SARA 1Malaysia patuh syariah?

Asal sesuatu perkara (kecuali ibadah khusus) adalah harus, melainkan ada dalil yang mengatakan ia haram.

Skim pelaburan/simpanan/bon/dana asalnya adalah harus, dengan syarat tiada pulangan tetap dijanjikan dan pelaburan adalah di tempat yang halal-halal sahaja.

Dalam sistem pelaburan Islami, peratusan yang dibahagi bersama adalah dari keuntungan, bukan dari modal pokok. Contohnya, Aizat dan Hafiz berpakat membuka ladang lembu. Aizat mengeluarkan modal RM100,000 untuk Hafiz mengerjakan ladang lembu. Perjanjian untung adalah 30% untuk Aizat dan 70% untuk Hafiz. Kerana lembu-lembu meminati nyanyian nano-nano Hafiz, lembu-lembu berkembang biak menjadi ramai. Setelah setahun berlalu, semua lembu dijual. Ditolak modal awal RM100,000 (diambil semula oleh Aizat), keuntungan bersih adalah RM100,000. Keuntungan bersih ini dikongsi bersama mengikut perjanjian awal. Kalau untung RM10 sahaja, RM10 inilah yang dikongsi bersama. Kalau tiada untung, tiadalah habuan Hafiz menjaga lembu.

Dalam sistem pelaburan tidak Islami, pelabur mahukan keuntungan tidak kira apa berlaku, dan keuntungan dikira berdasarkan modal pokok. Contohnya, John melaburkan wang kepada syarikat lembu Hanson sebanyak RM100,000, dengan perjanjian pulangan sebanyak 30% dari modal iaitu RM30,000 setahun secara tetap. Walau apapun berlaku, setelah menerima wang John, Hanson tetap perlu membayar untung sebanyak RM30,000 kepada John. Kalau semua lembu mati dan ladang itu rugi, Hanson perlu meminjam dari tempat lain untuk membayar John. Kalau untung berjuta pula, Hanson cuma perlu membayar John RM30,000 ribu sahaja.

Pelaburan dengan pulangan tetap begini termasuk dalam kategori riba.

Skim Sara 1Malaysia mengikut model yang mana?

Orang yang ingin menyertai skim ini diberi dua pilihan.

1. Dua kali riba – pinjam dari bank konvensional secara riba, dan melabur dalam skim riba; atau

2. Sekali riba – guna duit sendiri untuk melabur dalam skim riba.

Selagi belum ada petunjuk jelas kehalalan skim ini yang mengatasi prinsip yang diceritakan di atas, skim ini dikira tidak patuh syariah, dan tidak harus disertai oleh orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s