: Adakah itu kehendak Islam?

TARNUZI: Tidak, tetapi ia undang-undang berdasarkan Islam.

KAMAR: Adakah Abdullah tidak layak mengajar Islam?

TARNUZI: Layak, tetapi dia tidak mempunyai tauliah.

KAMAR: Saya katakan kepada kamu di Selangor hanya orang ada tauliah boleh mengajar?

TARNUZI: Ya.

KAMAR: Kalau kamu sendiri yang tidak mempunyai tauliah mengajar anak kamu membaca Muqadam?

TARNUZI: Tidak boleh.

KAMAR: Jika ada seorang mualaf datang kepada kamu dan meminta supaya diajarkan solat?

TARNUZI: Tidak boleh.

===========

Ada orang yang memberi komen, “Oh, patutlah maksiat di Selangor menjadi-jadi.”

Menjadi kerisauan kita juga, apabila ada orang bukan Islam yang datang kepada kita, maka kita berdalih untuk tidak mengajar dengan alasan tiada tauliah. Memang ini suatu yang common sense, bahawa ianya tidak betul. Apa makna Islam agama rahmat? Apa makna Islam untuk semua?

Kita berasa sangat hairan apabila manusia patuh tunduk taat kepada undang-undang yang direka sendiri tanpa pengecualian.

Baca penuh di harian Metro.

2 thoughts on “Tauliah

  1. “KAMAR: Kalau kamu sendiri yang tidak mempunyai tauliah mengajar anak kamu membaca Muqadam?

    TARNUZI: Tidak boleh.

    KAMAR: Jika ada seorang mualaf datang kepada kamu dan meminta supaya diajarkan solat?

    TARNUZI: Tidak boleh.”

    –>owh sedihnya baca.. astaghfirullah.. dunia mmg sudah benar2 mahu kiamat..

  2. Tauliah,tauliah,tauliah janganlah jadi bahan jenaka meminta tauliah pada yang sudah arif didalam bidangnya,payah betul sekarang untuk mengetahui atau mempelajari sesuatu yang betul dari segi hukum pun banyak sangat rintangannya,betul kata yat memang dunia nak kiamat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s