Memilih ketua

Suatu hari, setelah kemangkatan Sang Singa sebagai Raja di Rimba, semua haiwan bermesyuarat untuk melantik raja yang baru.

Sang kancil telah dipinggirkan dari mesyuarat kerana banyak haiwan tidak berpuas hati dengannya. Gajah yang bersusah payah keluar dari lubang kerana cuba berlindung dari langit yang runtuh, dan buaya yang diketuk-ketuk, adalah antara dua haiwan yang menyokong keras supaya sang kancil tidak diajak bermesyuarat. “Dasar opoturnis, mengambil manfaat untuk diri dengan menipu orang lain,” kata mereka.

Setelah penat memerah otak, kesemua haiwan bersetuju bahawa raja akan dipilih melalui satu pertandingan, ialah pertandingan menari. Sang kacil menetap bibir. Katanya, “Cara pemilihanpun sudah tidak kena.”

Maka majlis pemilihan dengan cara tarian pun berlangsung.

Datanglah musang dengan tarian cha-cha, beruang dengan tarian tango, badak dengan tarian twist, harimau dengan tarian hip-hop/breakdance, kerbau dengan tarian poco-poco, dan akhirnya, monyet dengan joget Melayu.

Disebabkan kisah ini berlatarkan hutan belantara tanah Nusantara, maka monyet yang mempersembahkan joget Melayu dipilih sebagai pemenang, dan seterusnya menjadi raja.

Sang kancil yang tidak berpuas hati dengan pemilihan monyet, meninggalkan majlis pertabalan dan merayau di dalam hutan. Katanya, “Mana mungkin haiwan yang tiada reti beza lada dan buah boleh menjadi raja,” mengenangkan kisahnya yang dahulu.

Dalam rayaunya di hutan itu, sang kancil bertemu dengan satu jerat yang masih lengkap berumpan umbut. Dengan segera, sang kancil dengan berhati-hati terus mengambil jerat itu dan membawanya ke majlis pertabalan.

“Raja Monyet,” serunya, “Saya persembahkan hadiah kepada raja sempena pertabalan ini.”

Dengan tanpa segan silu dan usul periksa, monyet terus menghulurkan tangannya menggenggam umbut dan “Zap!”, tangannya terjerat.

Monyet bertempik dan melolong, “OOoouuuu. Pengkhianat! Kamu mahu membunuh beta!”

Sang kancil meningkah, “Apa maksudmu? Saya tidak menyentuh walau secubitpun dari umbut itu. Sekarang semua sudah bersaksi bahawa kamu tidak sesuai menjadi raja. Haiwan yang bijak tidak sekali-kali akan mengambil keputusan tanpa berfikir tentang risiko dan kesan yang akan timbul.”

إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.      An-Nisaa; 58

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s