Makan beradab

[kisah ini ada kena mengena dengan hidup atau mati]

“Ayahanda rasa bagaikan orang bodoh saja duduk begini.”

“Kenapa, ayahanda? Ayahanda tak selesa begitu?”

“Sudah tentulah tidak selesa. Makan sambil diperhatikan orang, siapa yang selesa?”

“Tapi bukankah ini adat, ayahanda?”

“Adat bawaan siapa, nak? Bawaan siapa? Dan dari mana asalnya? Tidak lain dari majalah-majalah pengantin, dan pengusaha wedding planner. Adat kita yang sebenar adalah adat yang cantik, nak. Sangat cantik.”

“Bagaimana adat makan beradab yang sebenar, ayahanda?”

“Yang sebenarnya bukan makan beradab, tetapi makan berhadap. Waktu ini, ibu dan bapa pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan makan bersama-sama saling berhadapan, atau sebagaimana waktu biasa kita makan bersila, dalam bulatan, supaya dapat aku lihat kamu, dan kamu lihat aku. Saling baramah mesra. Bukannya ibu pengantin lelaki di hujung sini, ibu pengantin perempuan di hujung sana. Sila rujuk gambarajah di bawah ini untuk contoh konvensional. Bagaimana mahu beramah mesra kalau begini?”

majlis makan

Dari kiri: Bonda Raja Gondey, Ayahanda Raja Gondey, Raja Gondey, isteri Raja Gondey, ayahanda isteri Raja Gondey, bonda isteri Raja Gondey

“Ooooo… Kalau contoh makan berhadap yang sebetulnya?”

“Lihat gambarajah di bawah ini pula. Tambahan lagi, kalau buat begini, cuma perlukan satu set makanan. Bukankah keberkatan itu pada makanan yang dikongsi beramai-ramai?”

makan beradap

Hidangan yang berkat itu yang sedikit dikongsi beramai-ramai.

“Oooo… Maka fahamlah anakanda. Ada apa-apa lagi, ayahanda?”
“Ada banyak lagi perkara yang kita boleh perbaiki. Satu nasihat ayahanda:

Akan datang padamu satu zaman di mana manusia menjadikan majalah pengantin sebagai sunnah bernikah. Ke atasmu kitab Allah dan sunnah Rasulullah, gigitlah ia dengan gerahammu, takkan kamu sesat selamanya.”

“Baik, ayahanda. Menjunjung titah.”


4 thoughts on “Makan beradab

  1. 1. tudung pengantin tak gosok atau itu adalah crown?
    2. kaedah makan gambarajah (1) digunakan sesetengah orang utk mengelak (ganti) persandingan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s