Ada tidak dihirau, tiada tidak dirindu

Setelah wafatnya mereka: nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam dan beberapa sahabat yang agung, mereka meninggalkan hanya beberapa barangan milik peribadi, yang boleh dihitung dengan jari jumlahnya. Pakaian yang dipakai sehari-hari, sebidang tanah untuk anak cucu (harta nabi tidak diwarisi) dan barangan keperluan asas (dan beberapa sahabat meninggalkan wang yang banyak🙂 ).

Berbeza sungguh dengan gaya hidup kita masa kini.

Kita boleh lihat orang tua-tua kita mengumpul segala macam benda di bawah jemburan rumah, dari tong kosong, kepala pahat, kawah tembus hinggalah ke rim basikal, dengan alasan ia akan berguna suatu hari nanti.

Saya juga membuat benda yang sama, mengumpul apa sahaja yang saya rasa AKAN berguna kepada saya suatu hari nanti. Hasilnya setelah lima tahun di pantai menara gading, satu bilik di rumah saya penuh dengan barangan yang ada tidak dipakai, tiada tidak dicari. Antaranya ialah kabel-kabel dari power supply, akar tongkat ali, mug-mug dan cawan-cawan kenangan program, beg-beg kertas, gelang getah yang sudah lapuk, tutup akuarium, lilin aromaterapi yang tidak dipakai, syiling besi yang sudah tidak laku dan segala mak nenek mak nika. Semuanya menanti detik AKAN berguna yang tidak pernah kunjung tiba.

Sewaktu berpindah rumah baru-baru ini, saya merasa kesannya, terpaksa mengusung kotak-kotak barangan yang ada tidak dipakai, tiada tidak dicari itu. Berat, dan saya kehilangan banyak masa berharga yang sepatutnya saya gunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat, seperti mengemaskini blog ini contohnya :p. Juga barangan tersebut telah mengambil ruang yang banyak dalam rumah saya, menjadikannya sempit dengan perkara yang tidak perlu.

Kini, sudah sampai masa untuk hidup di atas jalan yang saya selalu ceritakan akan ia, hidup sebagai seorang minimalist, sebagaimana Rasulullah dan para sahabat telah hidup; iaitu hidup sekadarnya dengan ringkas, tapi penuh bermakna.

Untuk itu, saya telah membuang sebahagian dari isi kotak barangan yang ada tidak dipakai, tiada tidak dicari, dan sebahagiannya lagi akan disumbangkan kepada pihak yang patut.

Menyingkirkan perkara yang ada tidak dipakai, tiada tidak dicari ini, insyaAllah akan menjadikan keadaan dalam rumah kita lebih mudah disusun, dan (bakal) anak-anak kita (dan ibubapanya) akan punya ruang yang lebih luas untuk bergolek dan bermain. Ini juga tergunapakai untuk rumah bujang.

Kalau ada di antara kalian yang mahukan kejutan dengan menerima apa-apa sahaja yang tidak masuk akal dari saya (barangan yang ingin saya singkirkan), jangan malu-malu untuk memberikan alamat ke inbox facebook saya. Penghantaran adalah percuma🙂

p/s: Terima kasih kepada yang memberikan hadiah untuk anak kami yang bakal lahir nanti. Kepada yang masih belum, anda masih punyai masa selama lebih kurang empat bulan untuk mengumpul wang dan membeli hadiah yang ‘ganas-ganas’ untuk anak saya hahaha. Makluman juga, saya seorang yang ortodoks. Jadi, pakaian yang bergambar dengan gambar binatang amatlah elok tidak dihadiahkan. (Demand hahahaha). Sekian melaporkan :p

8 thoughts on “Ada tidak dihirau, tiada tidak dirindu

  1. ..”Jadi, pakaian yang bergambar dengan gambar binatang amatlah elok tidak dihadiahkan. (Demand hahahaha)..”..cghah,budok2 xpo la,mung ni gak,ortodok bedooh…anyway,sebelum mu demand,aku nok demand dulu,mu keno wi hadioh ko anoik aku dulu..haha

  2. Ceghah,lari tajuk sket..Sori aku post soalan kat sini,aku x ingt blog islamic banking mu punye url and aku xsure kat zaharuddin ade bcg ke dok isu ni..hoho

    Aku nk tanya pasal rukun jual beli ni(buyer,seller,subject matter and akad) berkenaan dgn loan 100% kereta..semua org tahu bank hanya provide 90% loan dr harga sesebuah kereta (hanya dealer kereta yg ckp ade 100% loan & 0 downpayment)..contoh kereta proton saga BLM (Basic Line),harga OTR RM44,000 maka bank hanya akan bg loan sebanyak RM40,000( harga anngaran dengan andaian pembeli bayar downpayment 10% sebanyak RM4000).Tapi kebanyakan dealer kereta menggunakan taktik untuk membolehkan pembeli mendapat 100% loan kereta dengan cara meng-markup harga kereta tersebut terhadap bank (walaupun kereta yang dibeli oleh pembeli sebenarnya Saga (basic line),tapi pembeli diarah untuk bgtau bank kereta yg dibeli adalah model highline,yang mane jumlah 90% loan kereta hi-line tersebut adalah bersamaan dengan harga 100% basic line (dengan mengandaikan jumlah 90% loan kereta BLM model highline =RM44,000).So pegguna tidak perlu byr 10% downpayment & secara automatik dpt loan 100% dengan cara menipu bank.Menurut dealer kereta yang aku temuramah,benda ini adalah sgt common and bank pun alert pasal benda ni.Cuma bank yg x strict,dorang akan buat tatau manekala bank yg strict,biler dorang tau pembeli beli kereta model lain yg lebih murah,tp apply loan kereta model yg lain yg lebih mahal sedikit,dorang akan push customer supaya membayar 10% harga downpayment tersebut setelah kantoi…

    So persoalan aku adalah…adakah sah jual beli mcm tu? Nampak mcm xsah,sbb menyalahi akad n subject matter tu samar2.Ape pendapat mung? Sila jawab selaku org INCEIF di blog anda atau emel kat aku ..haha…sori jd spammer kat sini.

  3. huu.. dah habis blaja kemudian nak balik kelantan..kemas punya kemas brg buh lam kotak..
    semuanya ada 8 kotak..dan sebuah beg pakaian..

    4 buah kotak hanya berisi mug.. door gift khwin..paper beg.. plastik bunga2..
    hadiah hari jadi..n mcm2..

    lagi 3 kotak adalah buku

    1 kotak=baju

    1 beg pakaian..=pastilah baju..
    heeee

    betul ckp a.cheghah..buang masa duk simpan benda tu..tp..dah tua2 nnt..menda tu lah jugak duk belek2.. lebih2 lgi kini irah jauh dari kl..heeee jauh dr kwn2…

    tahulaa a.cheghah dah ada kak tikah..brg kenangan yg di beri org sudah tidak berguna…
    seb bek x penah bg ape2 kat abg cheghah..hahahaha

    hadiah utk anak kak tikah???? xmoo bg……….

    heee.. n lagi satu.. nak ckp sumthing..nnt irah msj a.cheghah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s