Ilmu dan Zakat

1. Adab Dalam Majlis Ilmu

Para sahabat yang diredhai Allah amat senang, andaikata ada Arab Badwi datang bertanya soalan kepada Rasulullah sollallahu 3alaihi wasallam. Ini kerana, kebiasaannya orang Badwi akan bertanya soalan yang remeh, yang sahabat segan untuk bertanya kepada Rasulullah, atau soalan yang sudah para sahabat tahu jawapannya, tetapi ingin mendengar jawapan Rasulullah, kerana setiap jawapan diberikan mengikut kemampuan orang yang bertanya.

Maka kerana itu, tiada soalan yang tidak penting dalam majlis ilmu.

Baru-baru ini saya ke satu majlis ilmu. Pada sesi soal jawab, ada soalan dari seorang peserta yang mengundang gamat ketawa. Beliau bertanya, “Sekiranya saya keluar berdua dengan teman wanita, kemudian apabila masuk waktu solat, kami solat secara berjemaah, apakah sah solat dan jemaah kami?”

Semoga Allah memberkahi peserta yang bertanya kerana ingin tahu hal berkaitan agama.

Saya juga ketawa mendengar soalannya. Tetapi cuma setakat itu.

Hati saya tiba-tiba terasa jengkel, apabila ada seorang peserta lain menjawab, “Bagusla, lepas bagi salam tu boleh bersalaman.” Dan diulangi olehnya berkali-kali.

Aduhai, langsung tidak membantu menjawab soalan, apatah lagi menyelesaikan masalah. Walaupun jawapannya adalah berbentuk sinis, namun langsung tidak ada dalamnya hikmah dan adab dalam majlis ilmu.

Saya juga sebenarnya masih belajar.

2. Zakat

Lihatlah rumah-rumah besar, yang di garajnya ada kereta-kereta besar.

Suatu hari, saya berpeluang bersembang dengan seorang dari pemilik rumah-rumah besar tersebut. Katanya, “Ustaz, orang macam kami ini ramai yang langsung tidak membayar zakat.”

Saya berasa sangat pelik. Pertamanya, saya bukan ustaz :p . Keduanya, mereka kaya, gaji puluhan ribu, selalu ke masjid, tetapi tidak membayar zakat. Saya bertanya, “Kenapa?”

Dia bertanya kembali, “Zakat dibayar dari gaji bersih atau dari gaji kasar?”

Saya menjawab, “Bergantung. Yang wajibnya dari gaji bersih, dan kalau bayaran zakat adalah dari gaji kasar, maka tuan dikira bermurah hati.”

“Itulah masalahnya, ustaz. Kami ini mengambil pendapat bahawa wajib zakat itu setelah ditolak segala perbelanjaan, mengikut garis panduan yang dikeluarkan pusat zakat. Kalau ustaz mahu tahu, walaupun kami ini gaji puluhan ribu, belanja bulanan kami juga puluhan ribu. Rumah besar, kereta besar, makan mewah. Anak-anak kami dihantar ke sekolah mahal, tuisyen yang mahal. Belum lagi masuk gaya hidup, ustaz. Setelah ditolak campur semuanya, kami tiada wang yang berbaki walau untuk disimpan.”

Saya memberikan pendapat peribadi saya kepada beliau, “Kalau mengikut pendapat peribadi saya, berapa sangatlah zakat yang 2.5% dari gaji kasar. Bayarlah dari gaji kasar. Insya Allah akan diberikan Allah ketenangan dalam hati.”

Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi perkara ini. Sebelum ini, pada andaian saya, mereka yang kaya (?) ini sudah tentu banyak duit, dan semestinya membayar zakat. Namun, ternyata realitinya adalah berbeza.

Mahalnya harga sebuah gaya hidup.

Pendapat peribadi saya berkaitan zakat dan sedekah ialah sebanyak mana cinta kita kepada akhirat. Jadikan para sahabat sebagai contoh teladan dalam berzakat, infaq dan sedekah. Saya berdoa agar pembaca dan saya termasuk dalam golongan yang membeli syurga dengan batang tubuh dan duit yang kita dapat di dunia.

kemaskini 10 Februari

Sebenarnya, alasan gaya hidup adalah alasan semata-mata untuk lari dari membayar zakat.

Pengiraan zakat boleh dibuat secara online menggunakan kalkulator pusat pungutan zakat. Pautannya di sini <–

3 thoughts on “Ilmu dan Zakat

  1. Sajo nok komen kat blog mung sbb lamo x komen..btul2 stuju..dlm mjlis ilmu sbodoh2 soalan adalah soalan yang org lain nak tau tp malu nak bertanya..especially bab2 fiqh..pahtu kalu buleh perangai ‘sinis’ tu boleh la dielakkan atau dikurangkan kerana proses mendidik dengan cara ‘sinis’ tu sbrnya bukannya method yg baik n menjauhkan hati org yg hendak dinasihati dr kita…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s